Isnin, 29 Mac 2010

TG Nik Aziz Kekal Mursyidul Am PAS

Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan-harakahdaily



KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.





Ahad, 28 Mac 2010

Datuk A.Samad Said menyukat...

A SAMAD SAID: Menyukat degup jantung negara di Memali






DUA minggu lalu saya kembara ke Kedah. Saya ke Memali sebenarnya. Saya menyukat degup jantung negara. Rancangan awalnya saya hanya ingin ke sebuah madrasah di Padang Lumat — berceramah syahdu sambil menderma buku. Tapi, terlanjur dekat, saya terindu ke Memali.

Selama ini saya hanya mendengar sejarah pilunya. Sekelompok pendakwah di situ diwarnakan sebagai penyebar ajaran sesat yang jati.

Dakwaan pedih itulah yang mendorong saya untuk mencari setitis kebenaran seputarnya. Kisah peristiwa Memali berdarah itu sebenarnya tertinggal di simpang jalan. Kita dipamerkan dua buah lukisan abstrak yang sangat berantakan. Dari sisi pemerintah, kelompok pendakwah ini 'sah' penyebar ajaran sesat. Tapi, dari sisi keluarga Allahyarham Ibrahim Libya, kelompok itu diluhuri perjuangan syahid.

Saya cuma ingin menaati pesanan Ka'ab bin Malik. Kebenaran sangat utama. Sahabat Rasulullah s.a.w itu bercakap benar. Ka'ab mengakui kesilapannya terlupa menyertai rombongan pejuangan syahid ke Tabuk. Allah Yang Maha Kuasa memaafkan dosa hambanya itu kerana ketulusan pengakuan hamba tersebut. Saya coba mengunyah iktibar di sebaliknya.

Dalam negara kita kini memang banyak kecuaian sedemikian. Lihatlah - terhidu wabak menyonglap dana; tersebar istilah berubah makna; terpercik ghaib enjin 'jet' sendiri; tertular pejuWang melelong diri.

Apabila kita mula ghairah menimbus kebenaran sebagai kepalsuan — dan serentak — menggali kepalsuan sebagai kebenaran, kita mereputkan akar peribadi bangsa. Jika berlanjut, kita bakal menjadi bangsa yang sebal.

Lihat, kita sudah jarang mengingati Visi 2020. (Adakah lagi wawasan itu?) Kita semakin jarang menyebut agenda pertingkat penduduk ke 40 juta. (Memang adakah dasar rasminya?) Kita mula melupai Islam Hadhari. (Apakah kini memang harinya terhad?)

Sebaliknya, dalam rahsia, kita mula mempertanya tentang kerugian bilionan di bawah kuasa dua orang bekas Perdana Menteri; berhujah tentang pencemaran makna 'royalti'; berdebat tentang mengapa selepas 6 Perdana Menteri Melayu berkuasa kita masih juga terpaksa menjerit Melayu terancam?


A. Samad Said.

Ahad, 21 Mac 2010

agen israel:umno tak sedar atau memang 'geng' dia?

Agen Israel dalam sistem komunikasi PDRM
http://chegubard.blogspot.com

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?(atau bagi projek kat geng-ni aku tulis sendiri)

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.






Jumaat, 19 Mac 2010

rasanye lame dah tak tulis blog

rasa 1

tentera upahan, melalak ikut "bayaran"...spesis ni kalau tak bayar tuan sendiri pun nanti dia gigit juge...

rasa 2

oleh kerana biasa mendengar org kate dia masuk UMNO kerana nak cari makan maka aku langsung TAK PERCAYA orang yg kate dia berjuang dengan UMNO kerana agama(sesetengah tu mengaji pun tak pandai...poodahhh) dan bangsa melainkan hanya mereka itu bercita2, mengintai ruang menjadi penyangak mata wang melahap peluang yang ada.







Khamis, 4 Mac 2010

MEREKA SEBENARNYA YANG MENUKAR MATLAMAT PERJUANGAN!

NONE



MP Bagan Serai pula umum keluar PKR

PARTI TIDAK MERUBAH DASAR PERJUANGAN TETAPI MEREKA KELUAR KERANA SUDAH MENUKAR MATLAMAT PERJUANGAN...

INGAT...BN AKAN TERUS BERUSAHA UNTUK MENCAPAI MAJORITI 2/3...PKR...AWAS! DALAM SELIMUT KAMU ITU ADA BANYAK MUSUH!


Selasa, 2 Mac 2010

UMNO Penang tak jawap lagi bila nak debat pasai melayu...

Surat jemputan debat masih tidak dibalas

PULAU PINANG, 2 Mac: Sampai ke saat ini, surat untuk jemputan mengadakan 'Debat Perdana' yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat pada 22 Februari lepas kepada Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri, Norman Zailan tidak dijawab.

DPMPP dan GPMS terus sembunyi kuku selepas sahaja surat dikemukakan berbanding sebelum ini melalak riuh rendah menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersikap zalim, kuku besi kepada peniaga Melayu manakala surat yang dihantar kepada Pemuda Umno pula dibalas dengan dikoyak di depan media.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Amir Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kebaculan ketiga-tiga individu terbabit kerana tidak berani ke depan untuk menceritakan apa yang terbuku di hati mereka.

"Sebenarnya kita masih menunggu surat sehinggalah 7 Mac ini. Jika seandainya mereka tidak membalasnya bermakna apa yang disuarakan hanyalah mainan Umno yang tidak senang dengan kelebihan yang ada pada Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding parti yang menjadi naungan mereka sebelum ini," tegasnya.

Tambah beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), masih ada lima hari untuk mereka menjawabnya.

Pemuda Pakatan Rakyat tetap menunggu surat itu kerana berharap dapat berhadapan dengan individu yang tidak suka dengan ketrampilan kerajaan sekarang yang mengamalkan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T).

Ujar Amir, program yang dijangka diadakan pada 7 Mac nanti bermula pukul 9.00 malam di Tapak Ekspo Seberang Jaya tetap berjalan seperti biasa jika ketiga-tiga individu tersebut tidak menunjukkan kelibat masing-masing.