Sabtu, 6 Jun 2009

Muktamar 55: Tahniah dan Takziah...


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama barisan kepimpinan parti yang baru, Timbalan Presiden Ust. Nasharuddin Mat Isa (dua dari kiri). Bagi jawatan Naib Presiden YB. Salahuddin Ayub (kiri), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) dan Datuk Mahfuz Omar (kanan) pada Muktamar PAS di Stadium Malawati Shah Alam. (Gambar Mstar)

Tahniah pada yang kalah dan takziah kepada yang menang, begitulah ucapan yang diajar oleh
Islam apabila amanah kepimpinan dipertandingkan.Tugas kepimpinan adalah amat berat namun di dalam Islam kita dapat lari dari samada dipimpin atau memimpin.Betapa pentingnya soal kepimpinan telah telah ditunjuk kan oleh sahabat Nabi SAW yang empat Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali tidak turut menguruskan jenazah Rasul yang mulia kerana bermesyuarat bagi memilih penganti bagi memimpin umat ketika itu. Bukankah di akhirat kelak pada hari yang tiada suatu perlindungan Allah SWT menyatakan ada tujuh golongan yang akan di naung kan di bawah arasy Nya, salah satu daripadanya adalah pemimpin yang adil dan amanah.InsyaAllah Pas bersama gabungan ulama dan profesional akan memikul tugas kepimpinan ummah bagi terus memacu perjuangan demi menegakkan Islam di bumi Malaysia ini dan tema Muktamar Ke 55 ini adalah Islam Memimpin Perubahan.
Salam dari Stadium Malawati Shah Alam.


Allahuakbar!






Jumaat, 5 Jun 2009

Muktamar 55: Husam, Mat Sabu berpeluang...


gambar semasa perasmian

Muktamar Pas Kali ke 55 telah selamat dirasmikan pagi tadi oleh Tuan Guru Presiden.Pada sesi sebelah petang nya pula kira2 3.30 petang acara pengundian untuk memilih jawatan-jawatan seperti Timb. Pengerusi Tetap (Pengerusi Tetap menang tanpa bertanding), Timb. Presiden, Naib Presiden dan Ahli jawatankuasa Pas Pusat telah bermula.

Sudah tentu pemilihan jawatan Timb. Presiden menjadi tumpuan ramai baik pada yg pro PR atau pun tidak.Sebelum dan semasa pengundian dibuat aku sempat juga lah bertanyakan beberapa orang perwakilan yang bukan senegeri dengan aku, siapakah yg bakal dipilih untuk jawatan Timb. Presiden.

Walaupun tinjauan secara kecil-kecilan tetapi apa yang menarik perhatian aku ada perwakilan dari Perak menyatakan akan memilih Abg Mat Sabu alasan beliau adalah kerana jawatn Presiden, Ketua Pemuda dan Muslimat penyadang nya adalah tokoh yang berlatar belakangkan agama, jadi apa salahnya dia memilih calon seperti Abg Mat Sabu.Pantas mereka membuat analisa! Pendapat sebegitu juga yg diberikan oleh perwkilan yg memilih Husam.

Mereka langsung tidak menyentuh soal perubahan pimpinan dengan isu muqabalah! Malah dengan yakin mereka menyatakan apa salah membuat perubahan.Jika tidak nampak kemajuan dua tahun lagi kita ubah pulak menurut mereka.

Walau bagaimana pun peluang Ust Nasha sebgai penyandang tidak boleh dinafikan juga, perwakilan dari Pahang misalnya rata2 memilih beliau..

Nanti kan keputusan yang akan diumumkan pagi esok.Tugas perwakilan untuk memilih pemimpin sudah selesai.Memilih pemimpin bertujuan untuk memperkasakan jemaah dan bukan nya untuk membawa kekusutan dan perpecahan .Salam dari Stadium Malawati Shah Alam..

'ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN'




Khamis, 4 Jun 2009

Ust Nasha..betoi ka?




Betoi ka ust Nasha jd kapala dalam rundingan nak bwk Pas menyertai BN.Betoi sungguh ka? Bila rundingan tu diadakan? Dimana dan sapa lg yang ikut sama? Apa butiran dan hujah kenapa Pas perlu dibawa masuk BN? Dengaq kata dh ada kertas cadangan, mana dia? Sapa wakil Umno BN yg dia p berunding tu? kalu betoi sapa yg setuju nak join BN , berapa kerat yg setuju?

Orang Pas hat mendakwa ada maklumat sahih tak kan duk biaq ja, salurkn maklumat tu kat Dato Husam dia kan Naib Presiden dan memang handal berhujah dan berdebat biaq dia tutuh cukup2 ust Nasha dlm mesyuarat, tak padan kalu setakat nk berhujah menibai Ust Nasha dalam ceramah2 dan blog2 saja, ini perkara besaq!..kalu betoi tak kan Dewan Harian Pas Pusat tak balun ust Nasha dlm mesyuarat! kalu benaq mengapa AJK Pas Pusat tak tibai Ust Nasha dalam mesyuarat?! Tak kan Ust Nasha nak membelakangkan majlis syura..Ka hangpa sema bersekongkol sama...bagi aku mcm xlogik sgt Ust Nasha buat kerja lagu tu, sama xlogik nya org tua umuq 62 tahun liwat org muda umuq 22 tahun sebanyak 9 kali..

Kalu hat cerita Ust Nasha jumpa Paklah di pejabat Paklah di bangunan Parlimen tahun lepas ketika itu sidang Parlimen sdg berlangsung, hat tu aku dah dengaq dari mulut Ust Nasha sendiri lebih setahun yg lalu, orang tua tu nak jumpa dan dia bagitau Presiden yg mmg ada di bangunan Parlimen dan Tuan Guru Presiden izinkn dia pegi...xkan la Timb Presiden kena minta izin dgn YDP Kawasan plak. Lepas tu la tup tup org tua tu (paklah)buat statement mmg ada pertemuan dan perbincangan hal2 join menjoin ni...hangpa tak kan tak tau paklah kalo brckp kejip2 mata, tu tanda dia nk melebong la tuu..walhal tiada apa2 pun keputusan menurut ust Nasha.Tapi yg peliknya point pengesahan dari Paklah yg diterima pakai oleh org Pas utk mnyerang Ust Nasha, jika btoi awat tak buleh ka hangpa duk semeja berbincang elok2, cari jln penyelesaian...

Hat cerita pertemuan2 di London ka mana ka, dengan najib ka, sapa ka..aku tak tau..tu yang tanya betoi ka? kalu btoi wat mai tunjuk kat ahli2 kertas cadangan kerjasama seperti yg telah didakwa sebagai bukti pengkhianat itu!

Begitu lah diantara perbincangan, perdebatan dan persoalan yg dah hangat lebih setahun lalu, mula2 duk rasa hal ni buleh diselesaikan oleh peringkat pimpinan saja, ttp mutakhir ini nampak kui mnjadi2..dibimbangi jika tak terungkai terjawap..kehangatan makin membara, Pas dipuak2 kan! dan paling mengerikan orang akan meluat tengok Pas!

~ semua persoalan ini akai aku jer yg duk pikiaq, tiada kena mengena prtandingan 3 penjuru tuh, sekadar mohon penjelasan yg sebenaq2 nya,,jika sudi dan jika ade...


Rabu, 3 Jun 2009

Penanti: Kenangan Terindah...

election officer sleeping 310509
permandangan pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, Penanti pada 31 hb Mei lalu...

tanpa Umno pada hari tersebut suasana sungguh aman damai lagi tenteram...pak polisi pun buleh tdoq...aku rasa elok hingga tahun 2020 Umno takyah bertanding dimana-mana PRK..hehehe

~penanti yg terukir abadi sebagai kenangan yg terindah...





Selasa, 2 Jun 2009

Jom ke Muktamar Pas

JADUAL PENUH MUKTAMAR PAS

3 Jun 2009

9.00 malam - Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS
di Taman Melewar, Kuala Lumpur oleh Nasharudin Mat
Isa, Timbalan Presiden PAS.

4 Jun 2009

8.00 pagi - Muktamar Dewan Pemuda di Taman
Melewar.

8.00 pagi - Muktamar Dewan Ulama di Dewan di
Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor
Darul Ehsan

8.00 pagi - Muktamar Dewan Muslimat di Dewan
Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor
Darul Ehsan

5 Jun 2009

8.00 pagi - Perasmian Muktamar Pas ke 55 di
Stadium Melawati Shah Alam oleh Datuk Seri Abdul
Hadi Awang, Presiden Pas.

6 Jun 2009

8.00 pagi - Muktamar penuh bermula hingga petang.

7 Jun 2009

8.00 pagi - Muktamar penuh bersambung dan bakal
habis hingga lewat petang. Keputusan pemilihan
akan diumumkan hari ini.