Isnin, 24 Mei 2010

pengumuman pengumuman!!!




PAS Kawasan Maran melancarkan Bulan Infaq selama sebulan bermula dari 23 Mei hingga 23 Jun depan.
Pemangku Yang Dipetua PAS Kawasan, Ustaz Ramli Abdul Rahman(gambar kanan) berkata, pihaknya mensasarkan setiap ahli mengeluarkan infaq sebanyak RM100 seorang.
Katanya, pihaknya mensasarkan kutipan sebanyak RM30,000 dapat dikumpulkan dalam masa satu bulan ini.
Menurut Ramli, jumlah itu sepatutnya bukanlah sesuatu yang sukar kerana ahli hanya menghulurkan sumbangan kira-kira 27 sen sehari atau RM8.50 sebulan.
Ramli berkata, wang tersebut akan digunakan bagi membiayai segala kos pengurusan dan kegiatan parti sepanjang tahun ini dan ia bukan wang Tabung Pilihanraya.
Majlis pelancaranya Bulan Infaq telah di sempurnakan oleh Setiasuaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi (gambar tengah) di Markas Pas Felda Kemboja Jengka 4.
Difahamkan sebanyak RM3,000 telah berjaya di kutip pada majlis pelancaran itu.

sumber: pelawatbumi

mohon jasa baik teman-teman bloggers menyumbang dan memanjangkan kepada seluruh para dermawan bagi membantu kami menjayakan kempen selama 30 hari ini...
segala bantuan yang bakal diberikan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah sahaja yang membalas segala jasa kebaikan yang dihulurkan...

Akaun Bank Islam : 06028 0100-36405 (atas nama pas kawasan maran)
Bendahari PAS Kawasan di talian 012- 9863 694 untuk keterangan lanjut.




2 ulasan:

  1. pemuda pas merlimau nak buat aktiviti pun tak cukup duit nie bro....sian kat parti kita nie yer duit tak cukup tapi masih lagi ada orang kata kita mintak rasuah

    BalasPadam
  2. begitu lah bro...perjuangan ini memerlukn pngorbanan masa, harta dan nyawa...kita sedaya upaya mndidik ahli supaya jgn kedekut utk infak kpd prjuangan...

    ~bro wa hrp lu n family sehat sejahtera..:)

    BalasPadam