Selasa, 20 April 2010

Keluar parti dan tarik diri mewarnai lagi

Seperti yang dijangkakan dua calon bebas telah disahkan oleh pihak SPR menarik diri daripada bertanding dalam PRK Hulu Selangor.Pencalonan Chandran sebelum ini dilihat sebagai wakil MIC Hulu Selangor sebagai protes kerana Datuk Palanivel tidak dicalonkan manakala Johan pula dilihat sebagai simbol protes demi mempertahankan kawasan majoriti itu daripada digadai lagi oleh UMNO.

Begitu juga aksi-aksi keluar parti dimusim ini sememangnya sudah kita jangkakan.Namun yang tak terduga oleh saya keluarnya Dr Halili dari PKR dan beliau orang tempatan juga dikatakan punya banyak pengaruh di situ.Perlu diingat Hulu Selangor bukan Permatang Pauh dan saya penuh percaya usaha gerak kerja penerangan bagi menangkis serangan dari pembelotan Dr Halili sedang giat dilakukan terutama di kawasan majoriti melayu.

Mengapa mereka begitu mudah menukar prinsip perjuangan? Apakah mereka sudah penat berjuang dengan PKR? atau dibeli oleh UMNO yang sedang sesak untuk memenangi kembali kubu kuat mereka itu? Jangan kita lupa UMNO pernah cuba membeli ADUN Pas di Kelantan dan calon Pas di Johor tetapi mereka tidak berjaya.Chandran dan Johan pula adakah ditaja seketika bermain wayang kulit bersama tuk-tuk dalang UMNO BN? Juga apakah mereka mencalonkan diri itu kerana ingin mencari keuntungan peribadi dengan menawarkan harga untuk masing-masing menarik diri?Mereka sudah menarik diri dan apakah itu menandakan pembelian telah berlaku? Jawapan nya saya mengambil peribahasa orang sekarang ini ' nak senang ikut UMNO'.

Bagi saya biar apa pun yang terjadi kesedaran pengundi melayu terhadap pengkhianatan UMNO selama ini sangat diperlukan.Sedarlah dari dibuai lena yang panjang sehingga tak sedar tanah-tanah melayu tergadai kepada beberapa kerat tauke termasuk tauke judi di Genting.Tak sedar lagi kah kita UMNO dalam diam menyeludup ejen-ejen Israel ke dalam PDRM.Lambang kekuatan melayu adalah berani berubah, tidak takut pada ugutan, tidak tertelan kail tetapi bertindak bijak umpan kena ambil. Apa yang perlu anda buat adalah ukirkan sejarah, biar BN tumbang lagi pada 25 April nanti.




2 ulasan:

  1. cerita basi pilihanraya....macam la orang sekarang nie bodoh sangat. kadang-kadang naik muak dengan berita TV3 dan Perdana dan suratkhabar

    BalasPadam
  2. bro mereka tidak selama boleh menipu rakyat tetapi utk meraih sokongan mereka trpaksa jge menipu kehkehkeh

    BalasPadam