Apabila membaca berita, khabar nya UMNO akan menghantar memorendum meminta Pas Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat (sini) dan sejurus selepas itu keluar banyak komen-komen yang lebih berbentuk amaran ditujukan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Ali (disni) supaya jangan menerima memorendum tersebut.
Apa yang menarik bagi saya bukan soal memorendum yang hendak dihantar itu tetapi amaran yang dilemparkan kepada Dr Hassan supaya menolak penyerahan memorendum tersebut.Suka saya soalkan salahkah jika Dr Hassan menerima memorendum tersebut?
Bagi saya menerima memo tersebut bukan bermakna kita menerima isi kandungan nya.Kita yang sebelum ini melaungkan kebebasan bersuara tiba-tiba menutup ruang bagi pihak yang mahu menyampaikan pandangan mereka.
Selama ini kita mengutuk halangan-halangan yang dibuat oleh pihak berkuasa ketika mana kita hendak menyerah memorendum baik terhadap pihak kerajaan mahupun kepada pihak istana.
Sememang nya diakui siapa yang hendak mempercayai dan bergabung dengan UMNO yang sudah membusuk sampai ke usus itu tetapi sikap keterbukaan yang kita laung selama ini perlu dipraktikkan biarpun terhadap musuh nombor wahid kita.
Kita sudah tahu mengapa UMNO begitu sibuk dan kecoh untuk membawa Pas keluar dari PR adalah kerana mereka ingin memecah belahkan PR sekali gus menghidupkan peluang mereka kembali berkuasa di negeri nadi ekonomi negara itu.Sangat jelas.
Ringkas nya bagi saya tidak salah Pas Selangor menerima memorendum tersebut kerana persepsi saya, saya yakin dan tidak bimbang terhadap kepimpinan Pas Selangor, mereka tidak akan membelakangi keputusan Pas Pusat.Saya juga penuh yakin dengan pendirian Pas ketika ini sangat jelas iaitu akan bersama Pakatan dan terus memperkukuhkan nya.
Hanya persepsi kita sahaja yang melebihi daripada apa yang sebenarnya berlaku.Bagi saya siapa pun yang ingin menyerahkan memorendum ayuh silakan.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
Sebulan yang lalu
betul jugak kate ente... biaqpi depa antar kite amik memorandum tu pastu kite buang kat muke UMNGOK balik... baru depa tau kite tolak bulat-bulat memorandum tu... kehkehkeh Umngok taknak berubah2
BalasPadamSalam.... saya tak nak komen panjang2, tetapi siapa sebenarnya yang terlalu takut sangat tentang memo tersebut? Tidakkah selama ini mereka yang begitu kuat menghentam dan mendesak Hassan Ali letak jawatan. Sekarang kita lihat siapa sebenarnya yang menjadi musuh dalam lipatan.
BalasPadam