Takuti lah doa orang yang dizalimi, kecoh seketika negara kita kerana disebabkan Tok Guru Menteri Besar Kelantan mendoakan binasa kepada si zalim dan khianat.Jika difikir secara waras tak kan Tok Guru NiK Aziz nak mendoakan kehancuran dan kebinasaan kepada sesiapa melainkan Tok Guru sendiri telah dizalimi.Mana mungkin secara tiba-tiba sahaja beliau mendoakan pecah perut kepada sipolan sipolan melainkan Tok Guru dan rakyat kelantan telah dikhianati.
Umno sememangnya dari dulu mengkhianati dan menzalimi Pas.Bagi yang tak kenal apa itu zalim memanglah tidak terasa apa-apa kerana ia berlaku kepada orang lain.Jika kena batang tubuh mereka sendiri baru tahu.Zalim adalah melakukan sesuatu bukan pada tempat atau yang berhak.
Mengapa Tok Guru mendoakan supaya binasa ke atas Pemimpin UMNO/BN? Disini lah Umno mengambil kesempatan memutar belitkan isu doa dengan mengalih perhatian rakyat apa punca sebenar yang berlaku.Belit Umno sehinggakan orang tak sedar siapa yang zalim.Putarnya Umno sehingga orang yang menyekat royalti pulak dibela dan dipertahankan oleh Tok Mufti.Memang UMNO pandai alih tajuk dan isu, bukan itu saja yang dialihnya, dengan songkok dan kopiah Mufti pun turut dialihnya sama.
Mengapa Tok Guru berdoa begitu? Jawapan nya adalah kerana UMNO dan Kerajaan Pusat telah menzalimi, mengkhianati dan merompak 5% hasil petroleum di perairan Kelantan.UMNO BN dengan rakus lagi sombongnya mencabul Akta Pembangunan Petroleum 1974.Dengan keingkaran Kerajaan Pusat membayar royalti minyak itu maka UMNO untuk kesekian kalinya telah merogol Perlembagaan Negara.
Apakah lagi cara untuk membuatkan si degil yang bongkak sedar? Bagaimana kaedah kita nak berunding dengan si perompak? Masih mahukah kita berlembut dan berdiam diri dan pasrah? Tidak, dengan pemimpin UMNO itu bukan caranya.Berhadapan dengan mereka bukan dengan bahasa lemah gemalai lagi longlai.Ikhtiar sudah, mohon sudah dan merayu pun sudah.
Maka sangat wajar segala perilaku yang hodoh pemimpin-pemimpin yang berlagak pandai ini, yang tidak mahu dengar kata, yang dah tak makan dek saman ini kita rakyat 1Malaysia bersama Tok Guru turut sama berdoa ditimpa kebinasaan lah bagi pemimpin yang khianat dan zalim itu.
Mari kita semua sama-sama mengamin kan doa Tok Guru...moga-moga royalti minyak dikembalikan kepada yang berhak dan mereka yang zalim khianat menemui jalan keinsafan.Jika tidak insaf biar pecah perut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan