Ahad, 28 Februari 2010

Musafirlalu:SORRY NALLA INI TAHUN TARAK BOLEH KASI PROJEK.

Sejak kebelakangan ini Umno/Bn mempergunakan bekas-bekas ahli politik pembangkang dalam usaha mereka mengalih perhatian rakyat tentang kerakusan agenda politik mereka. Umno/Bn tahu yang mereka tiada isu untuk menghentam pembangkang maka bekas pembelot parti pembangkang diperkudakan. Ada juga pemimpin pembangkang yang ada sekarang ini pun terikut-ikut dengan rentak tari yang dimainkan oleh Umno/Bn.

Sebagaimana Nallakarupan berkokok mengampu kerajaan, inilah padahnya apabila orang yang tiada maruah bercakap tentang maruah, mesti ada maknanya. Beliau seorang ahli perniagaan bukannya ahli politik maka disini boleh dilihat apa motifnya yang sebenar.

Tapi sayang seribu kali sayang, waktu beliau membodek One Malaysia tidak kena pada masanya kerana banyak lagi mulut terpaksa One Malaysia suapkan dicampur pula dengan krisis ekonomi global. Maka jawabnya... Sorry Nalla ini tahun tarak boleh kasi projek....... walau sebanyak mana hentaman yang beliau lakukan terhadap DSAI, DS Wan Azizah dan PKR, seperti yang beliau katakan :

"Tindakan mana-mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu tidak akan memberi sebarang masalah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kecuali jika ia dilakukan oleh Naib Presiden parti itu, Azmin Ali" Nallakarupan secara sinis mendakwa, Anwar akan berdepan dengan masalah besar sekiranya Azmin yang dikenali ramai sebagai anak emas beliau mengambil tindakan tersebut.

"Tapi jika Azmin yang keluar, saya jamin dia mesti pening kepala sebab anak emasnya itu adalah segala-galanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Kenyataan sinis Nallakarupan itu dibuatnya sebagai mengulas tindakan Zahrain yang meninggalkan PKR untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas pada Jumaat lalu. Katanya, tindakan Zahrain itu merupakan kehilangan besar kepada PKR kerana Ahli Parlimen Bayan Baru itu terkenal sebagai ahli politik yang bijak membuat percaturan dan menghadapi sebarang isu.

Benarkah tindakan Zahrain itu kehilangan besar bagi PKR atau kerana kepentingan diri sendiri. "Zahrain adalah kawan saya, sebagai seorang rakan, pasti saya amat gembira dengan keputusan tegas beliau. Semasa saya keluar PKR dulu ramai yang tanya kenapa saya ambil keputusan itu, saya jawab satu hari nanti anda akan faham maksud dominasi 3 A (Anwar, Azizah dan Azmin) dalam PKR," katanya.

Tindakan Zahrain itu mengesahkan tanggapan bahawa Anwar tidak pernah menghargai nilai setiakawan sebaliknya ia digunakan untuk tujuan politik sahaja. "Sebab itu kita lihat pemimpin yang terdiri di kalangan sahabat Anwar seorang demi seorang meninggalkan PKR. Senarai nama itu sudah amat panjang sebenarnya, jadi saya harap mana-mana penyokong Anwar yang taksub melulu dapat melihat bagaimana layanan yang diterima oleh bekas rakan-rakannya," katanya.

Inilah orangnya yang telah diugut hukuman mati oleh pendakwa sekiranya tidak bekerjasama dengan membuat pengakuan fitnah terhadap DSAI pada 1998. Cuba menarik kaum India dengan menubuhkan parti baru, tetapi sampai sekarang tidak mendengar apa aktiviti parti putar alamnya itu. Sekarang ini beliau menyerang pula Wan Azizah dengan modal moral.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selayaknya diberi anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan 'lakonannya' ketika berhadapan dengan rakyat. Datuk S. Nallakaruppan yang secara sinis mencadangkan pengurniaan itu, bersedia mengemukakannya kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.

"Saya amat yakin kelak Wan Azizah mampu meraih 'Anugerah Academy' di Hollywood," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Nallakarupan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia semalam yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.

Betapa kuatnya si Nalla kibas One Malaysia agar dengan kritikannya terhadap Wan Azizah, dapat satu dua projek. Apakah beliau berharap dengan kerja yang dilakukannya itu boleh melembutkan hati Big Mama. Sorry Nalla....... sekarang ini orang kibas tidak lagi pakai tangan......... letih.

Dakwa beliau, Wan Azizah seorang wanita yang hebat kerana boleh melalui kes dakwaan berkaitan moral suaminya. Malah dakwa beliau lagi, Presiden PKR itu juga berada pada satu tahap melebihi wanita lain di Malaysia kerana boleh melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan kerjaya suaminya. "Wan Azizah kena tahu bahawa bukan semua isteri seperti beliau yang boleh menerima keadaan sedemikian. Ramai kalangan wanita di Malaysia tidak boleh terima dengan senang hati.

Hebat..... hebat..... dan sememangnya hebat bila Nalla bercakap tentang moral. Mungkin kaum India pun tergelak bila si Nalla bercakap tentang moral dan mungkin beliau adalah India yang paling bermoral dalam dunia. Nalla...... Nalla....... Nalla............ kesian kamu!



oleh: Musafirlalu.blogspot





Tiada ulasan:

Catat Ulasan