Ahad, 31 Mei 2009

Muktamar: andai aku seorang perwakilan..

Keputusan di Penanti dah diketahui, lepas ni Manek Urai pulak tapi sebelum ke Kelate kita jumpa dulu di Stadium Malawati Shah Alam..Muktamar ke-55 Pas, kali ini ada pemilihan pucuk pimpinan, umum sudah mengetahui jawatan Presiden telah dimenangi tanpa bertanding oleh penyandangnya, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Saingan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden..ada tiga calon yang semuanya bagi aku sangat berwibawa, Ust Nasha, Abg Mat Sabu dan Dato Husam.Kesemua mereka sudah lama berjuang bersama Pas dan bukan muncul di era reformasi, Abg Mat Sabu misal nya sejak tahun tahun 70an lagi dan sdr Husam sejak awal 80an, begitu juga Ust Nasha .Mereka yang telah memberi sepenuh masa bersama Pas, meninggalkan kemewahan yang mampu mereka miliki dengan kelulusan yang ada.Mereka telah dan sedang melalui proses tarbiyyah dan mehnah dalam perjuangan.Mereka adalah antara batu bata yang mengukuhkan jemaah!

Sejak mereka mengumumkan untuk mempertahan dan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden aku ada juga meneliti dan menilai sendiri siapakah yang paling layak.Namun belum ada jawapan bagiku untuk memutuskan untuk memilih siapa.Walaupun ada blog2 yang cenderung seolah2 berkempen bagi pihak calon tertentu dengan berbagai cara, ada yang secara elok dan ada yang seolah2 menyerang pribadi bagi tujuan menjatuhkan.Puak mukaballah lah..puak erdogan lah..hmmm.Terpulanglah, blog masing2.

Tidak menjadi halangan untuk kita menyatakan pandangan mahupun kritikan pada calon2 yang bertanding.Kita memang prihatin dengan perkembangan Pas.Kita sayangkan perjuangan Pas.Kita ingin lihat Pas terus mara maju kehadapan mendepani permasalah ummah dan negara.Tetapi jangan lah menjadi seperti beruang menampar nyamuk di muka tuan nya.Habis dengan muka tuan terkopak!

Berbalik kepada soal kepimpinan baru Pas, tanpa ragu ianya adalah diantara perkara yang sangat penting perlu dibereskan di Muktamar nanti.Memandangkan iklim politik sekarang yang sudah berubah.Sokongan dan persepsi rakyat yang bukan Islam terhadap Pas pun sudah berubah. Samada kepimpinan baru diperlukan atau pemikiran baru dalam kepimpinan perlu dibuat bagi memacu perjuangan yang makin mencabar ini, para perwakilan lah yang akan menentukan kelak.Ingat! tuan-tuanlah para perwakilan semua yang berkuasa mengundi menentukan siapakah calon yang paling layak daripada mereka yang kesemuanya berkelayakan...dan andainya aku salah seorang daripada perwakilan itu...aku akan beristikarah.

wallahua'lam

Penanti dipertahankan...

Mansor menang, PKR kekalkan Penanti



BUKIT MERTAJAM: Sebagaimana dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang dengan majoriti 5,558 undi.

Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

Sebelum ini Mansor disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil hari ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.10 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit di sini.

Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Calon PKR ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.




Alhamdulillah.....


Sabtu, 30 Mei 2009

Selamat mengundi..

Esok, pengundi di DUN Penanti akan berpeluang sekali lagi untuk memilih wakil rakyat yang baru.Dalam masa yang sama UMNO Pulau Pinang telah mengarahkan 5000 ahlinya di DUN tersebut jangan keluar mengundi sebagai tanda protes, kunun nya.Tapi diharapkan arahan itu tidak dipedulikan oleh ahli-ahli UMNO di Penanti malahan diharapkan mereka keluar beramai-ramai bagi mengajar erti demokrasi kepada pemimpin mereka yang hanya tahu mengaut keuntungan bila musim pilihanraya sahaja.

Kita sudah sedia maklum calon-calon yang bertanding iaitu antara calon PKR dan 3 calon bebas.Kita juga sedia maklum mengikut sejarah dan rekod pencapaian calon bebas di semenanjung ini adalah amat buruk sekali kerana hampir kesemua mereka hilang wang pertaruhan pada setiap penyertaan mereka.Oleh kerana itu keputusan di Penanti esok sudah dapat kita jangka kan.Walau apapun sama-sama kita tunggukan sekitar pukul 9 malam esok, tunggu di depan tv kalau keputusan awal di keluarkan ini bermakna upset telah berlaku tetapi kalau sudah sampai pukul sebelas malam tak keluar lagi maka faham lah kita bahawa Pakatan Rakyat(PKR) telah sekali lagi memenangi DUN tersebut.

Selamat mengundi Pakatan Rakyat!


Jumaat, 29 Mei 2009

aduh aminah..

Aminah dakwa dapat sokongan ahli Wanita Umno-malaysiakini

Calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Aminah Abdullah mendakwa ahli Wanita Umno turut memberi sokongan kepadanya.

"Mereka kata, mereka sokong kak Min tetapi tak tahulah sama ada mereka akan mengundi Kak Min," katanya yang menggunakan lambang kunci.

aduh kak minah ooii, kalu sokong tp tak undi tu namanye sokong membawa rebah!

Sementara itu, Aminah Abdullah meminta siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan segera hasil siasatan berhubung dakwaannya cuba disogok wang tunai dan jawatan timbalan ketua menteri oleh PKR.

"Kalau umum lepas pilihanraya, kena buat pilihanraya sekali lagi.

"Nak buat piliharaya baru, kena duit lagi, jadi eloklah keputusan diumumkan sebelum hari mengundi Ahad ini," katanya.

aduh minah..awai2 hang dah terasa bakal menerima kekalahan..
ke hangpa dah berpakat dengan SPRM nak menang percuma?? kuang kuang kuangg

Khamis, 28 Mei 2009

lagi kesah minah cabar..

kali ni layan copy je laa..copy pun best..hehe

Kesiannya Mak Cik Minah...Ronggeng Tunggang Langgang!

Ewah...ewah....laku betul Mak Cik Minah Ronggeng akhir-akhir ni. Jika dulu tiada siapa 1 Malaysia yang kenal Mak Cik Minah, nama pun tak pernah dengar, tapi sejak jadi calon bebas, namanya tiba-tiba meletup 1 Malaysia! Cara dia meletupkan namanya sungguh mudah: cipta kontroversi. Sama ada orang mentertawakan koleksi cerita kartunnya itu hal lain. Yang penting setiap malam dengan wajah seperti orang mengantuk dengan dibantu oleh suara tergagap-gagapnya itu masuk TV.

Dan malam ini dalam Berita TV jam 8.00 malam wajah lesu Mak Cik Minah Ronggeng keluar lagi. Kali ini dia keluarkan kontroversi kedua pula - Mak Cik Minah menyatakan akan membongkar 'satu peristiwa di sebuah hotel' yang dikaitkan dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Ketika itu hati saya tertanya-tanya, "Eh, mengapa pula Datuk Zahrain? Kenapa Mak Cik tak menyerang Dr Mansor Othman, calon PKR yang bercita-cita hendak menjadi wakil rakyat Penanti? Pengundi Penanti bukannya hendak memangkah Datuk Zahrain, dia tidak bertanding pun."

Yang paling mencuit hati saya bila tiba ke adegan penting dedah mendedah ni:

"Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di......", tiba-tiba Mak Cik Minah terlupa skrip yang barangkali dihafalnya sejak dari rumah itu, "Hotel mana...?", terdengar dia berbisik kepada seseorang di sebelahnya.

"Hotel di Nibong Tebal...Jawi", kata satu suara lelaki di sebelahnya.

"Ya...hotel di Jawi pada...pada... 2007" sambung Mak Cik Minah tergagap-gagap, "Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah."

Terdengar lepas itu beberapa wartawan bertanya fakta lanjut kes yang diadukannya itu - hotel mana dan tarikh sebenar kejadian berlaku. Tapi Mak Cik Minah yang mulanya kelihatan terping-pinga kemudiannya enggan menjawab soalan itu. Mungkin skrip ceritanya belum siaplah tu, pikir saya.

Saya ketawa berdekah-dekah melihat cara Mak Cik Minah Ronggeng mempersembahkan ceritanya. Sudahlah tergagap-gagap, hilang fakta pula tu. Dalam hati saya tertanya-tanya tahukah dia Jawi itu di mana? (Jawi ialah sebuah pekan kecil di Seberang Perai Selatan). Dan jika sudah ada fakta mengenai Datuk Zahrin mengapa tidak buat pengumuman terus tadi? Atau lebih cantik mengapa tidak buat laporan terus kepada pihak berwajib selepas sahaja 'peristiwa' itu berlaku dan kena tunggu menjelang PRK Penanti? Ataukah Mak Cik Minah belum bersedia memberi jawapan kerana skrip ceritanya ketika ini belum disiapkan sepenuhnya oleh pembantunya?

Apapun, kesian Mak Cik Minah di TV tadi. Patutlah Azmin Ali menggelarnya Mak Cik Minah Ronggeng, cakap pun tergagap-gagap tunggang langgang!



Rabu, 27 Mei 2009

minah loklaq

Awas dengan minah loklaq ni...jenis yang suka memerangkap kawan untuk kepentingan peribadi! cara yang digunakan dengan mempelawa kawan menjamu selera di rumahnya sambil sembang2 kosong.Dalam kita duk sembang, bergurau brgelak tawa huha huha dia ambil kesempatan rakam suasana itu.Lalu dia mendakwa dia didatangi wakil parti lawan utk menyogok wang dan jawatan.Walhal dia yg pelawa kita mai makan...
Begitu lah naseb yang menimpa Cheah Kah Ping ketika menceritakan kembali kisah pertemuan beliau dengan minah loklaq tersebut








Selasa, 26 Mei 2009

minah rempit dan bebas..


Nama minah rempit bukan asing bagi kita semua.Nama yang seiring dengan Mat2 rempit.Tengok lah lagaknya..tak dapat dibayangkan..haha, kebanyakan mereka memilih cara hidup secara bebas dan tanpa menghabiskan wang yang banyak mereka mudah untuk diajak menjadi 'teman'...Walaupun isu minah rempit ni sudah agak reda sekarang namun ia bkn lah penunjuk bahawa gejala itu dah berkurangan tetapi hanya sekarang sudah kurang mendapat perhatian dari pihak berkuasa dan juga media.



Minah yang mendapat perhatian ketika ini adalah Minah calon bebas PRK DUN Penanti, Minah Bebas yang tiba2 menjadi topik hangat di dada2 akhbar dan juga TV.Mengapa jadi demikian? Minah yang menyatakan disogok oleh PKR dengan wang sejumlah RM 80 ribu jika menarik diri dari bertanding di Penanti.Minah Bebas ni bila diminta mengemukakan bukti beliau pula bagi syarat.Syaratnya parti PKR mesti bubar selepas kunun nya beliau berjaya membuktikan perbuatan rasuah tersebut.Tak pernah berlaku sebelum ini kepada mana2 calon bebas yang tampil mendapat perhatian bagaikan dia calon dari parti yang besar dan kita tahu BN tidak berani bertanding di situ.Siapa dia Minah Bebas ni??? Hah! paham sudah lah kita bahawa ade halimunan UMNO yang menyusup masuk bertanding! Kerja siapa lagi selama ni yang nak membubarkan parti PKR PAS DAP kalu tidak kerja UMNO? Kalu tengok mood rakyat sekarang untuk memilih Pakatan Rakyat begitu tinggi, agak2 betul ke harga Minah Bebas ni RM 80 ribu?Hebat sangat kah pengaruh dia?? Aku rasa 8 kupang pun belum tentu!..hahahaa

Isnin, 25 Mei 2009

dah ok..

Alhamdulillah handphone aku yg rosak awal bln lalu dah selamat dibaiki...dah ok kate amoi kedai handphone tu tapi dia pesan handphone ni dah byk pantang larang nye..jangan main game, jangan bluetooth..aiyaa! ok ape ke benda nye nie..? nak tak nak kena akur juge lah dengan pantang larang tuh..pasni ntah brp lama hp nie mampu bertahan..wallahua'lam


yang ni dah ok..





hat bawah nie blom ok lagi...tunggu mahkamah persekutuan plak!









Jumaat, 22 Mei 2009

nota petang..

11 Mei Mahkamah Tinggi putuskan DS Nizar MB Perak yang sah!

22 Mei Mahkamah Rayuan putuskan DS Zambry MB Perak yang sah!

~itu catatan petang gue sblom melompat p main bola (ptg nie mungkin ramai yang nak kena tebas kaki nih...grrrr...hikhikhik)

Nizar: Update

Mahkamah Rayuan: Tiga hakim putus Nizar kalah


Walauapa pun keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, perjuangan Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia tetap diteruskan.Menang atau kalah, Nizar tetap menjadi seorang tokoh, model kepada perjuangan Pas untuk menegakkan Islam, beliau yang tiba-tiba menjadi perhatian umum atau 'superstar' bagi PR selepas PRU12 lalu, dan sehingga kini popularitinya telah jauh mengalahkan Mawi world dan setanding dengan DS Anwar.
Melalui pendekatan yang dibawa selama 11 bulan PR mentadbir bumi Perak, Islam dikenali dan didekati oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong yang bukan Islam.Itulah dakwah, antara matlamat perjuangan Pas, kita hanya usaha dan ikhtiar, soal masuk Islam atau tidak, soal menang atau kalah kita serah kepada Allah SWT...UMNO yang sebelum ini dilanda tsunami politik dan kini dilanggar oleh fenomena Nizar pula!



Khamis, 21 Mei 2009

Mahkamah Rayuan: Tangguh Esok

Anak bulan tak kelihatan!! keputusan Mahkamah Rayuan kes Nizar-Zamri dijangka diumumkan jam 3.30 petang esok ..sabo..sabo



Mahkamah Rayuan: Di sambung 12:15

TERKINI 11.50 AM : Mahkamah ditangguh sehingga jam 12.15 PM.

Sebentar tadi panel hakim menangguhkan sidang setelah peguam yang mewakili Zambry mengakhiri hujahnya sejak pagi tadi.

Selepas ini bermula pada jam 12.15 petang, peguam DS.Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah akan mengemukakan penghujahannya.

Setelah diteliti dari penghujahan peguam Zambry tadi didapati hampir sama dengan apa yang telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi sebelum dari ini.

idhamlim.blogspot

~ aku kata dah banyak main-main laa, dah hujah yang sama nate jadah ape nak buat rayuan lagi Zamry oii..

~ walaubagaimana pun berita
Dari PerakExpress agak mencemaskan perasaan!!




Mahkamah Rayuan

Pagi ini Mahkamah Rayuan akan bersidang bagi membicarakan kes rayuan DS Zambry dan DS Nizar.DS Nizar telah memohon agar Mahkamah Rayuan diadili oleh lima orang hakim dan bukan nya hanya seorang hakim Dato Ramly Mohd Ali koboi lone ranger (hat nie aku yg cakap..hehe) sahaja

Harapan pencinta keadilan seluruh dunia kemenangan berpihak kepada DS Nizar yang sebelum ini sudah diistiharkan MB Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi hanya ditangguhkan sahaja keputusan itu oleh Ramly dan Zambry (korang byk main2 laa..)..dan seorang master mind yang sentiasa berlindung dibalik hantu kopek!


Rabu, 20 Mei 2009

nak tanam kat mana ni?

Talkinkan UMNO ? Sapa punya kerja ni ? (update)



Astaghfirrullah..MasyaAllah..!! Ni kat mana ni ? Terkedu wak lihat foto ni, Patut ker hangpa buat macam tu ?
Kuburkan Saja Mereka!
Kuburkan Saja Mereka!
(wak) OD kek mano kau dopek gambo ni ? Kau cito kat wak..!


Sumber tak sohih mengatakan bahawa, (rujuk komen) ..kejadian ini berlaku di Semporna Sabah, kerana depa tidak puas hati pasal tanah, dan KM depa (baca siapa ?), kawasan ni kawasan Naib Pengerusi UMNO yang bangap tu, saper ? itu..menteri apdal tuh laaa kalau nak tau, depa bukan mati pun, ni hanya protes jer wak, dan masih hard core umno, duit duit, dimana ko duit....UMNO talkinkan UMNO di Sabah lah yer !



cilok 100% dari: politikbanjar.blogspot



layan sajak ISA dari abg Mat Sabu

Mat Sabu bersajak pasai Isa
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sajak oleh: Tuan Hj Mohamad Sabu
16 Mei 2009
MANSUHKAN ISA
I.S.A


Kamilah hakim
Kamilah peguam
Kamilah saksi-saksi
Kami penentu masa depan kamu.

Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini
Kamu yang mencari tempat ini
Kamu yang memilih untuk ke sini
Kamu suka tempat ini
Kamu menentukan cara hidup kamu.

Kami tidak menyuruh kamu ke sini
Kami tidak suka kamu ke sini
Kami tidak penjarakan kamu
Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.

Tak sayangkah kamu kepada anak-anak?
Tak sayangkah kamu kepada emak ayah?
Tak sayangkah kamu kepada isteri?
Kamu menganiaya mereka!
Kamu menganiaya mereka!

Kawan-kawan kamu baik
Kawan-kawan kamu menolong kamu
Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari
Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu
Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?

Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku?
Kawan-kawan curang kepada kawan?
betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan?
berapa banyak isteri pejuang memohon cerai?
berapa banyak isteri pejuang melaku curang?

Kamu menentukan ibu kamu derita
Kamu penyebab ayahmu derita
Kamu penyebab anak-anakmu menderita
Kamu penyebab isterimu derita
Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.

Cari jalan keluar dari sini
Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini
Kamu nak keluar besok?
Kamu nak keluar minggu depan?
Kamu nak keluar bulan depan?
Kamu nak keluar tahun hadapan?
Kamu nak keluar 10 tahun lagi?
Kamu yang menentukan!
Saudara......, cari lah jalan keluar!
Kamu menentukan masa depan kamu....

Kamu di sini kerana kamu!
Kamu mementingkan diri!
Kamu nak naik!
Kamu nak terkenal!v Kamu nak pandangan kamu didengar!
Kamu nak kamu dijulang!
Kamu nak nama terbilang!
Kami apa peduli!
Kami jaga keamanan....
Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu
Nyawa orang lain terancam
Harta orang lain terancam
Keselamatan orang lain terancam

Kami tak kira menteri
Kami tak kira datok
Kami tak kira Anwar
Kami tak kira Karpal
Kami tak kira Tok Guru
Kami jaga keamanan...
Kami jaga keselamatan

Pintu untuk keluar ada
Pintu untuk taubat ada
Pintu untuk penyesalan ada
Pintu untuk kepangkal jalan ada
Kamulah penentu untuk memilih pintu
Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan

Nak menjadi hero?
Nak menjadi pejuang?
Nak kepada sanjungan?
Nak pertahan pendapat kamu?
Kamulah memilih berapa lama di sini!

(Oleh Hj Mohamad Sabu) * 16Mei 2009
* Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)

*Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA, yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.

*Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 3 buah negeri yang masih mengekalkannya iaitu Malaysia, Singapura dan Israel......yang lain semua dah buang dan tutup buku. (Kem Guantanamo bukan seperti ISA....ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).

Sajak ni aku copy paste dari bllog Aris Awang yang copy paste dari Portal Mohamadsabu.com

Laa.. sejak bila pulak Mohamadsabu.com ni aktif balik. Kali terakhir aku masuk nampak dah macam lama tinggai, tapi kali terakhir tu lama dah la....

cedok dari cenangau.blogspot











aduh..gawat nie

aduh ngapain 1Malaysia 1000 keluar baris di Kangar? aduh UMNO..gawat...gawat!


1,000 ahli Umno Kangar keluar parti?

Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu.

Isnin, 18 Mei 2009

poodahhh!!

Tindakan jika Hindraf berhimpun tanpa permit



KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika pertubuhan haram Hindraf mengadakan satu perhimpunan tanpa permit di sini

pertengahan Jun ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

"Bagi kita, perhimpunan itu mesti ada permit yang sah. Kalau tidak ada permit kita anggap perhimpunan itu adalah haram dan kita akan mengambil

tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini

Beliau berkata demikian sebelum melawat tapak pembinaan Kompleks Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) dan Logistik Bukit Aman bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Mengenai keengganan pemimpin Hindraf P Uthayakumar mengikut arahan polis

supaya datang ke kem tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) esok, Ismail berkata, polis akan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ada.-Bernama

biasa2 kalu hat mintak permit ni kalu bkn penyokong UMNO BN jgn harap lah nak dapat!
kalu mintak permit sahih tak bagi..
kalu bagi pun, sahih batal last minit..

aku rase geng nie hindraf akan kate...chitt pooodahhh!!

hehehe

Ahad, 17 Mei 2009

DOA PELINDUNG/VAKSIN daripada SELESAMA BABI - INFLUENZA H1N1

sumber berita




Salam kawan-kawan,

Seorang sahabat menyebut berseloroh sejurus PM ke 6 mengisytiharkan ONE MALAYSIA( 1 Malaysia) maka muncullah H1N1. Sehingga kini belum ada lagi vaksin untuk mencegah daripada Selesema Babi(SB).

Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia menyebut:
Soalan : Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Jawapan: Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

Jom kita amalkan doa ini yang diajar oleh Nabi saw, mudah-mudahan ia menjadi VAKSIN terbaik untuk selamat daripada Selesama Babi. Doanya ialah:

Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan -

Mudah-mudahan ALlah menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain.







berita bertiup kencang...bubar!

DUN Perak Bubar Isnin?

Desakan rakyat supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan mungkin sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak istana dan demi kebaikan,kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut.Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politki di anatara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluar.

Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politki di anatara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluardemi kebaikan,kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut
DUN Perak Bubar Isnin?

Satu pengumuman besar dijangka dibuat pihak istana Perak Isnin depan yang mungkin mampu memecahkan kebuntuan politik yang melanda negeri itu dan seterusnya mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan sejak tiga bulan lalu.

Menurut sumber pengumuman itu ada kena mengena dengan desakan rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan untuk memilih kerajaan pilihan mereka semula setelah Barisan Nasional mendalangi rampasan kuasa terhadap kerajaan sah Pakatan Rakyat 5 Februari lalu.

“Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politki di anatara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluar.

“Desakan rakyat supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan mungkin sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak istana dan demi kebaikan, kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut,” sumber memberitahu TV Antara.

Sekiranya ini berlaku Perak akan menyaksikan pilihan raya negeri pertama setelah pilihan raya umum tahun lalu.

Pada PRU ke 12, Pakatan Rakyat memenangi 31 kerusi sementara BN pula mendapat 28 kerusi.

Perbuatan BN memujuk 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat keluar daripada gagasan itu dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas telah mencetuskan krisis politik yang paling buruk dalam sejarah moden Perak yang turut mengheret institusi raja, badan-badan kehakiman dan legislatif.

Beberapa perkembangan yang berlaku kebelakangani ini juga mungkin mempengaruhi pihak istana untuk memperkenankan pembubaran DUN.

Antara yang paling penting ialah senario persefahaman yang telah wujud di antara Pakatan Rakyat dan BN berkaitan jalan penyelesaian krisis politik Perak.

Beliau juga berkata isu sama ada DUN Perak akan dibubarkan atau tidak kini terletak ditangan Sultan.

Walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkeras tidak mahu mengadakan pilihan raya baru negeri melalui pembubaran DUN namun kini beliau dilihat sudah berlembut dan mahu berdialog dengan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat pula atas dasar mahu melihat penyelesaian kemelut politik tersebut diatasi secara aman bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan BN tetapi prinsip pembubaran DUN tetap dipertahankan.

Ini kerana menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim hak rakyat perlu dikembalikan semula jika amalan demokrasi sihat mahu diwujudkan di negera ini serta menolak budaya kedurjanaan politik.

Walaupun menurut perlembagaan pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar namum pensyarah undang-undang Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata Sultan mempunyai kuasa khas yang jarang digunakan yang membolehkan baginda membubarkan DUN selaku kedudukan sebagai Sultan.

“Dalam keadaan di mana sesuatu keadaan itu tidak lagi boleh diselesaikan melalui kompromi politik dan juga proses perundangan baginda Sultan boleh menggunakan “reserve power” baginda untuk membubarkan Dewan tanpa merujuk kepada Menteri Besar apatah lagi dalam keadaan di Perak sekarang yang mempunyai dua penyandang jawatan,” Prof Aziz berkata.
http://www.tvantara.com





yesss!!!

Manchester United juarai EPL kali ketiga berturut-turut
16/05/2009 10:11pm

MANCHESTER 16 Mei - Manchester United berjaya menjulang kejuaraan Liga Perdana England (EPL) buat kali ketiga berturut-turut selepas terikat 0-0 dengan Arsenal di Old Trafford, malam ini.

United memerlukan hanya satu mata untuk menjulang kejuaraan dan keputusan itu meletakkan kelab itu tidak lagi mampu dipintas oleh pasukan di tangga kedua Liverpool, yang ketinggalan tujuh mata dan masih mempunyai baki dua perlawanan.

Ini bermakna United kini menjulang 11 kejuaraan EPL dalam tempoh 17 musim di bawah pengurus Alex Ferguson dan menyamai rekod Liverpool yang 18 kali muncul juara liga.

Ferguson telah memenangi 25 trofi kejohanan utama sejak tiba di kelab itu pada 1986 dan berharap dapat menambah kepada 26 trofi apabila United berdepan Barcelona pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Rom pada 27 Mei ini. - AP




Sabtu, 16 Mei 2009

Presiden Pas Kekal

http://pekanawah.wordpress.com/2008/08/

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan nya sebagai Presiden Pas tanpa bertanding apabila mendapat 136 pencalonan daripada 137 kawasan.Berita selanjutnya baca disini


Jumaat, 15 Mei 2009

Gendang perang dah dipalu!!!

menurut laporan utusanmeloya sekali baca nampak macam berani nak minta Sultan Perak bubarkan DUN...tapi bila ku renung2 ayat ni..
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, pilihan raya DUN itu hanya satu pilihan ke arah menangani krisis tersebut tetapi bukanlah sesuatu yang harus." nampak macam acah2 jer..macam nak buat cara lain bagi menyelesaikan krisis di Perak..

itu pun lepas Gerakan berbunyi! ikut cakap Gerakan rupanya, ingatkan suara desakan dari UMNO..kalu ikut Tun Madey kalu buat pilihanraya kompom PR menang.Tu bapak Umno yang kata bukan aku.

Jadi gendang dah dipalu, penari dah bersiap, ikut rentak kalau inang pun boleh, kuda kepang pun boleh..pendek kata apa-apa sahaja rentak boleh dipalu..

Selamat membubarkan DUN Negeri Perak dan Selamat Hari Guru..

perompak buat laporan polis

27 Adun BN buat laporan dakwa Sivakumar salah guna kuasa -beritahairan

3 orang yg jadi ADUN bebas tu tak ikut sama ker?? bahalol!! korang yg tak mau ikut perintah speaker, korang yg lantik speaker haram!! korang yg matikan microfon speaker!! korang yg panggil polis heret speaker dan kurung dia dalam stor!! korang yg bawak senjata dalam dewan!! korang yang merompak kuasa kerajaan negeri perak dengan cara gopoh tak ikut undang2(kata tun madey).. sekarang korang kata speaker yg salah??!!! korang memang @#$$%^*(^@#)/@!_$##

~kat bawah ni adalah Hamidah Othman ADUN sg rapat, perak sebagai ketua rombongan ke balai polis Sg Senam kata orang dia ni hebat betoi orangnye.

nak tau dia hebat camner baca sini..TQ


Khamis, 14 Mei 2009

Nazrin, Nizar...

Hubungan baik Raja Nazrin dengan MB Nizar

Gambar ini dirakam semasa DS. Nizar hadir dalam Majlis peanganugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYYM Sultan Perak di Istana Iskandariah pagi kelmarin. Hadirin agak terkejut semasa diumumkan kehadiran YAB. MB Perak tiba-tina DS. Nizar dan Isteri memasuk Balai Rong Seri. Gambar ini jelas menjawab tohmahan selama ini hubungan DS. Nizar dengan istana kononnya tidak baik.

sumber: idhamlim

Isnin, 11 Mei 2009

Gambar Nizar setelah menang.

Gambar terkini DS. Nizar setelah keluar dari bilik mahkamah setelah diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah

sumber : dari blog idham lim & SIASAH



Lagi Laporan Nizar Menteri Besar sah Perak


kemaskini 4.30pm : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.Malaysiakini.

Nizar MB Perak sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah. Mstar.

Najib bilang mau kerjasama..

baca sini

Najib bertanggungjawab sepenuhnya mengaibkan Malaysia di peringkat antarabangsa dengan tindakan kerajaan beliau enggan menghormati doktrin pengasingan kuasa sehingga mencetuskan krisis di Perak.


(berita dari indon)
Kepala pemerintah Malaysia kelmarin bilang mau kerjasama sama pembangkang di negaranya, kerjasama yg bkn membentuk kerajaan campuaran tetapi di dalam pelbagai bentuk yg lain, ya.. kalu bapak2 ibu2 kurang jelas bagaimana? caranya kurang lebih macam Tun Paklah dulu laa..masih ingat lagi ngak? bekerja bersama sayaa! gitu dong..juga beliau ngajak bersama hormati undang2 negara (???kahkahkah) dan Najib bilang lagi usah tegak benang yang basah dong...waduh bisa ngak?



MU makin hampir

(MU 2 - MCity 0)



RONALDO (kanan) meraikan jaringannya bersama Patrice Evra ketika menentang Manchester City di Old Trafford, malam tadi.

Jumaat, 8 Mei 2009

kita..

sivakumar being dragged abused manhandled by security unknown individual out perak state assembly chaos 070509 02




berundur bukan bererti kalah, bukan juga kerana kita takut atau bacul tapi yang takut dan bacul sebenarnya adalah mereka, kita melasanakan peraturan dewan tetapi mereka ingkar degil, buat pekak sahaja.Sebaliknya kita pulak dipaksa diheret ditarik dipijak disembur dan sanggup mengurung kita ..pembesar suara kita dimatikan, mereka mahu suara mereka sahaja didengar! mereka bacul! mereka berlindung disebalik polis, polis memaksa kita mereka menyeksa kita...kita tidak dibenarkan hampir ke dewan yang sudah tidak mulia lagi itu..jika hampir mereka tangkap! kita hanya 28 orang dalan dewan mereka ada 400 orang...nah! siapa bacul? siapa penakut?

~aku tabik pada kita yang bernama sivakumar nizar idham nga ngeh...bro dari Aulong Yaw Tian Woh dan 22 orang kita yang turut serta mempertahankan kedaulatan undang2

~aku juga tabik kepada kita yang bernama Lim KIt Siang bersama ribuan kita yang dihalang, juga kita yang ditangkap yang diketuai Salahudin Zuraida dan puluhan kita yang lain..

~tabik juga buat kita yang sentiasa update berita terkini bersekang mata yang bernama Albanjari Anil Netto dan puluhan kita lagi..

kita...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

selamat datang Datuk Seri Nizar ke negeri pahang 9/5/09 (jika tiada sebarang perubahan)

Khamis, 7 Mei 2009

1Malaysia..gila apakah ini?

Demokrasi apakah ini, 1Malaysia gila apakah ini?..hak berhimpun hak berpakaian rakyat dinafikan diugut ditangkap...
Belum pun 7mei belum pun hadir dan hampir ke Bangunan SUK Perak aktivis BERSIH Wong Chin Huat di tahan dirumah pada 5 mei dan bermula dari itu beberapa lagi siri tangkapan sudah dibuat , malam semalam 14 telah ditahan sini , tengahari semalam 5 ditahan kerana menyambut ulangtahun kelahiran Altantuya Sharibuu di sini sini, jam 3 petang semalam berhampiran Pejabat Harakah Naib Presiden Pas juga ditahan sini




janice lee smiling arrested ipoh 07052009












1Malaysia 1dunia saksikan pengecut nya UMNO BN...

perak state assembly police blockade and arrest of opposition mps and ngo reps 070509 13

arsenal??? antusabun mai tengok...

keputusan 2nd semi final champion league : arsenal 1 - manchester united 3
(agregat 4-1) Man U layak ke final di rome



ni goal pertama united by park ji sung



ni d0 meraikan gol kedua hasil dr free kick



ni gol ke 3 dr d0 juge..



ni gol sagu hati arsenal penalti by van persie



ni pemain arsenal yg sengal2 pinggang...kahkahkah