Rabu, 18 November 2009

Kota Seputeh hitamnya SPR...

SPR akan cabar keputusan DUN Kota Siputeh

Jika dituduh kuda tunggangan BN, SPR marah, jika dikatakan ianya salah satu kompenan BN, SPR melenting juga.Itu belum nak ungkit pasai berlaku tidak adil pada Pakatan Rakyat, soal undi pos dan juga soal celup jari lagi. Sedar atau tidak selama hari ini SPR memang melaksanakan tugas mengikut selera dan telunjuk BN.Kerja mereka bukan hendak menyuburkan demokrasi tetapi lebih banyak kearah mematikan nya.Mereka seringkali terlibat di dalam kerja-kerja jahat BN dalam menolak kehendak majoriti rakyat seperti apa yang berlaku di Perak dengan menolak mentah-mentah kuasa speaker yang sah Sivakumar.

Keputusan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengistiharkan DUN Kota Seputeh kosong diterima dengan hati yang gundah oleh SPR.Mereka bagai tidak puas hati sama seperti BN juga.Mereka bertindak seperti Datuk Abu Hasan Sarif bekas Adun Kota Seputeh untuk mengemukan rayuan bagi mencabar keputusan tersebut.Mengapa SPR pulak yang bersungguh nak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi?

Adalah tidak munasabah memberi alasan mereka telah bertindak sebelum ini atas dasar undang-undang sedangkan di dalam undang-undang tubuh negeri Kedah telah termaktub bahawa jika Adun tidak hadir dua kali berturut ke sidang DUN tanpa keizinan speaker maka dengan sendiri jawatan Adun itu terlucut.Nampak benar mereka sedang ditunggang.

Mereka tidak sepatutnya terlibat dalam mempertahankan orang yang melanggar undang-undang.Jika benar mereka mengikut lunas-lunas demokrasi dan sebagai badan bebas yang menguruskan hal-hal pilihanraya sepatutnya dari awal lagi mengakui berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh itu.Tetapi semua harapan itu tidak mungkin berlaku kerana susuk-susuk tubuh yang memimpin SPR ini hanyalah boneka kepada BN.Mana mungkin mereka akan melakukan sesuatu yang akan merugikan tuan mereka.

Bagi saya bukan hendak mempertikaikan soal menang atau kalah.Sudah menjadi adat pertandingan yang kuat akan menang.Tetapi berlawan biarlah di padang yang sama rata, pengadil nya tidak memihak kepada sesiapa, tidak berat sebelah.Biarkan lah saja bekas Adun BN itu yang membuat rayuan.Tidak perlu SPR turut serta hendak membuat rayuan sama.Rakyat melihat semakin hari SPR hilang kebebasan yang menjadi teras badan itu.Rakyat makin loya dengan telatah kamu!

Bagi saya Kota Seputeh mempelihatkan hitam dan kelamnya SPR di dalam memulihkan demokrasi.Jiwa mereka bukan jiwa rakyat tetapi jiwa tuan mereka, BN.




4 ulasan:

  1. spr nak putih hahaha putih mata la kita bro...tu la dia SPR bila dah tak cerdik pastu tunjukan orang yang dia pandai

    BalasPadam
  2. btui tu bro...adik beradik sprm...mmg mcm tu..hahaa

    BalasPadam
  3. bro... yg sebuk2 nak wat rayuan kar makamah rayuan bg membatalkan kekosongan ni pun bukan nye BN tapi SPR yg sebuk2 nk g wat rayuan... punah donia...

    BalasPadam
  4. tu ler bro...spr lebeh umno dr umno @ barua...haa!

    BalasPadam