Malaysia ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA
VIENTIANE 11 Dis. - Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama di sini sebentar tadi.
Dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A akan bertemu tuan rumah Laos, selaku juara Kumpulan B manakala Thailand akan ditentang oleh Singapura. - Utusan
Sekalung tahniah buat skuad Raja di atas kemenangan 2-1 skuad Siam.Siam yang telah mengesahkan tempat ke separuh akhir lebih awal dan apa-apa keputusan perlawanan tersebut tidak langsung menjejas laluan mereka.
Biarpun dikritik hebat akibat prestasi yo-yo skuad Raja namun mereka tetap bernafas di dalam lumpur.Kejayaan melangkah keseparuh akhir ini tidak menghentikan kritikan-kritikan pedas yang bakal dilontarkan terhadap mutu dan tahap persembahan yang bakal mereka pamirkan selepas ini.
Seluruh rakyat Malaysia mengidamkan tahap kejohanan yang lebih tinggi bagi skuad Raja ini.Layak menyertai Piala Asia umpamanya dan lebih tinggi ke Piala Dunia, namun dengan mutu permainan yang ada sekarang mampukah kita bangkit mengejar dan menyaingi Korea ataupun Jepun.
Diharapkan cara mengkritik hebat skuad Raja ini dapat membangkitkan prestasi, tahap serta mutu permainan bagi mengembalikan kehebatan kita di rantau Asia ini.Kita tidak boleh menyalahkan infrastruktur pembangunan bolasepak kerana kita mempunyai kemudahan yang bertaraf dunia.
Kita tidak boleh berlengah lagi, kekuatan serta ketahanan mental para pemain mesti dipertingkatkan dan sudut ini perlu dikoreksi dan di baikpulih serta dikritik hebat oleh kita.Adakala kita melihat mereka bermain seperti tahap budak sekolah rendah!
Jangan kita segan-segan nak menghentam skuad Raja ini.Semoga kritikan pedas dan tajam yang diberikan akan membangkitkan azam dan tekad pemain bagi memikul tugas mengembalikan kegemilangan lalu.
Selamat berjuang diseparuh akhir menentang tuan rumah Laos.
jgn berkokok pasal ayam betina bertelur sudah bro gah sementara
BalasPadamtelur sebiji riuh sekampung ek mamai..wkakaakakaka
BalasPadammamai, jebat...ayam berkokok atas batang, mai rokok sebatang...ekekeke
BalasPadam