Memaparkan catatan dengan label mansuh isa zalim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mansuh isa zalim. Papar semua catatan

Rabu, 4 November 2009

derita tahanan teluk guantanamo (ISA Amerika)

Pengalaman seorang tahanan Teluk Guantanamo -Sami Al Hajj




Sami Al Hajj pernah diberi makan dalam tuib.-Foto BERNAMA

"MEREKA langsung tidak mahu dengar apa-apa kebenaran," kata Sami Al Hajj, 40, dari Sudan.

Dia merupakan satu-satunya wartawan yang pernah ditahan di penjara tersohor dahsyatnya di Teluk Guantanamo selama tujuh tahun, dan beliau tidak pernah didakwa untuk sebarang kesalahan.

Menceritakan pengalamannya itu, katanya beliau ditahan oleh tentera Amerika Syarikat di Pakistan pada 2001 semasa hendak menyeberangi sempadan untuk ke Afghanistan, sebelum dibawa ke penjara Teluk Guantanamo untuk dikurung sebagai 'anggota pasukan musuh'.

Beliau yang kini mengetuai bahagian kebebasan awam dan hak asasi rangkaian televisyen Al-Jazeera menceritakan pengalaman pahitnya itu untuk dikongsi bersama dengan peserta "Persidangan Kejenayahan Perang dan Tribunal Jenayah Perang 2009" di sini.

Katanya semasa dikurung di Guantanamo, selain dibogelkan beliau diberi makan hanya menerusi tiub.

"Saya ditahan tanpa belas kasihan, tentera Amerika mengesyaki saya sebagai seorang wartawan yang hendak menemuramah Osama bin Laden, mereka langsung tidak peduli untuk mendengar apaapa kebenaran," katanya dan menambah tahanan dari serata dunia, termasuk dari Bosnia dan Indonesia turut dibawa ke Guantanamo. Katanya mereka tidak dibenarkan menghubungi sanak saudara kaum keluarga, di samping tidak diberitahu mengapa mereka ditahan.

"Kami juga langsung tidak tahu bila waktu untuk berpuasa, bersembahyang, atau waktu sambutan apa-apa perayaan termasuk Hari Raya," katanya.

Beliau berkata tentera Amerika juga tidak menghormati agama-agama lain, dan mereka memijak Al-Quran dan mencampak kitab suci itu ke dalam mangkuk tandas.

"Sekiranya ada tahanan yang sakit atau tercedera, mereka tidak menghantarnya ke mendapatkan sebarang rawatan, sebaliknya tahanan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga kecederaan bertambah parah, ada antara tahanan yang terpaksa dipotong kakinya," katanya.

Sami berkata media perlu memainkan peranan mereka dan menyampaikan kisah-kisah benar, terutama mengenai Guantanamo dan perang, untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai keadaan sebenar. Sami berkhidmat di AlJazeera sejak tahun 2000 sebagai jurukamera sebelum dinaikkan pangkat sebagai wartawan.

"Menerusi persidangan ini saya berharap Malaysia boleh menetapkan satu platform bagi menangani perkara ini dan mencari jalan penyelesaian membanteras perang, mendidik orang ramai serta media, dan saya benar-benar berharap mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad dapat membantu dalam menyuarakan gesaan di peringkat antarabangsa, supaya menghentikan perang," katanya.

Persidangan empat hari itu dilancarkan oleh Dr Mahathir semalam, yang juga bertindak sebagai pengerusi pertubuhan Keamanan Global Perdana Malaysia.- BERNAMA


meh baca pengalaman mangsa tahanan ISA 1Malaysia pulak Saya dan ISA



Selasa, 15 September 2009

ISA, raya dan Bagan Pinang: Alhamdulillah ada yang dibebaskan...

betapa zalimnya isa yang telah memisahkan seorang anak dengan  ibu tercinta bertahun-tahun lamanya... Mat Sah Mohd Satray hanya sempat berjumpa dengan ibunya pada hari kematian ibunya.. sungguh zalimmm

betapa zalimnya isa yang telah memisahkan seorang anak dengan ibu tercinta bertahun-tahun lamanya... Mat Sah Mohd Satray hanya sempat berjumpa dengan ibunya pada hari kematian ibunya.. sungguh zalimmm


Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana 5 orang lagi mangsa kezaliman tahanan ISA dibebaskan hari ini.Berkat kerja dan desakan kuat GMI,NGO-NGO,Persatuan Pelajar dan parti2 politik kpd kerajaan 1Malaysia selama ini dan kemuncakan nya Himpunan Mansuh ISA pd 1 Ogos lalu kini nampak keberhasilan nya.Mereka terkurung di atas tuduhan yang tiada hujung pangkalnya, tiada bukti, yang kita nampak hanyalah hendak menunjuk2 kepada Amerika bahawa Malaysa juga menentang terrorist konon nya.

Kini mereka kembali kepangkuan keluarga tercinta semula, kembali kepada isteri yang setia, anak2 yang dahaga kasih sayang seorang bapa, kembali bebas seperti insan lain walaupun akan ada sekatan2 yang dikenakan kepada mereka.Syukur Alhamdulillah aku juga berkongsi kegembiraan ini.

Bagi Kerajaan UMNO BN, jangan anggap dengan pembebasan ini kamu sudah merasakan diri melakukan kebaikan dan keadilan.Jangan kamu mengira kegembiraan menyambut hariraya eidulfitri nanti bisa menghalalkan segala kedurjanaan masa silam kamu.Jangan menyangka kezaliman yang kamu lakukan selama ini akan terhapus dari fikiran para mangsa ini dan juga rakyat.Dan pasti rakyat di Bagan Pinang tidak lupa semua itu dan 11 Oktober nanti kuburkan lagi ego mereka!

Ketika ini masih ada lagi saki baki insan yang terkurung di penjara ISA, dan undang2 zalim ini akan terus ditentang sehingga ianya dihapuskan sama sekali.




Jumaat, 7 Ogos 2009

temberang...

penang road sign dual language umno ngo files protest 041108 mohd khairulLelaki pro-ISA bukan orang PAS

Penasihat Undang-undang Magaran bukan ahli PAS


Tak tau malu...kunun ngaku ahli pas tapi sokong ISA.Pastu ugut nak ambik tindakan undang2 pada Pas kalau dia dikenakan tindakan disiplin parti.Kalau hang sokong Pas kerana Pas nak laksanakan Islam tak patut lah hang sokong ISA sebab ISA tu undang2 tanpa bicara, tuduh ikut suka, undang2 zalim.Pas tak sokong ISA, Pas nak mansuhkan ISA! mamat oiii!! Penasihat undang2 MAGARAN apa macam nie?Lepas ini pasti dia sedaya upaya akan mohon menjadi ahli Pas dan pastu akan keluar parti. Pas hangpa jangan luluskan keahlian lelaki yang bernama Mohd Khairul Azam Abdul Aziz (gambar) ini.Ahli kelab Penyokong Pas pun jangan bagi dia join...

siakap senohong gelama ikan duri..

bercakap bohong lama-lama jadi menteri..


perangai macam nie memang layak jadi menteri UMNO...hehe

(no keahlian UMNO Khairul : 02989365 - caw Batu 6, PKNS Bangi)

Rabu, 5 Ogos 2009

Silakan Pemuda Umno

Pemuda Umno sedia khidmat guaman kepada 1,000 penjaja

Dipersilakan Pemuda Umno bawa ke mahkamah.GMI pasti menunggu saat ini kerana inilah peluang membela diri. Peluang untuk membuktikan di mahkamah punca mengapa peniaga rugi, siapa yang tembak gas pemedih mata, siapa yang sembur air kimia, siapa yang memukul menyepak, siapa yang mengganas, siapa yang merusuh dan merosakkan harta benda awam.Segala-galanya bakal dibuktikan.Ayuh Pemuda Umno kamu buat dakwaan di mahkamah GMI akan membela diri di mahkamah yang sama.Kita manfaatkan undang-undang yang sedia ada.Bukan macam ISA, tuduh tanpa bukti, tahan tanpa bicara terkurung tanpa berpeluang membela diri.ISA itu hanya disokong oleh si zalim yang pengecut sahaja.

wajah ISA yang dirupa bentuk kan sangat menyeramkan


Jumaat, 31 Julai 2009

Pewaris pada asalnya berniat nak bertempur di Masjid Negara?

Pewaris batal himpunan di Masjid Negara

elok lah kalu batai berhimpun di situ...ape jadah plan asal buh budak2 silat kat masjid negara kalu bukan nak bertempur! GMI dah berbulan plan buat himpunan hangpa baru seminggu dua ni dok gatai nak buat jugak di lokasi yg dekat2 dan masa yg hampir sama.Hangpa nak tunjuk hangpa kuat? hangpa terror? hangpa kebal? deyyyy pegi daaa!!!


Rabu, 29 Julai 2009

ini hanya sekelumit kisah dari mangsa kezaliman ISA...

MENJELANG HIMPUNAN 1 OGOS: 1,893 hari di bawah kezaliman ISA
oleh : CN Al-Afghani


MENGHARUNGI kehidupan di bawah kongkongan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA.

Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.

Lebih tragis lagi apabila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu. Ataupun pada suatu ketika, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda dipintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda diseret ke sebuah kereta lain.

Tangan digari dan anda dimaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia di mana anda ditempatkan.

Lokasi rahsia

Seterusnya hinggalah ke sesi soal siasat selama dua bulan di lokasi rahsia tersebut. Dalam sesetengah kes tekanan perasaan ini berterusan hingga beberapa tahun anda ditahan di Kem Tahanan Kemunting (Kemta). Inilah peristiwa hitam yang pernah dan sedang dilalui oleh ratusan tahanan ISA.

Inilah keperitan saya alami sejak ditahan pada 2001 yang deritanya membekas hingga hari ini. Sama ada yang dituduh sebagai kumpulan Al-Maunah, Reformasi, Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Daulah Islamiah (DI).

Hingga kini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau lapan tahun. Saya pernah bersama mereka di Kemta. Dr Abdullah bekas pensyarah dan Mat Shah Satray, bekas juruteknik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedua-duanya terkenal di kalangan orang tahanan sebagai tahanan berakhlak, sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama?

Inilah kezaliman ISA yang amat sukar fahami kerana ia satu tahanan tanpa bicara. Mereka boleh menahan sesiapa saja yang disyaki, tanpa membawa ke muka pengadilan. Dan mereka boleh menahan mangsa selama mana yang dikehendaki. Bukan atas keselamatan negara, sebaliknya atas prinsip tahanan yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman ISA itu.

Sebagai contoh, Dr Abdullah amat tegas apabila berhadapan dengan anggota Cawangan Khas (SB) yang turun memantau tahanan setiap enam bulan sekali. Ia mengambil kesempatan setiap pertemuan itu berhujah dengan SB berdasarkan fakta al-Quran dan hadis. Beliau antara tahanan yang banyak bertukar SB, kerana mereka tak sanggup mendengar apa yang disifatkan sebagai ceramah oleh SB.

Belum insaf

Lalu beliau dianggap tahanan yang masih belum insaf. Begitu juga dengan Mat Shah yang tidak berminat bertemu dengan SB kerana dianggapnya tidak memberi faedah. Dia didera atas sikap itu. Juga dikatakan sebagai satu tindakbalas pihak berkenaan terhadap isterinya, Norlaila Othman yang menjadi aktivis dalam Gerakan Mansuh ISA (GMI).

Ramai beranggapan tahanan ISA akan mendapat sedikit keselesaan pada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Bukan sahaja sebagai Menteri Dalam Negeri, dia juga sebagai Perdana Menteri.

Sifat lemah-lembutnya dan juga ilmu agama yang dimilikinya diharapkan keadaan tahanan, khususnya kebajikan keluarga mereka diambil perhatian. Rupa-rupanya keadaan sebalik berlaku, malah lebih teruk daripada era sebelumnya, ketika Dr Mahathir Mohamad berkuasa. Abdullah sudah tentu tahu, dalam Islam antara golongan yang perlu mendapat perlindungan pemerintah adalah wanita dan kanak-kanak di samping lelaki tua.

Dalam satu kes, Abdullah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB.

Menangis keseorangan

Isteri muda ini ditangkap di dalam rumahnya di Ampang ketika bersama anak perempuannya yang baru berusia lebih kurang empat tahun. Ketika si ibu dibawa pergi di tengah-tengah malam, anak itu menangis keseorangan tanpa dikasihani oleh anggota polis bertugas.

Anda bayangkan, bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa.

Hampir 60 hari dia ditahan untuk soal siasat oleh Bukit Aman. Setelah dibebaskan, dikenakan pula tahanan daerah selama enam tahun. Suatu sekatan semata-mata untuk menyusahkan pergerakannya mencari nafkah, juga melawat suaminya di Kemta.

Satu peristiwa berdarah dalam Kemta yang masyarakat luar tidak tahu secara meluas berlaku pada 8 Disember 2004. Ia berlaku di blok T2B yang penghuninya seramai 12 orang terdiri dari orang tahanan (OT) anggota JI dari Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Beberapa hari sebelum operasi, anggota UKP dari Kajang, Pulau Pinang dan Taiping telah ditempatkan di Kemta. Dalam kesempatan pertemuan dengan Pangarah Kemta ketika itu, sempat saya mengingatkan beliau jangan bertindak sebarangan terhadap OT tersebut. Bak kata orang, bagai anjing menyalak bukit. Manalah pandangan dan nasihat orang seperti kami nak didengari.

Berkebun sayur

Pagi 8 Disember 2004 itu, kegiatan harian kami seperti biasa. Joging, main badminton dan berkebun sayur. Tanpa disedari lebih kurang jam 9.00 pagi, semua wardar yang bertugas di semua blok (enam blok) diarah meninggalkan semua blok dengan mengurung tahanan tanpa diawasi.

Suatu arahan luar biasa yang dikatakan bercanggah dengan etika penjara. Yakni wardar tidak boleh meninggalkan orang tahanan atau banduan tanpa pengawasan. Inilah ISA, segala-galanya boleh berlaku.

Ringkas cerita di ruangan yang terhad ini, pihak berkenaan telah melakukan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak aman antara UKP dan OT di blok T2B. Lebih 100 UKP yang lengkap dengan topeng serta pakaian keselamatan, merempuh masuk menyerang OT.

Dalam insiden itu semua OT dipukul semahunya, hingga ada yang pengsan, patah jari, cedera di kepala, betis dan anggota badan lain. Saya dan rakan-rakan dari blok T3 yang jaraknya kurang dari 100 meter dapat saksikan dari celah-celah lubang zink dinding blok, bagaimana OT yang cedera diusung seperti binatang ke tempat rawatan.

Hampir semuanya dibasahi darah baju warna putih mereka. Sepanjang hari itu mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, begitu juga makan dan minum. Mereka dilayan betul-betul macam binatang.

Pada malam baru seorang demi seorang dibawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut, doktor yang merawat OT, amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.

Degil

Tak cukup di situ, esoknya operasi berjalan pula di blok-blok lain. Kali ini mereka mencari OT yang dikategori sebagai degil atau selalu menyusahkan pihak kem. UKP yang bersikap ganas masuk ke blok T4A dan T4B mengasari sasaran mereka dengan diseret keluar ke tempat asingan (blok T 1) yang jaraknya hampir 200 meter.

Sepanjang perjalanan itu, mereka dipukul, sepak terajang, maki hamun hingga ada yang mencabar 'Allah turun bantu OT'.

Terdapat juga wardar Kemta yang dendam sangat dengan OT telah ambil kesempatan memaki dan meludah OT yang dibawa melintasi mereka. Paling menyedihkan, terdapat OT yang dikategori sebagai ustaz, dibogel dan dihumban secara kasar ke dalam lokap blok.

Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi itulah yang telah berlaku. Selepas tragedi berdarah itu, kami dan keluarga mulai mendapat layanan buruk daripada pihak Kemta dengan alasan mereka mendapat arahan daripada KDN.

Begitulah sekelumit daripada segunung kezaliman ISA. Kami yang menderitai kezaliman ini diminta mengakui bahawa pemerintah yang ada ini baik, adil, bertanggungjawab dan tahanan kami ini adalah wajar. Jika tidak, kami dianggap tidak insaf, sebagai balasannya kami merengkok dalam kem tahanan tahun demi tahun.

Keadaan ini mengingatkan saya apa yang sering disebut oleh Allahyarham Presiden PAS, Ustaz Fadzil Nor dalam mengulas isu ISA ini. Menurut beliau, "apakah adil pada kamu apabila menangkap orang, diikat kaki tangan, dipukul, disepak, diterajang, dikilas tangan dipijak sampai patah kaki, sumbat mulut lalu ditanya orang itu, sakit atau tidak. Sudah tentulah pelaku-pelaku ini terdiri dari orang-orang yang tidak waras."

Beberapa hari sebelum bebas, saya didatangi oleh salah seorang pegawai kanan Bukit Aman. Dia berpesan pada saya agar memaklumkan kepada pihak tertentu atau NGO yang berusaha menghapuskan ISA, bahawa ISA ini tidak akan dihapuskan walaupun terdapat 1,000 NGO membantah.

Harungi kezaliman

Sehingga ini tak ada mana-mana pihak yang saya maklumkan kecuali pada Saari Sugaib yang menziarahi saya setelah dibebaskan. Sepanjang pengalaman 1893 hari mengharungi kezaliman ISA itu, saya yakin apa yang dkatakan pegawai berkenan benar.

Ini kerana, yang menguasai isu ISA ini, sama ada daripada KDN atau Bukit Aman, terdiri daripada mereka yang hatinya keras tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka.

GMI, NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menghalang keegoan pemerintah. Hanya kebangkitan rakyat sahaja yang dapat menyelesaikan isu ini. Rakyat yang tidak mempunyai maklumat atau memandang remeh isu ini, tak akan bersuara, apatah lagi ke jalanan membuat bantahan.

Terutama pada saat ini, masih menjadi bualan Perdana Menteri baru membebaskan 13 tahanan sebaik saja menganti Abdullah. Rakyat tentu tak tahu bahawa ini satu sandiwara. Mereka diperjudikan semata-mata untuk kepentingan PM baru, Najib Razak.

Tentu kita masih ingat, tiga minggu selepas Abdullah ambil alih kuasa 15 orang tahanan anggota Al-Maunah telah dibebaskan sehari menjelang Aidilfitri pada November 2003. Desas-desus pembebasan mereka ini telah kami dengar tiga bulan sebelum itu. Namun mereka dikambinghitamkan untuk kepentingan politik Abdullah.

Dua minggu selepas itu, saya didatangi SB dari Bukit Aman. Antara perbualan kami menyentuh isu pembebasan anggota Maunah itu.

Sambut raya

Disebutkan pada saya antaranya: "Cuba hang fikir, apabila mereka balik menjelang raya, bukan saja tangan mereka, tapi tangan isteri, anak-anak dan ahli keluarga masing-masing akan angkat doa berterima kasih pada Abdullah kerana dapat menyambut raya bersama keluarga di rumah. Tentu mereka kata Abdullah baik."

Sandiwara ini berulang lagi pada giliran Najib. Tetapi cacat lakonannya kerana tidak semua anggota Hindraf dan JI dibebaskan. Namun Makkal Sakthi yang ditunjukkan oleh masyarakat India berjaya memberi tekanan hingga semua anggota Hindraf dibebaskan. Tinggal lagi anggota JI dan DI.

Semasa muktamar PAS yang lalu, saya bertemu dengan Norlaila, isteri Mat Shah. Menurutnya ketika itu, seminggu lagi beliau akan ke Geneva atas urusan merayu pihak antarabangsa membebaskan suaminya. Dia yakin suaminya akan dibebaskan penghujung Jun yang lalu.

Itulah antara kezaliman ISA, isteri dan anak-anak diberi janji-janji manis. Akhirnya penantian itu berakhir dengan kehampaan.

Tidak lengkap isu ini tanpa menyentuh keadaan anak isteri sepanjang kami ditahan. Sebaik saja ditahan, rumahtangga menjadi kelam kabut, khususnya isteri menjadi tidak tentu arah. Mana nak melayan kerisauannya, terpaksa pula memujuk hati anak-anak kecil yang merindui ayah mereka, juga kejutan anak-anak remaja yang terpaksa menghadapi masyarakat yang pelbagai ragam.

Cuba bayangkan, bagaimana anak-anak remaja ini, khususnya kami daripada KMM yang dituduh membunuh dan merompak. Media membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar kami selaku penjenayah sepanjang Ogos hingga hujung tahun 2001. Waktu ini ada anak-anak kami menghadapi peperiksaan UPSR ,PMR, SPM, STPM dan di pusat pengajian tinggi.

Mohon cerai

Terdapat dalam beberapa kes di mana isteri terpaksa memohon cerai atas tekanan pihak tertentu. Anak remaja yang meninggal kampung kerana tak selesa tinggal lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka. Tak kurang pula anak-anak ini yang terpaksa tangguh pengajian kerana masalah ekonomi dan tekanan perasaan.

Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes di mana pihak tertentu diarah menghalang individu memberi sumbangan wang pada keluarga tahanan.

Pada awal tangkapan ramai yang simpati hulur sumbangan sama ada ketika datang ziarah atau memasukkan wang dalam akaun bank. Dengan halangan itu, akhirnya tak ada lagi sumbangan individu, kecuali NGO atau saluran politik pembangkang.

Ada juga yang simpati, lalu bantu membawa keluarga tahanan ke Kemta seminggu sekali. Dengan halangan daripada pihak tertentu, akhirnya terpaksa menaiki bas ke Kemta. Lebih menderita jika isteri tinggal jauh. Ada dari Sabah.

Teringat saya pada seorang rakan tahanan yang terkenal dengan kesabarannya. Selalunya, apabila pulang daripada bertemu isteri, wajahnya ceria dengan pelbagai cerita baru yang dibawanya.

Air mata mengalir

Suatu hari dia pulang dengan agak kesedihan. Selepas makan dan solat jemaah Zuhur saya ke biliknya. Dalam berbual air matanya mengalir. Katanya, dia terkenangkan betapa setia isterinya bersusah payah datang menemuinya sewaktu dia baru 10 hari melahirkan anak lelaki. Kerana tahu suami berhajatkan anak lelaki, dia tak sabar-sabar datang membawa anak itu untuk ditunjukkan pada dia.

Tidak ada lagi orang yang mahu menghantarnya, lalu isterinya naik bas dari Banting seawal pagi menuju ke KL. Kemudian ambil bas dari Puduraya ke Kamunting. Makan masa hampir enam jam. Di pintu utama masuk kem, dia terpaksa pula jalan kaki hampir satu kilometer ke tempat pendaftaran pelawat.

Usaha mengumpulkan ratusan ribu rakyat mengadakan protes memansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 ini wajar dipandang serius oleh semua pihak. Masih banyak lagi babak-babak kezaliman di sebalik tabir ISA.

Memang benar jumlah tahanan sekarang kurang 10 orang, tetapi amaran daripada Menteri Dalam Negeri baru-baru ini kepada pihak tertentu, membayangkan Kemta bakal dipenuhi penghuni lagi.

Seperti dikatakan, tidak ada kuasa yang boleh menyelesaikan isu ini melainkan kuasa rakyat. Kita lakukan ini bukan untuk kita, tetapi buat generasi akan datang. Bukan sahaja ISA bercanggah dengan ajaran agama, penahanan tanpa bicara ini bercanggah juga dengan fikrah dan hak asasi manusia.

Bekas tahanan seperti saya dan rakan-rakan lain masih lagi dibimbangi dengan pantauan seolah ugutan.

Kehidupan harian kami tidak selesa seperti dulu, terutama perbualan telefon kami dirakam. Ada yang dipaksa memaklumkan pada Bukit Aman jika menerima panggilan dari luar negara. Tak kurang pula yang ditahan pasport oleh KDN juga sukar membuka akaun bank.

Ramai antara kami yang keluar terpaksa terkapai-kapai mencari nafkah hidup. Pekerjaan dulunya telah hilang. Yang terlibat dalam perniagaan, terbantut bisnes. Saya umpamanya, terpaksa menanggung hutang hampir RM200,000 akibat projek ternakan ayam yang tersadai sebaik ditahan lebih lima tahun.

Bukan senang bagi saya untuk mengumpul wang dengan jumlah sebegitu banyak dalam usia separuh abad ini.

Apa yang dialami oleh mangsa ISA, terutama mereka yang lebih daripada tiga tahun dalam tahanan, gelora hidup keluarga mereka seharusnya mengamit simpati daripada kita.

Bebas suami tercinta

Bayangkan Norlaila sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan suami tercinta, juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, mengapa kita tidak sanggup beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengingatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu roma, setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak.

Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa perhimpunan itu tentunya akan dipetanggungjawab juga hadapan Allah kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlaila serta keluarga Dr Abdullah, lebih jauh daripada itu adalah kita bersama-sama dengan golongan yang menentang kezaliman.

Dalam satu himpunan, satu langkah, satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia: HAPUSKAN ISA! _


Jumaat, 24 Julai 2009

Istana Negara:Cubaan kali ke 3

JOM SERTAI
HIMPUNAN MANSUHKAN ISA

[Banner+Mansuh+terkini.bmp]

1 ogos ni cubaan aku kali ke tiga untuk hadir ke istana negara.Kali pertama himpunan Bersih dan ke dua PPSMI aku gagal untuk sampai ke perkarangan istana.Apa sebab tak sampai? Itu abg topi merah sudah kasi gas lah! Berterabur kena ligan...Harapan kali ketiga ni Himpunan Mansuh Isa mudah-mudahan sampai la kut...dan mintak2 jangan la pulak kena tangkap...amin ya Allah.