Jumaat, 5 Jun 2009

Muktamar 55: Husam, Mat Sabu berpeluang...


gambar semasa perasmian

Muktamar Pas Kali ke 55 telah selamat dirasmikan pagi tadi oleh Tuan Guru Presiden.Pada sesi sebelah petang nya pula kira2 3.30 petang acara pengundian untuk memilih jawatan-jawatan seperti Timb. Pengerusi Tetap (Pengerusi Tetap menang tanpa bertanding), Timb. Presiden, Naib Presiden dan Ahli jawatankuasa Pas Pusat telah bermula.

Sudah tentu pemilihan jawatan Timb. Presiden menjadi tumpuan ramai baik pada yg pro PR atau pun tidak.Sebelum dan semasa pengundian dibuat aku sempat juga lah bertanyakan beberapa orang perwakilan yang bukan senegeri dengan aku, siapakah yg bakal dipilih untuk jawatan Timb. Presiden.

Walaupun tinjauan secara kecil-kecilan tetapi apa yang menarik perhatian aku ada perwakilan dari Perak menyatakan akan memilih Abg Mat Sabu alasan beliau adalah kerana jawatn Presiden, Ketua Pemuda dan Muslimat penyadang nya adalah tokoh yang berlatar belakangkan agama, jadi apa salahnya dia memilih calon seperti Abg Mat Sabu.Pantas mereka membuat analisa! Pendapat sebegitu juga yg diberikan oleh perwkilan yg memilih Husam.

Mereka langsung tidak menyentuh soal perubahan pimpinan dengan isu muqabalah! Malah dengan yakin mereka menyatakan apa salah membuat perubahan.Jika tidak nampak kemajuan dua tahun lagi kita ubah pulak menurut mereka.

Walau bagaimana pun peluang Ust Nasha sebgai penyandang tidak boleh dinafikan juga, perwakilan dari Pahang misalnya rata2 memilih beliau..

Nanti kan keputusan yang akan diumumkan pagi esok.Tugas perwakilan untuk memilih pemimpin sudah selesai.Memilih pemimpin bertujuan untuk memperkasakan jemaah dan bukan nya untuk membawa kekusutan dan perpecahan .Salam dari Stadium Malawati Shah Alam..

'ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN'




Tiada ulasan:

Catat Ulasan