Ada pun beberapa hari lalu telah menyeru Wanita Pertama Malaysia Datin Seri Rosmah Mansur, beliau yang aku lebih mesra dengan panggilan Kak Semah mengingatkan kita rakyat jelata yang muslim ini 'janganlah hanya bertedarus al-quran di bulan puasa sahaja.Kita sepatutnya membaca al quran di sepanjang tahun "tempik Kak Semah dalam satu majlis tadarus al-quran peringkat 1Malaysia.
Arakian, seluruh rakyat jelata ketika itu terpegun termasuk Lim Guan Eng di Penang mahupun Nga Khor Ming di Perak, apatah lagi sdri Kumutha di Johor, habis semua tersentak dan tersedar dari lamunan masing2 dek kerana memang jarang membaca kita suci itu.
Kak Semah bukan cakap kosong , beliau membuktikan dia mempraktikkan membaca al quran sepanjang masa dan pada hari itu beliau dengan sukarelanya menunjukkan bagaimana cara yang betul semasa membaca al quran, iaitu dengan duduk bersimpuh ala-ala 'kontrol' ayu lagi khusyuk dan tawaduk (cara simpuh untuk perempuan sahaja, orang lelaki jangan gatai2 nak duduk macam tu).Berkenaan jambul yang terkeluar tu ikut suka lah kalau nak tiru kak Semah pun boleh, kalau tak nak pun tak mengapa.
Sayugia, pesan kak Semah lagi ''janganlah al quran itu dibaca sesaja tetapi hendaklah dibaca sama makna dan tafsirnya sekali barulah sempurna kitab itu menjadi pedoman ''dengus beliau sesambil membela selendang putihnya.
Maka takala seruan Kak Semah yang tulus lagi mulus itu diwar-warkan di dada-dada akhbar, internet dan juga sampai ke pengetahuan Makcik Temah seorang guru quran di Kg. Bantal Hulu Tembeling nun, seraya dia berkata " molek benar lah dan bangga kerana tak pernah lagi wanita permata 1Malaysia seingat Makcik Temah menyeru begitu, sambil berpesan balik pada Kak Semah supaya kalau baca quran tu cuba lah tengok Surah An Nuur ayat 31, surah Al A'araaf ayat 26 dan surah Al Ahzab ayat 56, mana tau kut2 lepas tengok ayat2 tadi Kak Semah dapat hidayah dan taufeq lalu menutup auratnya terlebih dahulu".
Justeru itu, peringatan dari Allah al quran itu pedoman bagi orang yang bertakwa, peringatan Nabi SAW kepada umatnya tidak akan sesat selagi mana berpegang dengan al quran dan pesan para ulamak al quran adalah perlembagaan hidup bagi yang mengucap dua kalimah syahadah dan terkandung di dalam nya sistem yang menjadi panduan seluruh alam.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
5 minggu yang lalu
elok la baca Quran ngan jambul pun leh org tengok...sengal je aku rasa, ghugi pahala pose aku ari ni
BalasPadamSalam abgBro,
BalasPadamKak Semah ni juga boleh mengajar tafsir. Kalau dia mengajar ramai juga yang datang termasuk Ustazah Dr Mashitah, Ulama' pompuan terakhir dalam kerajaan UBN aka Kerajaan Al Majnun Najisi dan juga pakar ilmu Islam Liberal , SIS.
Apabila dia sampai pada Surah An Nur Ayat 31 maka dengan konfidennya dia bersyarah: Ayat ini diturunkan kepada wanita Islam yang masih dikelilingi oleh Arab jahiliyah yang kuat merogol pompuan masa itu kerana ghairah melihat pompuan yang tak tutup rambut.Di Malaysia, Masyarakatnyer baik-baik dan berhadhari. Dan dalam Al-Qur'an ada disebutkan : "Manusia yang mulia disisi Allah adalah hamba yang bertakwa.Maka kerana itulah ramai ulamak mengatakan pakaian orang mukmin adalah taqwa. Jadinya, taqwa adalah lebih utama dari bertudung yang tidak menampakkan jambul".
Maka berkatalah Ustazah Dr Mashitah dalam hatinyer: "Pandai jugak dia pusing ayat al Qur'an macam aku".
Seorang pemimpin Sister In Islam dalam keadaan gembira: Inilah tafsiran yang tepat dan paling muktabar dari sudut pandangan Islam Liberal".
Maka banggalah Kak Semah hingga kelihatan senyumannya terselah dibibirnya yang tak semerah bibir suaminyer.
Maaflah abgBro, Pak Sheikh merapu...
Allahuakhbar
ooowhh...dia selalu baca Quran rupanya....patutla muka dia sentiasa berseri,tegang dan awet muda...ermmm....bagus..bagus!!
BalasPadamselamat hariraya jebat, ingat pesa kak semah tu tauu...rajin2 lah baca quran...:)
BalasPadamkekanda paduka benar apa yg kekanda katakan itu, tiada yg dirapukan...kita sgt bimbang isle plastik @ isle liberal ini menular dikalangan umat islam akibat dibebalkan oleh umno...mudah2an umat ini celik ugama ya paduka..dan sebenarnya teman dpt idea n3 ni dr membaca n3 paduka yg bertajuk Teman Bangga:Umno Pun Parti Islam Jugakk...hehehe
sara hang kena ikut mcm mana kak semah duk bersimpuh tu...hehehehh
macam nak masuk pertandingan mengaji ajer..aku thau dia tahu mengaji tapi aku tahu dia tak mengerti
BalasPadamatau pun bro dia reti tapi buat2 tak reti...wat bodo, wat derk jerr kate org skrg nie...heheh
BalasPadam