Khamis, 22 April 2010

Bahan Kempen:Kerajaan Najib pro-Israel

Gasolin: Kerajaan Najib pro-Israel


KUALA LUMPUR, 22 April: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pro-Israel berdasarkan tindakan mereka menghentikan bekalan gasolin petroleum bertapis ke Iran.

Kamarudin berkata, tindakan Malaysia itu seolah-olah menyokong Israel yang telah lama memusuhi Iran.

"Ini membayangkan pentadbiran negara hari ini seolah-olah sudah duduk dalam blok negara-negara yang menyokong Israel kerana Israel sebenarnya memusuhi Iran, dan hanya Iran sahaja yang menjadi ancaman kepada Israel," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, tindakan itu sekaligus membuktikan bahawa perjanjian kontrak Malaysia dengan APCO Worldwide berjaya menjadikan pentadbiran Malaysia turut serta dalam perang tekanan sekutu Israel ke atas Iran.

"Kita kecewa dengan tindakan ini kerana seolah-olah mahu membawa negara ini kepada menyokong negara yang kejam (Israel) yang diketahui akan kerakusan mereka membunuh rakyat Palestin," katanya.

Ujar Kamarudin, akibat rasa terancam dengan pembangunan tenaga nuklear Iran, Israel menggunakan Amerika Syarikat untuk mengumpulkan kekuatan mencari sokongan menekan Iran.

"Akhirnya hari ini dengan kerjasama yang kononnya erat bersama Amerika, dan hasil lobi yang dibuat APCO, Malaysia berada bersama-sama negara yang menyokong Israel.

"Ini satu yang memalukan kepada kita sedangkan kita sebagai sebuah negara Islam dan menyertai OIC," ujarnya.

Najib mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasolin ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini.

"Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran," kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa.

"Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan," tambahnya.

Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatannya ke Amerika itu.

Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasolin ke Iran, sebagai tidak tepat.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasolin ke Iran untuk menghentikan negara itu daripada meneruskan projek nuklearnya.

Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan Good Morning America (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika.

"Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasolin - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita.

Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nuklear.

Bagaimanapun Iran menjelaskan, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi kegunaan awam di negara itu.


~harakahdaily



Selasa, 20 April 2010

Jangan undi BN kerana mereka luluskan lesen judi dan arak

Isu minum arak yang dimainkan di PRK Hulu Selangor sewajib membuka mata para pengundi khususnya ahli umno.Jika mereka prihatin akan akhlak pemimpin yang bakal dipilih terlebih dahulu elok mereka tahu siapa yang meluluskan lesen judi dan arak di Malaysia ini.Parlimen adalah tempat meluluskan lesen-lesen tersebut yang dicadang oleh menteri kewangan dan disokong oleh ahli-ahli Parlimen BN yang termasuk daripada UMNO.

Siapa yang mengangkat ahli Parlimen tadi? Sudah tentu pengundi-pengundi tegar UMNO BN.Dari segi hukum subahat sudah tentu mereka terlibat sama mempunyai 'saham akhirat' kerana meluluskan lesen-lesen melalui wakil-wakil Parlimen yang mereka lantik.Jadi fikirlah semasak-masaknya sebelum melantik wakil selepas ini.Kerana keyakinan kita sebagai orang Islam ialah segala perbuatan yang dilakukan di atas dunia ini akan dihitung oleh Allah SWT termasuk mengundi.

Pesanan ringkas ini buat semua yang cintakan Islam, yang sayangkan genarasi umat kini dan dimasa akan datang.Jangan kerana kedegilan tradisi (UMNO BN dulu, kini dan selamanya) mengakibatkan punahnya akhlak umat seperti yang kita saksikan hari ini, penguasa membiarkan malah menganjurkan program-program maksiat, meluluskan lesen judi dan arak akibat daripada tersalah pilih wakil Parlimen.



Keluar parti dan tarik diri mewarnai lagi

Seperti yang dijangkakan dua calon bebas telah disahkan oleh pihak SPR menarik diri daripada bertanding dalam PRK Hulu Selangor.Pencalonan Chandran sebelum ini dilihat sebagai wakil MIC Hulu Selangor sebagai protes kerana Datuk Palanivel tidak dicalonkan manakala Johan pula dilihat sebagai simbol protes demi mempertahankan kawasan majoriti itu daripada digadai lagi oleh UMNO.

Begitu juga aksi-aksi keluar parti dimusim ini sememangnya sudah kita jangkakan.Namun yang tak terduga oleh saya keluarnya Dr Halili dari PKR dan beliau orang tempatan juga dikatakan punya banyak pengaruh di situ.Perlu diingat Hulu Selangor bukan Permatang Pauh dan saya penuh percaya usaha gerak kerja penerangan bagi menangkis serangan dari pembelotan Dr Halili sedang giat dilakukan terutama di kawasan majoriti melayu.

Mengapa mereka begitu mudah menukar prinsip perjuangan? Apakah mereka sudah penat berjuang dengan PKR? atau dibeli oleh UMNO yang sedang sesak untuk memenangi kembali kubu kuat mereka itu? Jangan kita lupa UMNO pernah cuba membeli ADUN Pas di Kelantan dan calon Pas di Johor tetapi mereka tidak berjaya.Chandran dan Johan pula adakah ditaja seketika bermain wayang kulit bersama tuk-tuk dalang UMNO BN? Juga apakah mereka mencalonkan diri itu kerana ingin mencari keuntungan peribadi dengan menawarkan harga untuk masing-masing menarik diri?Mereka sudah menarik diri dan apakah itu menandakan pembelian telah berlaku? Jawapan nya saya mengambil peribahasa orang sekarang ini ' nak senang ikut UMNO'.

Bagi saya biar apa pun yang terjadi kesedaran pengundi melayu terhadap pengkhianatan UMNO selama ini sangat diperlukan.Sedarlah dari dibuai lena yang panjang sehingga tak sedar tanah-tanah melayu tergadai kepada beberapa kerat tauke termasuk tauke judi di Genting.Tak sedar lagi kah kita UMNO dalam diam menyeludup ejen-ejen Israel ke dalam PDRM.Lambang kekuatan melayu adalah berani berubah, tidak takut pada ugutan, tidak tertelan kail tetapi bertindak bijak umpan kena ambil. Apa yang perlu anda buat adalah ukirkan sejarah, biar BN tumbang lagi pada 25 April nanti.




Ahad, 18 April 2010

Melayu ini dipecat dari UMNO kerana menentang calon MIC

GORS

Calon Bebas Johan dipecat Umno

HULU SELANGOR, 17 April — Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan (gambar), 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.



~Apa pun taktik mereka menaja calon bebas, namun melayu dalam umno bukalah mata, hati dan fikiran anda...inikah yang dikatakan selama ini mempertahankan melayu??? Beliau dituduh pengkhianat??? Benarkah begitu wahai pejuang-pejuang melayu???
~Sudahlah dua orang Israel APCO yang berlumuran darah umat Islam Palestin bersenang lenang bertapak dengan aman tenteram di Bukit Aman akibat keputusan melayu yang bernama Hishamudin Husin, Musa Hassan dan sekutu-sekutunya.
~Cukuplah wahai melayu (khusus juga di Hulu Selangor) setiap undi anda kepada UMNO BN akan membawa padah.!!!




Khamis, 15 April 2010

ayoyo bukan Palanivel laa...apa macam???

Tadi DS Muhyidin telah mengumumkan calon BN di Hulu Selangor adalah P Kamalanathan Ketua Penerangan MIC dan bukan memilih Datuk G Palanivel iaitu Timbalan Presiden MIC yang juga bekas calon PRU12 seperti kehendak akar umbi MIC(pinjam ayat Samy Vellu).

Semalam mengikut laporan Malaysiakini 30 daripada 72 cawangan MIC di Hulu Selangor telah memberi kata dua kepada BN samada pilih Palanivel atau menghadapi pembubaran cawangan-cawangan MIC di sana.(Sangat-sangat dialu-alukan)

Bukan setakat bubar cawangan sahaja, malah mereka mengugut jika bukan Palavanel menjadi calon, mereka tidak akan keluar mengundi.( aiyoyo jangan itu macam kawan...keluar ramai-ramai undi kasi PKR lah baru betul mau lawan BN)

Semalam juga Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, jika tuntutan mereka agar Palnivel dicalonkan ditolak.(aiyoyo lagi bagusss)

"Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily

Semua itu berlaku semalam dan hari ini tiada khabar berita terbaru dari kumpulan tersebut.Saya cuma teringat PRK DUN Lunas suatu ketika dahulu DS Samy Vellu ada juga 'mengugut' tak akan balik KL lagi jika BN kalah dan apabila BN kalah juga dan beliau balik ke KL ditanya wartawan kenapa masih balik ke KL lalu beliau berkata" saya tak mau balik KL Kilang Lama yang di Lunas bukan KL Kuala Lumpur" jawabnnya dengan selamba.

Namun itu kisah dulu, kini saya amat yakin masyarakat India sudah berani membuat perubahan serta sudah berani melawan BN dengan memilih Pakatan Rakyat lagi sebagai wakil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April nanti sekaligus mempertahankan sejarah gemilang 8 Mac 2008.




Rabu, 14 April 2010

UMNO MIC BN bagi hangpa balun...undi kasi PKR!



Pertama nya tahniah diucapkn kepada Datuk Zaid Ibrahim di atas pemilihan beliau sebagai calon PKR bagi PRK P94 Hulu Selangor.

Yang kedua ingin diingatkan untuk sekian kali nya kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor akan pesan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu yang diubah suai untuk PRK P94 iaitu " UMNO bagi pitih ambik...undi bagi ke PKR' ...kalau menjadi alamatnya MIC UMNO bungkus lagi kali ini.


Sekian dimaklumkan, wassalam.


Selasa, 13 April 2010

YBK cagar tanah orang miskin untuk komersial



SHAH ALAM, 13 April: Laporan audit ke atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendapati badan itu membangunkan projek komersil atas tanah untuk orang miskin, serta mencagarkan tanah-tanah lain kepada bank, selain tidak membayar cukai tanah.

Laporan itu juga mendapati Pengerusi YBK, adalah Datuk Zainal Sakom sejak badan itu ditubuhkan pada 1990. Isteri beliau pula adalah pemegang amanah YBK, lapor laman web TV Selangor.

Zainal turut menjadi ahli Lembaga Pengarah Permodalan YBK Sdn Bhd selain mempunyai kepentingan dalam syarikat yang berurusan dengan YBK.

Lebih mengejutkan laporan itu mendedahkan juru audit kerajaan negeri tidak dapat menyiasat status projek tertentu di Hulu Selangor kerana fail-fail berkaitan sudah diambil terlebih dahulu oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semakan audit turut mendapati :-

-16 lot tanah YBK digadaikan kepada individu dan syarikat untuk berjuta-juta ringgit. PYBK terlibat dalam lima cagaran itu, membabitkan RM102 juta.

-Cagaran itu menyebabkan tanah yang sepatutnya dibangunkan untuk membantu orang miskin beralih ke tangan pihak ketiga.

-YBK dan anak syarikatnya diberikan hampir 2,000 ekar tanah namun tidak membayar tunggakan cukai tanah RM7.36 juta kepada kerajaan negeri.

Dalam pada itu sumber-sumber memberitahu YBK menjalin kerjasama dengan tujuh syarikat termasuk empat anak syarikat – PYBK Usahasama, PYBK Resort and Spa, Servecare dan Serendah Heights yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM2 dan RM3.

-Zainal mempunyai saham dalam syarikat PYBK Usahasama, Prihatin Ehsan,PYBK Usahasama, Servecare dan Serendah Sdn Bhd yang menjalankan projek-projek YBK.

- Tanah untuk aktiviti membasmi kemiskinan disalah guna untuk projek komersil. Contohnya di Gombak, “Projek Penempatan Rakyat Termiskin” dibatalkan dan tanah hampir sembilan ekar dibangunkan untuk tujuan komersil.

- Apabila pasukan audit dalaman cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai aset YBK di pejabat tanah hulu selangor, mereka diberitahu fail berkaitan sudah tiada lagi dalam simpan.

Pegawai pejabat berkenaan melaporkan bahawa fail-fail berhubung urusan tanah YBK telah diambil oleh pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan juga sedang menyiasat kes yang sama.

Dalam pada itu sumber-sumber kerajaan negeri memberitahu Akaun YBK tidak telus dan tersasar daripada pelembagaan badan itu.

- Contohnya, undang-undang tubuh YBK mensyaratkan badan itu harus membelanjakan 70 peratus pendapatan untuk melaksanakan projek membantu orang miskin, tetapi ini tidak dilakukan.

- Pada 1996, hanya 15 peratus daripada pendapatan RM23juta dibelanjakan untuk projek.

- Pada tahun 2007, YBK mempunyai aset atau harta bernilai RM20 juta. Ini juga tidak dimanfaatkan mengikut garis panduan YBK untuk membantu golongan miskin.

Laporan audit juga mendapati Penyata Kewangan 2008 yang disiarkan dalam laman YBK tidak telus, tidak mempunyai pecahan atau nota terperinchi sebagaimana seharusnya.

Kerajaan Selangor mengarahkan siasatan audit ini diadakan selepas YBK enggan bersikap telus dan menolak keperluan Menteri Besar dan barisan exco mengambil peranan langsung dalam menguruskan YBK.

Ini untuk memastikan segala sumbangan kerajaan negeri di manfaatkan sepenuhnya untuk golongan miskin dan tidak dibolot oleh pemimpin tertentu.

Khalid berkata kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji laporan audit berkenaan dan mengatur langkah untuk memastikan tidak ada lagi penyelewengan atas tanah-tanah yang disumbangkan kepada yayasan tertentu untuk tujuan amal.


sumber: harakahdaily




Jumaat, 9 April 2010

Perkasam sokong ke MIC bertanding??

Kalau nak harap UMNO pertahankan kawasan parlimen melayu sememangnya dari dulu lagi tak boleh harap.Hulu Selangor (sebenarnya banyak lagi kawasan majoriti melayu yang Umno tak pertahankan)menjadi contoh terbaik untuk kita lihat temberang pejuang-pejuang melayu lah sangat konon-konon nya.Masakan tidak sudah sekian lama kawasan yang mempunyai lebih 50 peratus pengundi melayu itu diserah UMNO kepada MIC.

Mana suara mereka yang mempertahankan kuasa melayu yang berdegar-degar dari dulu, mana mereka yang hanya berani menghunus keris hanya ketika perhimpunan agung Umno sahaja? Jika adapun suara-suara tidak puas hati sekejap sahaja bila disuap dengan wang senyap menyepi semuanya, almaklum lah mereka semua kumpulan Soros penyangak mata wang!

Kumpulan yang terbaru yang melalak akan mempertahankan kuasa melayu ialah Perkasam...ops Perkasa, khabarnya mereka sanggup bermandi darah, sanggup bergadai nyawa demi melayu (uwekkk...).Dalam perhimpunan agung mereka yang lepas bukan main lagi gagah menghunus keris tak rela kuasa melayu tergadai.Nampak gaya, laungan semangat yang berkumandang, menunjukkan mereka bukan melawak, memang nampak sungguh-sungguh bukan berlakon.

Namun sayang, sehingga hari ini tiada pendirian yang jelas dari Perkasam dalam isu calon PRK Hulu Selangor.Maka laungan mereka yang dulu bolehlah kita bagi markah bagaikan slot raja lawak yang sangat mengelikan hati.Mereka seakan-akan meniru lakonan Umno yang sudah sekian lama kita maklum.Manakan tidak umum mengetahui Perkasam dikelilingi ahli Umno.Jadi, pengarahnya orang yang sama, cuma tukar sikit-sikit mana yang patut dan episod kali ini berkisar dalam tempayan kerana buat pekasam.(hehe..)

Sepatutnya Perkasam sudah mengadakan 10 kali demonstrasi di Pejabat Perhubungan UMNO dan juga di Pejabat Perdana Menteri demi menegakkan kuasa melayu di Hulu Selangor.Saya juga fikir barangkali mereka sudah 10 kali mengarak kepala lembu di sekitar Hulu Selangor sambil melaungkan amaran supaya jangan siapa-siapa berani selain Umno menawarkan untuk bertanding.Almaklumlah idola mereka Hang Tuah, apa lagi "tak kan melayu hilang di dunia" kata keramat.

Hilang tu tidak, tapi dapat pada orang macam Singapura, Pulau Batu Putih, Genting, Bukit Tinggi dan banyak lagi diseluruh Tanah Melayu ini yang sudah tergadai.Jika tak percaya tanya Timbalan Perdana Menteri kerana dia yang banyak "mempertahankan" tanah melayu di Johor Bahru.

Akhirnya, berbalik pada kuasa 53.9% pengundi melayu di PRK Hulu Selangor, saya nak tanya Perkasam adakah kalian setuju calon bukan melayu dimenangkan? Atau kalian akan menyokong calon melayu yang akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat??

nota: saya bukan pejuang melayu...ok!