|
MELIHAT Anne Ngasri mula berhijab ternyata membuatkan mana-mana mata yang memandangnya terasa sejuk sahaja. Penghijrahan pelakon yang memulakan kariernya dari usia muda itu dilakukan selepas Anne pulang dari menunaikan ibadah Umrah pada bulan Ramadan tahun lalu.
Tetapi timbul cerita yang kurang manis apabila tudung Anne ini dikatakan umpama pakai buang kerana dia masih dilihat di beberapa buah drama yang baru menunjukkan auratnya itu walaupun Anne sudah memilih untuk berubah.
Anne yang ditemui ketika penggambaran drama Mayang Mengurai di Carlton Holiday, Shah Alam, Selangor baru-baru ini mengakui, dia memang membuka tudung ketika berlakon baru-baru ini demi memenuhi kehendak produksi itu.
Ujar ibu anak dua ini, niatnya hanyalah untuk mencari rezeki kerana punca rezekinya dari dunia lakonan.
"Saya bukan sesuka hati pakai dan buka tudung saya. Di luar, saya sebagai Anne Ngasri memang sudah bertudung.
"Tetapi apabila berlakon, ada sesetengah drama memerlukan watak saya untuk tidak bertudung, jadi saya akan buka tudung ketika pengambaran.
"Namun ia masih ada batasnya kerana saya tak akan sesekali berpakaian seksi atau 'buka' sana sini malah dari dulu lagi saya bukanlah seorang yang seksi.
"Saya tahu ia merupakan isu sensitif dan banyak pendapat dalam Islam mengenai hal ini tetapi selagi saya tahu apa yang saya buat ini benda yang betul, saya rasa okey," ujar isteri kepada Abdul Wafi Hassan ini lagi.
~Dalam isu ini bukanlah saya hendak memaparkan siapa yang tidak menutup aurat tetapi lebih bermaksud untuk memaparkan sikap dan permikiran kita dengan perintah Allah jelas begitu keliru sekali.
~Dalam soal aurat pun masih ramai umat Islam yang keliru dan berfikiran yang sangat bercanggah dengan hukum Allah inikan pula hendak mengulas isu-isu besar seperti penggunaan nama Allah.
~Sebaik-baiknya dalam soal agama apa pun yang hendak kita kita lakukan hendaklah merujuk pihak yang ada authority dalam bidang ini, kena rajin merujuk kepada ilmuan yang sohih bukan melakukan sesuatu hanya mengikut rasa dan akal sendiri seperti isu aurat ini dan isu penggunaan nama Allah, jangan lah mengikut nafsu bakar sana bom sini.
dari bakar gereja baik bakar orang macam nie...agama pun nak bawa berlakon ker sok berkalakon la dalam kubur
BalasPadamumno da 50tahun didik orang malaysia jadik camtu
BalasPadambaginda mamai meh bc wawancara dgn DS chua jui mei dlm harakah bil 1504 edisi isnin...best jgak komen dia
BalasPadam