Isnin, 31 Ogos 2009

betoi ka dapat adiah merdeka ni?? yey yey!!

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?
Harakahdaily
Mon | Aug 31, 09 | 4:19:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin. _


Ahad, 30 Ogos 2009

puasa....merdeka!!!

Diam tak diam hari ni dah 9 hari kita menjalani ibadah puasa, makna nya 21 hari lagi atau kurang dah nak raya...yey yey...hehe.

Begitu juga esok 31 Ogos adalah hari kemerdekaan negara yang kucintai kali ke 52.Sambutan Hari kemerdekaan akan dilangsungkan di Dataran Parlimen, bermula jam 7.30 pg semua jalan yang menghala ke Parlimen akan ditutup yer...ingat tu ditutup!! jangan gatai2 nak lalu jalan tu hari esok. Kalu lalu jugak, hangpa akan jadi senasib dgn demonstran yg bantah ISA 1Ogos lalu...kena bedil gas pemedih mata dan sembuq ayaq kimia (padan muka...kahkahkah).Upacara yang akan berlangsung lebih kurang 1jam itu akan mengumpulkan lebih drp 8000 orang termasuk pemimpin2 BN dan PR.

Selamat hari kemerdekaan yang ke 52 pada semua!!

ini adalah drp berbgai jenis laugan yg penah kita dengar~Merdeka!!! Madey kaa!!! mau duit ka!! (mauuuu...) bunyik hampir sama tetapi mempunyai maksud yg jauh berbeda....

~Pesanan untuk mereka(org Islam) yg hadir ke sambutan hari merdeka di seluruh negara esok...hangpa jgn lah sengaja merdeka drp berpuasa pulak yer!


Jumaat, 28 Ogos 2009

menteri kena sebat kerana menipu...

kena sebat tu maksudnye kena bidas laa...hehe



Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM



Tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah kerana ia pernah dilaksanakan di Kelantan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini.

"Pada April lalu, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendengar makluman daripada pegawai-pegawai penjara yang menyatakan bahawa mereka telah dilatih untuk melakukan hukuman sebatan ini dan bersedia sekiranya ada apa-apa hukuman dan mereka akan laksanakan," kata Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang menyebut bahawa hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan.

Mohamad Isa menambah, kegagalan melaksanakan hukuman tersebut berpunca daripada "kelemahan" Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enakmen syariah Pahang telah lama berkuatkuasa dan mahkamah tentu mengetahui wujudnya kepakaran itu.

"Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya.

"Kita kena tengok juga enakmen pentadbiran undang-undang Islam di negeri Pahang ini sudah lama, sejak 1987 lagi, tentang sebatan dan prosedur pelaksanaan hukum sebatan ini.

"Tidakkan selama ini KDN tidak menyedari tidak ada tukang sebat. Sebab itulah kami kecewa dengan kenyataan (Hishammuddin) tersebut," tambahnya.

Jelasnya, hukuman sebat secara syarie pernah dijalankan di Kelantan beberapa tahun lepas di penjara Pengkalan Chepa.

PGSM yang bergabung dalam Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur sebagai reaksi kepada kenyataan beberapa pihak berhubung hukuman terhadap model sambilan itu.

Selain PGSM, Pembela turut disertai antaranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, seorang kakitangan Jabatan Penjara Kelantan mengesahkan sebatan secara syarie pernah dijalankan di penjara di negeri itu.

Beliau, yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak dapat menyatakan tahun ia dilaksanakan tetapi yakin ia melibatkan seorang pesalah lelaki.

"Kalau ikut peraturan kita (peringkat persekutuan), memang tidak boleh sebat orang perempuan. Tapi kalau mahkamah syariah kata boleh, bolehlah," katanya lagi.

~sape la yang menyokong hisham ni, sampai boleh jadi menteri

~kalu nak seribu daya, kalu tak nak satu jer dalih...hehe


Rabu, 26 Ogos 2009

Majalah Gedung Kartun kena ISA??

Kilang cetak Gedung Kartun diserbu


NONE
(zunar kartunis yang digeruni
oleh kerajaan 1Malaysia)






Apa yang Kerajaan Malaysia takut sangat dengan majalah Gedung Kartun ini? Sampai tak boleh nak bernafas langsung! baru sahaja diterbitkan sudah diterjah pejabat operasinya, dirampas majalah dan syarikat percetakan diserbu bagai memburu Nordin Mat Top!

Apakah majalah Gedung Kartun itu ada berunsur lucah, dedah sana dedah sini macam majalah URTV, Mangga dan sebagai nya yang bebas keluar masuk pasaran negara 1Malaysia ini?Apakah ia menyebarkan ajaran sesat macam ayah pin, menyebarkan ajaran komunis macam Mao Tze Tung? Apakah dia terlibat sebagai pengkhianat yang menggadaikan tanah di Johor kepada Singapura?Atau apakah ia mengugat keselamatan 1Malaysia atau juga ia mengancam kuasa dan harta para pemuka negara?Banyak persoalan lagi yang dimusykilkan sebenarnya.

Jadi kesimpulannya, rakyat 1Malaysia mari kita cari majalah ini, beli dan tengok dimana salahnya majalah Gedung Kartun.Jangan kita ISA kan majalah ini sebelum kita menghakimi nya.Rakyat hakim negara!

Dimana boleh nak dapatkan?


Selasa, 25 Ogos 2009

UMNO tewas lagi buat kali ke-7

CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad

CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad


keputusan rasmi PRK Permatang Pasir

: 9618
: 5067
MAJORITI : 4551
JUMLAH UNDI ROSAK : 83

Ucapan sulung selepas kemenangan...

"Kejayaan ini adalah kejayaan semua" kata YB Salleh Man ketika menerima keputusan penuh undian PRK N11 di Markas Induk Permatang Pasir lebih kurang jam 6:50 petang tadi dengan diiringi sorakan takbir oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir.

Malam ini juga bertempat di Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir, pihak Pakatan Rakyat akan mengadakan satu ceramah bagi meraikan kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil kali ini sekaligus menambahkan 1 lagi rekod kekalahan UMNO/BN kepada 7 kali.
(perisik-rakyat.com)

abgBro ~ setinggi-tinggi tahniah buat pengundi Permatang Pasir...Umno sebelum ini tewas di Manek Urai, Penanti, Bkt. Gantang, Bkt. Selambau, Kuala Terengganu dan Permatang Pauh...dan hanya menang di Batang Ai.


Isnin, 24 Ogos 2009

Tewaskan UMNO BN!!

Kekalkan Kemenangan Rakyat

Kekalkan Kemenangan Rakyat



keputusan PRU 12

Jumlah Pengundi: 20,350
Peratusan Kaum: M: 72.31% C: 25.94% I: 1.61% L: 0.14%
1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) (11,004)
2. Ahmad Sahar Shuib (BN) (5,571)
Majoriti: 5,433
Jumlah undi: 16,802
Peratus mengundi: 82.57%
Undi rosak: 227
Penyandang: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)
(Majoriti: 679 undi)

Esok tewaskan lagi UMNO BN!!

[postercalon_300.jpg]


Esok rakyat Permatang Pasir ayuh tewaskan lagi UMNO BN! Kekalkan kemenangan rakyat dan tumbangkan UMNO BN buat kali ketujuh bagi pilihanraya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia sejak 8 Mac 2008.

Terima kasih...


Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Datang Ramadan

Ahlan ya ramadan atau selamat datang wahai ramadan adalah ucapan Nabi SAW kepada sahabat2 baginda takala menjelang tiba bulan ramadan.Ingatan Nabi SAW lagi supaya bergembiralah dan dengan kedatangan bulan ini.Sabar dalam menjalaninya dan muliakan lah ia kerana ramadan datang sebagai tetamu dari Allah.

Juga antara lain ingatan Nabi SAW kepada sahabat dan umatnya yang ingin melakukan kebaikan supaya bergembira dan yang ingin melakukan kejahatan agar berhentilah!

Menjalani ibadah puasa ramadan bukan sahaja bulan untuk merehatkan usus dan mencucinya tetapi juga disebut sebagai madrasah bagi mentarbiyah kita bagi mengharungi ranjau kehidupan 11 bulan yang akan datang sehingga bertemu ramadan sekali lagi sekiranya dipanjangkan umur.

wallahua'lam...

Salam ramadan buat semua teman-teman blogger dan umat Islam seluruh dunia...


Rabu, 19 Ogos 2009

Catatan Muhasabah: Ahlan Ya Ramadan 2

Renungan Di Ambang Ramadhan

Oleh : mohd naim mohd zain

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.

Beliau bersabda:
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat) . Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata:

"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!".

Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"


idhamlim.blogspot


Selasa, 18 Ogos 2009

Catatan Muhasabah: Ahlan Ya Ramadan

catatan 1

Pejam celik pejam celik terasa pantasnya waktu berlalu.Ada yang pergi tak kembali ada yang baru melihat dunia, ada yang uzur ada yang pulih dan yang sehat akan bertemu keuzuran.Semua keadaan ini bakal kita tempuhi dan akan saksikan nya.Ya dunia ketika ini sudah disetkan oleh Allah SWT menjadi semakin laju waktunya, sesuai dengan umurnya yang kian hampir pada kiamat.Dunia tempat kita mencari bekal untuk akhirat semakin tua dan sudah tentu umur kita juga sebegitu.

catatan 2

Ramadan, bagai baru sahaja meninggalkan Ramadan 1429H.Kini 3 atau 4 hari lagi ia datang lagi.Bulan yang penuh berkah, seperti yang disebut Nabi SAW jika umat ini tahu keberkatan Ramadan nescaya akan minta Ramadan itu setahun lamanya.Walau di bulan ini kita sedar dan tahu akan fadhilatnya, kita tahu syaitan terbelenggu dari menghasut namun nafsu tetap bermaharajalela sebagaimana jika kita mendewa dan membelainya selama 11 bulan yang lalu.Maka jalan selamat untuk mengharungi ibadah puasa, wajib pada diri bermujahadah bertekad berazam meningkatkan amalan lebih baik daripada tahun sebelumnya.

catatan 3

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Secara umumnya puasa melatih kita menjaga pandangan, akal, pendengaran,lidah dan anggota tubuh badan jangan larut dengan hawa nafsu.Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Di Malaysia kita menjadikan bulan Ramadhan Al-mubarak sebagai bulan Pesta Makanan dan pembaziran.. ....lihat saja bazar atau pasar Ramadhan!

catatan 4

Salam Ramadan Buat Umat Islam di Seluruh Dunia.




Isnin, 17 Ogos 2009

Permatang Pasir: Pas vs BN, calon bebas acah jer...



BERIKUT adalah perkembangan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pagi ini:

11.35 pagi : Sah! Hanya satu lawan satu di Permatang Pasir. Saingan satu penjuru antara calon PAS dan BN. Ketika ini penyokong mula beransur bersurai.

11.35 pagi : Pimpinan Pakatan Rakyat dan calon PAS keluar dari pusat penamaan calon. Bacaan doa oleh Ustaz Sabri (calon yang lawan Pak Lah). Ketika ini calon PAS sedang berucap kepada penyokong PAS yang hadir.

11.30 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya telah mengumumkan calon yang akan bertanding bagi Pilihanraya DUN Permatang Pasir (N.11) iaitu Salleh Man dari PAS dan Rohaizat Othman dari BN.

Lima belas bantahan yang dikemukakan terdahulu, bagaimanapun ditolak SPR.

11.20 pagi : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat keluar dari pusat penamaan calon, ketika ini beliau disambut penyokong Pakatan Rakyat.

Sementara itu, di kekecohan mula berlaku dengan serangan pukulan dari anggota polis terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan. Serangan tanpa sebab idan penangkapan ahli parlimen itu mengakibatkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat.

11.00 pagi : Sesi pameran dan bantahan pencalonan sudah berakhir. Masih menantikan pengumuman dari pegawai SPR.

10.58 pagi : Kehadiran peyokong Pakatan Rakyat yang semakin ramai sehingga terpaksa memasuki ke dalam pagar di hadapan IKBN

10.38 pagi : Wakil pengundi-pengundi Permatang Pasir sedang mengisi borang bantahan dan menyerahkan borang berkenaan. Pegawai SPR bertugas sedang menyemak dan meneliti borang yang serahkan.

Penyokong Pakatan Rakyat masing-masing sedang tunggu keputusan.

10.20 pagi : Penyokong setia PAS tetap setia menanti walaupun cuaca menginjak panas. Suasana semakin meriah dengan semangat dari penyokong Pakatan Rakyat.

10.15 pagi : 10 org wakil pengundi Permatang Pasir dimaklum akan tampil untuk membuat bantahan yang diumumkan Mad Sabu sebentar tadi.

10.10 pagi Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi tadi.

10.05 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan proses bantahan bermula. Sesi pameran dan bantahan borang penamaan calon bermula. Ia akan berlangsung selama sejam.

10.00 pagi : SPR telah mengumumkan proses penghantaran borang telah di tutup. Di luar dewan, lagu tema PAS berkumandang di kawasan penamaan calon.

9.45 pagi : Ahli jawatan kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu membuat pengumuman tergempar bahawa PAS akan membuat bantahan pencalonan terhadap calon BN, disambut laungan penyokong Pakatan Rakyat.

Rohaizat Othman yang juga seorang peguam syarie dimaklumkan telah pun dipecat dari Bar Council kerana menipu pelanggannya dan telah pun dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin.

http://dppperak.blogspot.com


Ahad, 16 Ogos 2009

Selamat Pengantin Baru Ustaz

Akhil Hayy bernikah dengan Waheeda


HULU SELANGOR: Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuatspekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30,dinikahkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, di sini, hari ini.(ibnuhasyim.com)



DAP takzkirah kat UMNO...

Ni yang seronok tengok dan baca berita dari sumber alternatif selain utusan meloya, berita hairan, TV3 suku dan RTM...mari kita tengok siapa yang kena...panas...panasss....hehe

PANAS! : "UMNO perlu ikhlas selesaikan isu arak" - Lau Weng San



UMNO perlu ikhlas selesaikan isu arak

KAMPUNG TUNKU - UMNO perlu bertindak ikhlas dan tidak mempolitikkan isu larangan menjual minuman beralkohol.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, UMNO dan salah sebuah surat khabar tempatan telah menggunakan isu larangan menjual minuman beralkohol untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat Selangor beberapa minggu lalu.

Malah katanya, UMNO dan surat khabar tersebut telah mencampuradukkan isu berkenaan dengan isu perkauman dan agama yang lain selain melancarkan serangan dan fitnah yang tidak berasas terhadap DAP, kononnya DAP anti Islam dan anti Melayu.

“Kalau UMNO betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar UMNO jangan menuding jari ke atas PAS dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja kerana mereka juga perlu melakukan yang sama di negeri yang mereka tadbir.

“UMNO juga perlu menggubal undang-undang parlimen yang sedia ada, termasuk Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kerajaan negeri dan PBT diberi kuasa yang lebih besar untuk melaksanakan dasar melarang minuman beralkohol,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Weng San berkata, UMNO hanya bercakap kosong dan melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain sedangkan mereka sendiri hanya melepaskan batuk di atas tangga.

“Artikel Lima dalam perlembagaan memberikan kebebasan kepada rakyat dalam isu penjualan minuman beralkohol manakala Artikel 75 dalam perlembagaan juga menyatakan jika terdapat perbezaan dari segi undang-undang Persekutuan dan negeri.

“Oleh itu, jikalau UMNO hendak menjadi jaguh orang Melayu dan orang Islam, maka saya bercadang kepada UMNO untuk melaksanakan dasar yang sama di negeri yang ditadbir oleh UMNO dan BN.

“Malahan saya mencabar UMNO sama ada mereka dapat meyakinkan parti komponen yang lain di dalam BN untuk menerima dasar yang sama,” katanya.

Katanya lagi, jika UMNO dan surat khabar terbabit tidak berani untuk melakukan apa yang disarankannya, maka ini sekali lagi membuktikan hipokrasi dan ketidakikhlasan UMNO dan BN.

“Berikutan dengan perbincangan� larangan menjual minuman beralkohol di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam, Menteri besar Selangor telah mengumumkan dasar “Kawalan-Kenditi” (Self-Regulating) di mana sepuluh kedai serbaneka di kawasan sekitar Shah Alam tidak lagi menjual minuman beralkohol kepada pengguna.

“Ia melibatkan 7-Eleven di Seksyen 2, 3, 6, 7, 8, 13, 11 dan 19 dan 7-Eleven di Jalan Kristal dan Jalan plumbum U7/7 di Seksyen 7.

“Sementara itu, untuk tujuh kedai 7-Eleven di Seksyen 9, 16, 17 dan 20, Seksyen 13 (bersebelahan Giant), Seksyen 13 (bersebelahan Hotel Carlton) dan juga Seksyen 18, minuman beralkohol tidak lagi dipamerkan di rak minuman tetapi dijual di kaunter untuk pelanggan khusus seperti pelancong dan orang bukan Islam.

“Ini merupakan langkah awal dan bijak daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan minuman ini tidak dijualkan kepada mereka yang tidak memerlukannya dari segi undang-undang dan keputusan ini juga tidak bercanggahan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya.

sumber, SinarHarian Online

[[ Nah, tepat terkene sebijik atas kepada...adehh..umno2..nasib kau la yo, den xtau nk buet camno...kononnya perjuang melayu, perjuang Islam, xpasai2 kene nasihat dari seorang bukan Islam, yg juga wakil rakyat dari parti DAP yg dikeji dan dihina itu...

Jika tak mampu buat semua ni (gubal undang2 larang jual arak atau haramkan arak kat negeri umno perintah), jelas Umno hanyalah bermain wayang, hipokrit, bacul dan tidak ikhlas...ibarat ayam berkokok siang dan malam, padahal najis penuh di kakinya..

Lu pikir la sendiri...;)



Sabtu, 15 Ogos 2009

Permatang Pasir: U vs U....buleh menang ka?

P/J lawan S/U Permatang Pasir - Malaysiakini



Melihat kembali keputusan PRU12 Pas menang dengan majoriti lima ribu lebih.Jika diambil kira keputusan itu maka UMNO masuk bertanding hanya untuk mengurangkan majoriti dan bukan untuk menang.Faktor akademik calon tidak menjadi isu seperti mana di Manek Urai kerana di Permatang Pasir kedua-dua nya berkelulusan universiti, cuma bidang yang berlainan.Di Manek Urai calon BN yang berkelulusan universiti tumpas di tangan abe Uji seorang peraih ikan.

Bila terjadi pengurangan majoriti seperti di Manek Urai yang tak tahan kita dengar dan lihat ialah ulasan berita TV3, RTM dan akhbar-akhbar arus perdana.Berjela-jela mengulas mengenai kalah tipis BN.Konon nya rakyat telah kembali menyokong UMNO/BN walaupun sebenarnya telah menolak mereka secara beransur-ansur biarpun jutaan wang ringgit telah mereka habiskan untuk memancing undi, namun kekalahan tetap dalam tangan bagi UMNO.

Kali ini, 25 Ogos nanti...bagaimana agak-agaknya?....UMNO hangpa buleh menang kaa??


Rabu, 12 Ogos 2009

indahnya bahasa umno...seindah perjuangan nya..

~entri ni 100 % aku cilok, simpan untuk jadi kenangan kepada anak cucu...


Sumpah UMNO Tak Pernah Mencarut..!

Tak caya korang tengok gambar dekat bawah ni, masa perhimpunan menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Bangsa, di hadapan bangunan UMNO Perak, Ipoh.
Sumber - Sana Sini, Gitu Gini

"PUKIMAK" tu ape woi..? kata-kata nasihat ke?

Kalau macam tu aku pun nak nasihat UMNO lah...

"PUKIMAK" UMNO... insaf la korang...!!!

*maaf ye... aku tak berapa paham makna "PUKIMAK" ni... jadi kalau aku tersalah guna pakai perkataan tu dalam ayat aku dekat atas, jangan la korang marah dekat aku... aku belajar dari UMNO ayat tu...


Selasa, 11 Ogos 2009

Siapa pengkhianat?



Membaca laungan amaran TPM Muhyiddin Yassin terhadap DS Anwar Ibrahim dan ulasan beliau perihal kekalahan demi kekalahan yang menimpa UMNO mutakhir ini, jelas menunjukkan UMNO tiada jalan lain lagi untuk kembali pulih melainkan memainkan isu perkauman.Membakar semangat kemelayuan.Satu taktik lapuk yang ampuh untuk meraih simpati tetapi amat bahaya jika termakan umpan beracun itu.

Apakah benar DS Anwar pengkhianat bangsa nya? Apakah bentuk pengkhianatan beliau? Mana buktinya? Jangan hanya pandai menuduh tapi tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan beliau.Rakyat tidak mahu lihat tuduhan yang sengaja direka-reka.Atau igauan buruk akibat kekalahan teruk BN dalam PRU 12 lalu masih belum kebah?

Begitu juga apa alasan UMNO tidak boleh dikalahkan? Negara ini bukan hak UMNO sahaja, parti lain juga berhak untuk menang di bumi Malaysia.Ini yang bahaya nya UMNO, tidak boleh menerima kenyataan. Kaji diri sendiri dulu mengapa rakyat menolak UMNO.Pemilihan UMNO yang terbaru lalu ada 900 aduan rasuah dilakukan oleh calon-calon dari parti yang konon nya membela bangsa.Apa tujuan rasuah dalam pemilihan parti? kalau bukan hendak kan jawatan.Apa guna jawatan kalau bukan untuk mendapatkan habuan projek.Itu berjuang untuk poket sendiri bukan untuk bangsa!

Jadi siapa pengkhianat bangsa? Ini baru satu contoh.


Ahad, 9 Ogos 2009

rehat hujung minggu...

sesambil rehat hujung minggu, sambil pekena indokopi aku copy dari idhamlim

sesambil jenjalan makan angin tengok permandangan yg indah di batu caves...

http://skuaddunbatucaves.blogspot.com/


Suatu ketika dulu hampir kesemua media arus perdana bersama pimpinan umno/bn sibuk menghentam Replika DSAI yang didirikan berhampiran simpang empat jalan sungai tua batu caves...

Mereka dengan begitu lantang menyatakan para penyokong pkr memuja replika tersebut dan berbagai bagai lagi tohmahan..

Apa yang anda saksikan adalah replika najib yang lebih besar yang didirikan di dalam perkarangan kuil batu caves sempena sambutan 1 malaysia di kuil batu caves dan menyambut kedatangan najib pada hari ini ( ahad ) jam 4:00 petang.

Beberapa masyarakat india yang ditemui juga melahirkan rasa kecewa mereka apabila replika tersebut seakan membelakangkan dewa mereka...

Replika DS. Anwar diluar kawasan kuil jadi pertikaian, sekali ini Replika Najib dalam kawasan kuil, apa pula jawapan pemimpin UMNO.


(kalu najib ngan UMNO xper, semer buleh...deyyy...soda jadi dewa jugak ka??? ~hiks)

Jumaat, 7 Ogos 2009

temberang...

penang road sign dual language umno ngo files protest 041108 mohd khairulLelaki pro-ISA bukan orang PAS

Penasihat Undang-undang Magaran bukan ahli PAS


Tak tau malu...kunun ngaku ahli pas tapi sokong ISA.Pastu ugut nak ambik tindakan undang2 pada Pas kalau dia dikenakan tindakan disiplin parti.Kalau hang sokong Pas kerana Pas nak laksanakan Islam tak patut lah hang sokong ISA sebab ISA tu undang2 tanpa bicara, tuduh ikut suka, undang2 zalim.Pas tak sokong ISA, Pas nak mansuhkan ISA! mamat oiii!! Penasihat undang2 MAGARAN apa macam nie?Lepas ini pasti dia sedaya upaya akan mohon menjadi ahli Pas dan pastu akan keluar parti. Pas hangpa jangan luluskan keahlian lelaki yang bernama Mohd Khairul Azam Abdul Aziz (gambar) ini.Ahli kelab Penyokong Pas pun jangan bagi dia join...

siakap senohong gelama ikan duri..

bercakap bohong lama-lama jadi menteri..


perangai macam nie memang layak jadi menteri UMNO...hehe

(no keahlian UMNO Khairul : 02989365 - caw Batu 6, PKNS Bangi)

Rabu, 5 Ogos 2009

Silakan Pemuda Umno

Pemuda Umno sedia khidmat guaman kepada 1,000 penjaja

Dipersilakan Pemuda Umno bawa ke mahkamah.GMI pasti menunggu saat ini kerana inilah peluang membela diri. Peluang untuk membuktikan di mahkamah punca mengapa peniaga rugi, siapa yang tembak gas pemedih mata, siapa yang sembur air kimia, siapa yang memukul menyepak, siapa yang mengganas, siapa yang merusuh dan merosakkan harta benda awam.Segala-galanya bakal dibuktikan.Ayuh Pemuda Umno kamu buat dakwaan di mahkamah GMI akan membela diri di mahkamah yang sama.Kita manfaatkan undang-undang yang sedia ada.Bukan macam ISA, tuduh tanpa bukti, tahan tanpa bicara terkurung tanpa berpeluang membela diri.ISA itu hanya disokong oleh si zalim yang pengecut sahaja.

wajah ISA yang dirupa bentuk kan sangat menyeramkan