Khamis, 15 April 2010

ayoyo bukan Palanivel laa...apa macam???

Tadi DS Muhyidin telah mengumumkan calon BN di Hulu Selangor adalah P Kamalanathan Ketua Penerangan MIC dan bukan memilih Datuk G Palanivel iaitu Timbalan Presiden MIC yang juga bekas calon PRU12 seperti kehendak akar umbi MIC(pinjam ayat Samy Vellu).

Semalam mengikut laporan Malaysiakini 30 daripada 72 cawangan MIC di Hulu Selangor telah memberi kata dua kepada BN samada pilih Palanivel atau menghadapi pembubaran cawangan-cawangan MIC di sana.(Sangat-sangat dialu-alukan)

Bukan setakat bubar cawangan sahaja, malah mereka mengugut jika bukan Palavanel menjadi calon, mereka tidak akan keluar mengundi.( aiyoyo jangan itu macam kawan...keluar ramai-ramai undi kasi PKR lah baru betul mau lawan BN)

Semalam juga Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, jika tuntutan mereka agar Palnivel dicalonkan ditolak.(aiyoyo lagi bagusss)

"Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily

Semua itu berlaku semalam dan hari ini tiada khabar berita terbaru dari kumpulan tersebut.Saya cuma teringat PRK DUN Lunas suatu ketika dahulu DS Samy Vellu ada juga 'mengugut' tak akan balik KL lagi jika BN kalah dan apabila BN kalah juga dan beliau balik ke KL ditanya wartawan kenapa masih balik ke KL lalu beliau berkata" saya tak mau balik KL Kilang Lama yang di Lunas bukan KL Kuala Lumpur" jawabnnya dengan selamba.

Namun itu kisah dulu, kini saya amat yakin masyarakat India sudah berani membuat perubahan serta sudah berani melawan BN dengan memilih Pakatan Rakyat lagi sebagai wakil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April nanti sekaligus mempertahankan sejarah gemilang 8 Mac 2008.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan