Dengan pemilihan Tan Sri Isa Samad bagi mewakili BN dalam PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti semakin jelas kepada kita bahawa UMNO adalah parti penyubur rasuah, pembela kaki rasuah.Mana tidaknya 1Malaysia tahu TS Isa adalah pesalah rasuah (UMNO bilang politik wang) yang dapat dibuktikan oleh Jawatankuasa Disiplin parti itu beliau merasuah dan dikenakan hukuman gantung keahlian selama 3 tahun, yang mana beliau dilucutkan jawatan menteri dan naib presidennya, semua orang masih ingat.Itu undang2 UMNO, jika dilihat dalam kes tuduhan rasuah dan salahguna kuasa DS Anwar 10 tahun lalu, yang buktinya entah apa2...kelaut semua nya, DS Anwar dihukum penjara 6 tahun.Tetapi TS Isa tidak dihadapkan ke mana2 mahkamah di dalam Malaysia ini.Nah...UMNO menternak perasuah lah namanya tu...
Pertikaian awal mengenai siapa calon, sebelum pencalonan beliau semalam telah kita nampak dikalangan UMNO sendiri, Tun Mahathir pun tak suka, KJ pun sama.Apa yang sangat memelikkan ada segelintir puak yang bagai nak rak, guling-guling nak jugak TS Isa ni jadi calon, sampai UMNO diugut boikot oleh ahlinya sendiri. Apakah mereka ini sudah hilang kewarasan, hilang pertimbangan untuk berfikir dan menilai atau mereka juga kaki rasuah? Atau rasuah sudah menjadi darah daging kepada UMNO?
Walau apa pun semua nya ini adalah sebagai petunjuk kepada rakyat 1Malaysia.Jika 11 Oktober nanti BN menang juga, maka semakin fahamlah kita bahawa UMNO memang suka kepada rasuah dan perasuah, usaha nak memerangi wabak itu dalam UMNO hanya sandiwara dan undang2 rasuah 1Malaysia hanya untuk PR dan rakyat sahaja.Jika BN menang bak kata pepatah baru UMNO dan rasuah bagai pinang dibelah dua...memang serasi bersama.
p/s walaupun kita tahu hampir 5 ribu pengundi pos di Bagan Pinang tetapi maruah pengundi wajib dipertahankan! Jangan bagi undi kepada pelaku rasuah!
nampak sangat macam dah terdesak ajer umno nie yang di tangkap rasuh pun boleh jadi calon semula apara haprak
BalasPadammamai...umno dgn rasuah mcm belangkas mmg tak dapat dipisahkan...hehehe
BalasPadam~line selekom berukband dah 3,4 hari teruk macam umno haremzadeh tul!