Isnin, 24 Mei 2010

pengumuman pengumuman!!!




PAS Kawasan Maran melancarkan Bulan Infaq selama sebulan bermula dari 23 Mei hingga 23 Jun depan.
Pemangku Yang Dipetua PAS Kawasan, Ustaz Ramli Abdul Rahman(gambar kanan) berkata, pihaknya mensasarkan setiap ahli mengeluarkan infaq sebanyak RM100 seorang.
Katanya, pihaknya mensasarkan kutipan sebanyak RM30,000 dapat dikumpulkan dalam masa satu bulan ini.
Menurut Ramli, jumlah itu sepatutnya bukanlah sesuatu yang sukar kerana ahli hanya menghulurkan sumbangan kira-kira 27 sen sehari atau RM8.50 sebulan.
Ramli berkata, wang tersebut akan digunakan bagi membiayai segala kos pengurusan dan kegiatan parti sepanjang tahun ini dan ia bukan wang Tabung Pilihanraya.
Majlis pelancaranya Bulan Infaq telah di sempurnakan oleh Setiasuaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi (gambar tengah) di Markas Pas Felda Kemboja Jengka 4.
Difahamkan sebanyak RM3,000 telah berjaya di kutip pada majlis pelancaran itu.

sumber: pelawatbumi

mohon jasa baik teman-teman bloggers menyumbang dan memanjangkan kepada seluruh para dermawan bagi membantu kami menjayakan kempen selama 30 hari ini...
segala bantuan yang bakal diberikan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah sahaja yang membalas segala jasa kebaikan yang dihulurkan...

Akaun Bank Islam : 06028 0100-36405 (atas nama pas kawasan maran)
Bendahari PAS Kawasan di talian 012- 9863 694 untuk keterangan lanjut.




Rabu, 12 Mei 2010

UMNO macam mana lesen judi boleh lulus lagi ni???

Kerajaan 1 Malaysia sudah lulus,halalkan judi bola sepak

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.

Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.

Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.




Isnin, 10 Mei 2010

diam juga suatu nasihat

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau gagal mentadbir negeri berikutan tindakannya berdiam diri berhubung kemelut Istana Kelantan.

Katanya walaupun beliau dianggap sebagai penasihat kepada Sultan tetapi berpendapat adalah lebih baik mendiamkan diri daripada mengambil sesuatu tindakan yang tidak disenangi pihak tertentu kerana ia adalah masalah dalaman keluarga.

Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam mendiamkan diri juga merupakan suatu nasihat daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi suasana dalam keluarga itu.

Demikian diantara jawapan Tok Guru terhadap dakwaan-dakwaan nakal Ibrahim Ali dan sekutu-sekutunya....

berita penuh di sini




Khamis, 6 Mei 2010

satu lagi lesen judi sedang ditimbang dacing oleh kerajaan dacing

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

~timbang jangan tak timbang~


Selasa, 4 Mei 2010

UMNO dah tak perkauman...

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan semua pemimpin Barisan Nasional supaya menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh bangsa lain dalam usaha mendapatkan sokongan, khususnya daripada masyarakat Cina.

Menurut ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (kiri, berbaju kelabu), arahan itu dibuat oleh Najib ketika pemukiman parti berkenaan di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

“Dulu, pemimpin Melayu akan hanya pergi ke majlis orang Melayu, Cina ke majlis Cina dan sebagainya,” kata Khir.

Menurutnya, Perdana Menteri mengeluarkan arahan supaya pemimpin Melayu juga menghadiri majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Cina dan sebaliknya.

“Kita tidak boleh menghadkan pemimpin kita mengikut batasan perkauman, kita harus bercampur dan bergaul,” katanya pada wawancara telefon dengan
Malaysiakini.
Khir mengulas laporan sebuah akhbar Cina berhubung ucapan Najib pada Jumaat lalu yang berkata BN perlu menawan kembali sekurang-kurangnya 50 peratus undi Cina.

woii umno...dulu bangsa ni lah yang hangpa halau suh naik tongkang balik negeri...kahkahkah

la ni baru hangpa tau noo...bila dah nak kalah bangsa ni lah jugak hangpa duk pelok ciom pujuk rayu...kahkahkah

MCA MIC GERAKAN DAP depa semua tau hangpa parti perkauman toksah nak berlakon laaa...poooodah!


Sabtu, 1 Mei 2010

Ingatan kepada bloggers ahli PAS

Tegur pemimpin parti biar beradab

MARANG: Ahli-ahli PAS diiingatkan agar beradab ketika menegur pemimpin parti dengan menggunakan saluran yang betul dan bukan di alam maya.

Platform seperti muktamar atau mesyuarat agung parti merupakan tempat yang paling sesuai ketika menegur atau memberi pandangan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata ahli-ahli PAS boleh memberi pandangan dan teguran kepada pimpinan parti tetapi mesti menggunakan saluran yang betul.

“Kita (ahli PAS) boleh beri pandangan, teguran dan nasihat kepada pimpinan parti tetapi atas platform yang betul.

“Kritikan kita bukan di blog atau di alam maya yang boleh dilihat oleh semua orang termasuk musuh-musuh Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kali ke-41 di Dewan Banat, Rusila, hari ini.

Menurutnya, kecenderungan manusia menggunakan kemudahan teknologi maklumat mendorong kepada kritikan terbuka melalui blog-blog di alam maya.

Akhirnya, kata Ustaz Idris, perbuatan tersebut boleh mengundang perselisihan serta perpecahan sesama sendiri di dalam parti.

Sumber: Harakahdaily