Khamis, 30 April 2009
Arsenal?
Rabu, 29 April 2009
kalu gitu tak payah pakat lah
Awat jadi lagu tuu cheq oii..awat perwakilan Pas Permatang Pauh tak buat usul supaya Pas bertanding di seluruh negara? Walaupun itu kehendak akaq umbi walaupun ada masalah2 tertentu berkenaan calon atau PKR itu sendiri namun semangat setia kawan jangan dilunturkan! Nak perkasakan parti ke tarbiyyah ke itu hak parti masing2, jalankan lah tetapi dlm suasana menghadapi PRK ditempat sendiri ini wajarkah kita memberi peluru kpd musuh lebih2 lagi memberi satu gambran yg sgt negatif kpd pengundi2 khusus yg atas pagar.Biar sekuat mana jentera PKR di situ tetapi Pas juga perlu memberi komitmen utk mengerakkan jentera nya juga ..ni ada ka bg alasan PKR dah kuat...aduii la..Saya sangat berharap pimpinan pas pusat bertindak segera menyatakan pendirian berkenaan PRK DUN Penanti..jangan dibiarkan masalah ini berlarutan..apalah guna dilengahkan lagi hanya untuk membuat kenyataan di harakahdaily atau dimana2..jika masih berminat nak bermuafakat, jika tidak tak payah pakat2 lah!
Babi Betui.....
Ekoran merebaknya selsema babi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya pelaksanaan sistem ladang ternakan babi moden disegerakan supaya risiko dan kegusaran masyarakat umum dapat dihapuskan.
"Ini kerana masih terdapat banyak ladang babi yang masih tidak terurus dan kumbahannya terus dibuang ke dalam saluran pengaliran yang tidak sewajarnya, seperti yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka," kata Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin. Malaysiakini .
al-brangi : Lihat sini kemunafikan puak-puak ni. Dulu bukan main hentam Selangor yang nak meneruskan projek hasil peninggalan Khir demi menjaga kebersihan dan mengelakkan daripada pencemaran. Sekarang bila timbul pasal selesema babi, PPIM ke Pewaris ke, semua dah takut dengan babi. Memang dasar b - - - betul.
sumber: al-brangi.blogspot.com
Selasa, 28 April 2009
Bila Babi Selsema, Satu Dunia Ribut
Bila burung selsema, satu dunia ribut.
Bila babi selsema, satu dunia kalut. Kosmos .
Bila manusia selsema, satu rumah gamat.
Itu menunjukkan manusia ni lemah.
Tetapi walaupun lemah masih nak tolak Islam. Masih tak nak kembali kepada hukum Islam. Masih nak persoal arahan Islam. Masih nak melalak, masih nak melalok, masih nak berkonsert, masih nak berasuah, masih nak berdegil, masih nak berkeras kepala.
Lepas ini ntah apa jenis selsema yang Allah nak uji makhluknya.
Bila nak di struktur semula pembiakannya agar manusia terhindar dari segala pencemaran dan penyakit, satu Malaysia persendakan Kerajaan Selangor (itu pun meneruskan projek zaman Khir dulu)
sumber: al-brangi.blogspot.com
Isnin, 27 April 2009
jadiii..jadi pelik
Penantian di Penanti akhirnya terjawap hari ni setelah SPR mengumumkan pilhanrya kecil di DUN Penanti akan diadakan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pada 23 Mei ini.Naseb bukan 13 Mei(ni modal umno nak ceramah..haha)
Tapi kali ni SPR menambah kan lagi darjah kepelikan(mcm org buang tebiat) mereka dgn melarang mendirikan pondok panas atau barung dan juga dilarang ada perayu undi ketika hari mengundi...nak melaksanakan budaya tenang dan aman dlm p/raya kata SPR...hehe ye ke? Selama hangpa(SPR salah satu kompenan parti gelap BN, mcm kekasih gelap tu ler) duk menang dulu2 suka hati laki tiri mak hang jer benarkan bende2 tu semua... ada lagi kah selepas ini perkara2 yg pelik akan diumumkan?? apakah kepelikan undang2 SPR ini bakal menjamin kemenangan UMNO BN?? InsyaAllah rakyat Penanti sedang menanti untuk mnjaringkan gol ke 5 PR yg bakal mnjadi kan kedudukan PR 5 - UMNOBN 1(btg ai)..
Alex Ferguson
'Kami tak harus terlalu yakin ketika ini'
MANCHESTER: Alex Ferguson enggan mengakui perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah berakhir selepas skuadnya berkelebihan tiga mata di tangga teratas hasil kejayaan menakjubkan 5-2 ke atas Tottenham Hotspur di Old Trafford, kelmarin.
Pengurus United itu melihat pasukannya menyumbat lima gol dalam tempoh 22 minit babak kedua untuk bangkit selepas ketinggalan 0-2, tetapi mereka beruntung hasil anugerah penalti kontroversi oleh pengadil, Howard Webb.
Jumaat, 24 April 2009
menuju puncak
All the pics as Man Utd returned to the summit and there was a real classic at Anfield. [+]
Khamis, 23 April 2009
hak 30% keistimewaan melayu dimansuhkan..dimana pembela ketuanan melayu...?? mana kalian..??
Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. Klik disini.
Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman dinegeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?
Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:
1) Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
2) Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
3) Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
4) Dimanakah Perwaris?
Apa lagi yang Najib tak lakukan?
Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.
Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.
Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.
Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.
Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!
mana depa ni...nyorok kat bawah tikor ke...balik tiang seri ke...dalam gobok baju ke...jap nak skodeng kemana mereka pergi membawa diri...
~ kalu umno buat kerja2 menghapuskan hak org melayu takpa!!
~puak2 pengampu penipu hangpa duk tang mana la ni?? ka kena culik ngan hantu kopek!!
kah kah kah
Rabu, 22 April 2009
Tiada 'team A' @ 'team B'
Menteri Besar Kelantan itu berkata, apa yang penting sekarang ialah mengukuhkan parti dan mencari pemimpin yang benar-benar layak untuk menerajui parti.
“Dalam Pas tidak ada ‘team A’ dan ‘team B’ atau ‘team tok guru’ dan ‘team presiden’. Sebaliknya kedua-duanya adalah sama. ‘Team tok guru’ adalah ‘team presiden’ dan ‘team presiden’ adalah ‘team tok guru’,” katanya kepada Sinar Harian selepas melancarkan Tabung Penambah baikan Masjid Al-Mukhlisin di sini, semalam.
Beliau berkata, apa yang penting sekarang ahli perlu memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk menerajui parti dan memimpin masyarakat.
“Saya nak bagi amanat beginilah, saya nak ulang balik amanat sebelum pergi umrah, pemimpin yang kita akan pilih untuk memimpin masyarakat dan kawasan mestilah orang yang selalu berjemaah, selalu datang berusrah dan tidak menghisap rokok.
“Saya tidak mahu peristiwa tahun 1970-an berulang lagi. Masyarakat menolak Pas sebab dianggap parti ini sama dengan UMNO. Sebab itulah kita nak pilih pemimpin yang betul-betul layak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang kononnya wujud pergolakan sehingga timbul team Tok Guru dan Team Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam parti itu ekoran perebutan kuasa menjelang Muktamar Pas Jun ini.
“Kita tidak mahu peristiwa yang sama berulang. Jangan berlaku kali kedua,” katanya.
sumber: drsitimariah.blogspot.com
Mahkamah arah MB Pahang bayar RM63 juta
KUANTAN, 20 April: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub agar membayar syarikat pembalakan, Gemilang Makmur, RM63 juta selepas melanggar kontrak dengannya.Mahkamah mengarahkan kerajaan negeri menjelaskan bayaran itu dengan kos dalam masa 14 hari mulai hari ini.
Isnin, 20 April 2009
Astagfirullah!! Melampau sungguh Bibik ini!! - Malaysiakini
Salam sejahtera..Kepada ibubapa,bakal suami dan isteri!!
Posting kali ini saya tidak menyeru kepada permusuhan atau berseteru. Tetapi sebagai manusia yang Allah s.w.t kurniakan akal yang sihat,perlukah anak anak ini di perlakukan sebegini rupa?? Anda fikirlah sedalam-dalamnya jika anda nanti mempunyai anak dan hendak mengambil bibik @ pembantu rumah @ maid. Seelok-elok jagaan,elok lagi tangan ibu sejati yang membela anak. Tangan ibu yang mengoncang buaian kelak nanti mengoncang dunia. Tangan bibik @ maid @ pembantu rumah yang menjaga rumah tangga mungkin nanti menggegar mahkamah kerana di dera!! Fikirlah ...Dan Lihat video ini.
~bukan tidak ada bibik yg baik tapi apa yg berlaku itu sudah melampaui sifat kemanusiaan...kejam sungguh!!!
BN kaji tak tanding
PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) mungkin tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang kerana jelas sekali ia adalah mainan politik pembangkang.
Bagaimanapun kata Perdana Menteri, Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat akhir bulan ini bagi memutuskan semua kemungkinan itu.
"Kita kena tengok sama ada dalam hal ini ia menguntungkan rakyat atau tidak kerana saya tidak ketepikan segala kemungkinan... kita tengok dulu setakat ini belum ada keputusan biarlah perkara ini dibawa ke MT Umno dan BN," katanya.~ oitt dato Seri manade pembangkang main2..depa sungguh2 nak bagi bungkuih UMNO BN, tolong la dato seri jgn la tak msuk bertanding noo..
~oitt dato seri kalu ade PRK rakyat untung tau..byk projek mee segera dibuat, duit pancing undi pun melimpah ruah...tolong la dato seri!
kah kah kah kah
Sabtu, 18 April 2009
Membaca amalan mulia
daripada sumber berita...Berpandukan kepada statistik kadar celik membaca...
85% daripada rakyat Malaysia yang kerap membaca...
77% suka membaca surat khabar...
3% suka membaca majalah...
3% suka membaca buku...
1.6% suka membaca komik...
Kadar buta huruf negara(6.8%) disifat agak tinggi berbanding negara-negara maju dimana kadar hanya setakat 1% daripada jumlah rakyat mereka...
Berita yang wajar diambil perhatian, sebab dalam keadaan kemodenan negera kita yang macam pesat membangun nih, kadar buta huruf masih lagi tinggi... Mungkin ada yang tak kene dimana-mana institusi yang berkaitan kut... hehehehe...
Tetapi relatifnya daripada berita ini, kalau rakyat Malaysia ada 25 juta orang, kira-kira 16.4 juta rakyat Malaysia lebih kerap membaca surat khabar berbanding bahan bacaan yang lain...
Fuh banyaknya kepala nak kene kencing kalau akhbar di Malaysia memutar-belitkan fakta... tu baru yang baca akhbar, belum lagi yang tengok TV sahaja... (kes malas membaca)... lagi la ramai...
Oleh yang demikian, mari la sama-sama kita ajak mereka yang duk seronok baca surat kabo tu baca pulak blog... kurang la sikit kene kencing tu... kurang sikit basah pala kome tu...
hehehehehehehe...
p/s pagi tadi nyaris terjerumus beli surat khabor utusan... sebab internet umah tengah problem...hik hik hik
oleh dugong_darat @
anje-online.blogspot
Najib mula bosan dengan pilihanraya kecil ?
~sekali pandang mcm dah nak angkat bendera putih..tetapi
~dari satu sudut yg lain..najib sedaya upaya cuba menanamkn kebencian rakyat terhadap PR dan PKR khusus krn mngakibatkn wang dan masa byk dihabiskn utk PRK..knytaan beliau itu khusus utk pngundi atas pagar DUN Penanti..dan ianya akan menjadi tajuk2 utama ceramah BN semasa kempen...persoalan nya adakah rakyat terbanyak percaya dan termakan dengan teori sebegitu lagi?
~oooh tidakkk!
Jumaat, 17 April 2009
laporan cuaca pagi ni
begitu juga lah 3 4 hari lepas pagi jer redup pastu hujan(alhamdulillah)...xdapek den nak noreh..ahaa~
pagi ni cerah..mentari memercikkan cahayanya(alhamdulillah)..nak poi noreh pokok gotah lombab laie, nak menobeh nobeh kobun rasa malas la pulak..
adoi laa~
Glory ManU
Man Utd to face Arsenal
horeyyyy!!!
Rabu, 15 April 2009
AKSI Ronaldo ketika menentang FC Porto di Old Trafford minggu lalu. Awal pagi esok kedua-dua pasukan bertemu lagi dalam perlawanan suku akhir kedua dengan agregat terikat 2-2.
United bakal menang kerana kami lebih baik: Ronaldo
PORTO: Cristiano Ronaldo meramalkan Manchester United akan kekal dalam buruan mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara dengan mencatat kemenangan bersejarah ke atas Porto pada suku akhir kedua hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia).
Selepas hanya seri 2-2 dalam pertemuan pertama di Old Trafford, minggu lalu, skuad bimbingan Alex Ferguson perlu menang atau seri dengan jaringan tinggi di Portugal, andai mahu melangkah ke separuh akhir.
Biarpun United boleh mara dengan keputusan seri 3-3, hasil kiraan gol tempat lawan, hakikatnya kelab Liga Perdana Inggeris itu perlukan kemenangan di Stadium Dragao.
p/s ~hang pagi ni sir alex jgn bg malu aku..habaq kat anak buah hang main btoi2...lg satu jgn duk peturun barbetov ngan anderson mlm ni...kalu kalah hang siap!!!
sami mendapat hidayah...
Seandainya macam ni pulak ? Tok Mufti kata apa pulak..bukan sekadar baca ayat2 Allah, itu dah lebih kepada sujud kepada Allah..Alhamdulillah, dengar kisahnya sami tu sudah memelok islam. Dan ini tidak berlaku di masjid Putrajaya atau di surau JAKIM, tidak..tetapi berlaku di masjid sekolah2 pondok yang kerajaan BN cukup murka satu masa dulu.
sumber: politikbanjar.blogspot
Isnin, 13 April 2009
Isu derhaka Nizar : Sultan Perak menafikan dakwaan Umno/BN
Tetapi puak-puak Umno/BN tentunya terkejut beruk kerana Nizar , seorang yang dituduh menderhaka kepada rajanya tetapi boleh mendapat jemputan untuk menghadiri majlis diRaja.
"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata Nizar dengan merendah diri.
Jemputan tersebut sebenarnya amat istimewa bagi Nizar dan Pakatan Rakyat.Ini menunjukan bahawa segala tohmahan dan tuduhan Umno/BN bahawa Nizar seorang yang derhaka adalah tidak benar.Jemputan Tuanku Sultan jelas menafikan segala tohmahan ‘derhaka’ Umno/BN selama ini.
(sumber: alhusseyn51.blogspot.com)
Manchester United kekal di puncak liga
|
|
LONDON - Dua jaringan Fernando Torres membantu Liverpool membelasah Blackburn 4-0, namun gagal memintas kedudukan Manchester United selaku pendahulu Liga Perdana England, semalam.
United mengekalkan kedudukan teratas liga selepas menumpaskan Sunderland 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung lewat malam.
~bubbye leberpool..hehe glory glory
futsol time
Ahad, 12 April 2009
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Al lah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya./mimit suriyarti
(dicilok dr idhamlim.blogspot)
objek hijau, putih
DCA teliti rakaman objek 'UFO' di Larkin
Oleh Faiza Zainudin, Mohd Anwar Patho Rohman dan Nurhasyima Hasim
bhnews@bharian.com.my
EMPAT gambar yang dirakam Zamri Zain di ruang udara Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini menunjukkan objek bercahaya (dalam bulatan) yang didakwa UFO baru-baru ini. |
KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan meneliti rakaman video pergerakan beberapa objek bercahaya hijau dan putih di ruang udara Larkin, Johor Bahru, yang didakwa penduduk sebagai pesawat makhluk asing atau Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO).
Jurucakapnya berkata, DCA sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kesahihan dakwaan itu.
"Setakat ini, DCA tidak menerima sebarang laporan rasmi mengenai kewujudan UFO di ruang udara Larkin, Johor Bahru.
"Radar yang ditempatkan di Johor dengan keupayaan mengesan objek dalam lingkungan 80 kilometer persegi juga tidak mengesan sebarang pesawat atau objek terbang melintasi ruang udara itu pada hari UFO berkenaan dilaporkan dilihat," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau juga menafikan kemungkinan objek itu adalah pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) negara jiran yang menceroboh ruang udara negara ini.
"Saya tidak fikir ia UAV kerana radar kita mampu mengesan objek di udara yang saiznya enam meter panjang atau lebar. Kita boleh tahu jika ada pesawat negara jiran yang menceroboh ruang udara kita," katanya.
OBJEK yang didakwa UFO (dalam bulatan) dirakam seorang pelancong Australia ketika mengambil gambar permandangan Gunung Jerai di Kedah, pada 2006. |
Kelmarin, seorang pengurus perhubungan awam sebuah institusi pengajian tinggi, Zaid Zain, 43, serta adiknya, Zamri, 30, mendakwa melihat beberapa objek bercahaya hijau dan putih itu berlegar-legar di ruang udara Larkin sejak dua bulan lalu hingga menggemparkan penduduk di situ.
Zaid berkata, pada awalnya objek itu disangka cahaya bintang, tetapi selang beberapa hari kemudian ia kembali dengan dua tompokan cahaya yang saling bergerak ke kanan dan ke kiri dalam keadaan mendatar.
Sementara itu, Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Mustafa Din Subari, berkata pihaknya sedia meninjau lokasi objek bercahaya itu dilihat tetapi setakat ini tiada kajian khusus dibuat mengenai kewujudan UFO di negara ini.
"Kita juga tidak mempunyai unit khas untuk mengkajinya. Kita cuma membuat tinjauan apabila ada laporan diterima.
Beliau berkata, laporan mengenai kewujudan UFO juga pernah dilaporkan di beberapa tempat di negara ini, tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana kekurangan bukti atau saksi.
"UFO yang dilihat itu juga mungkin cahaya lampu limpah berkuasa tinggi yang dipancarkan ke langit dari kawasan hiburan atau tanglung yang dilepas ke udara," katanya.
Jumaat, 10 April 2009
Khairy Pembantu Perdana Menteri
Khairy sedia bantu PM
Menurut laporan akhbar hari ini, KJ dilapor kan berkata dia diamanahkan oleh PM supaya menumpukan perhatian kpd pengukuhan parti terutama dalam usaha menarik sokongan golongan muda yang kian merosot...(errr bkn ke hang yg jadi punca org mude baik dlm umno mau pun kat luar xsuke kat umno/bn)
Maka jawatan KJ sekarang selain MP Rembau dan KPU adalah Pembantu Perdana Menteri yang mungkin setaraf dengan Timbalan Perdana Menteri...
kahkahkah..
slogan kabinet baru
sebelum ni...
'cemerlang, gemilang, terbilang' (lepas beberapa bln memerintah rakyat tambah ujungnya 'temberang') hehehe
Khamis, 9 April 2009
kabinet baru, ape kes br0??
catatan tambah
Hari ini juga kes pembunuhan wanita monggolia altantuya @ aminah abdullah telah diputuskan.Sirul dan Azilah dihukum gantung tapi seluruh pencinta keadilan musykil motif ape dua org ni bunuh altantuya...ape kes br0??
Surat Tok Guru
Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak
Posted by Skuad Dun Batu Caves13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS
Selasa, 7 April 2009
keputusan
batang ai - mungkin ramai yg menjangkakan keputusan nye begitu tp calon PR bkn semudah mudah nye menyerah kalah..
bkt selambau - kwsan ni adalah yg paling akhir sekali diumumkan keputusan rasmi oleh spr,,,mungkin juge ramai yg menjangkakan kputusan ini tp keresahan penyokong PR nampak jelas kerana serangan media arus perdana BN begitu hebat..dan BN begitu yakin dpt menawan DUN ini krn dlm PRU 12 bekas ADUN bkt selambau adalah calon bebas...tetapi rakyat bukit selambau bkn boleh diperbodoh bodohkan lagi oleh BN...tahniah kpd semua pengundi yg mngundi PR
bkt gantang - inilah kwsn prk yg paling panas bg semua pihak...setelah kerajaan yg dipilih rakyat dirampas dgn cara yg paling tidak bermaruah dan umno pula memainkan sentimen melayu sambil berlindung di balik istana...tidak kurang juge peranan NGO melayu yg memainkan peranan berdemo tunjuk hero (kunun nya) media usah cerita lah..kalu diikutkan serangan media BN ni rasa2 buleh ilang deposit calon PAS...tp rakyat bkt gantang sgt matang dan pandai menilai dan berjaya dengan cemerlang sebagai hakim untuk menghukum kerajaan BN haram di Perak dan memberi petunjuk kpd BN Perak dan PM Najib (yg memohon restu rakyat di bkt gantang??) bahawa rakyat tak restu dan menolak kepimpinan kamu!!!
Tahniah rakyat bkt gantang..
Isnin, 6 April 2009
keputusan yg diharapkan..
semalam keputusan EPL Manchester United 3 - Aston Villa 2..memang aku harap sangat geng red devil ni menang....yahuuuu!!
PRK...bkt gantang bkt selambau batang ai
harapan aku keputusan nye Pakatan Rakyat 3 - Barisan Nasional 0
Ahad, 5 April 2009
seruan di saat2 akhir
ayuh anak2 bkt gantang bkt selambau dan batang ai yg brd di perantauan...ayuh pulang mngundi pakatan rakyat pada 7 april ini.Yang xleh mngundi harap2 dapat sampaikan mesej kpd ibubapa adik bradik saudara mara jiran tetangga rakan taulan dan semua di kampung dengan seruan undilah PAS dan PKR (pakatan rakyat)...
Sabtu, 4 April 2009
Jumaat, 3 April 2009
keputusan yg mengejutkan
LA PAZ: Diego Maradona berkata setiap gol Bolivia adalah seperti tikaman ke jantungnya selepas Argentina diaibkan angkara kekalahan 1-6 pada aksi kelayakan Piala Dunia di gelanggang tanah tinggi kepada barisan bukan pilihan itu.
Maradona, yang enggan menyalahkan ketinggian La Paz pada tahap 3,600 meter daripada aras laut, memberi pujian kepada lawan dan berkata dia turut menderita seperti rakyat Argentina lainnya.
Sebelum menjadi jurulatih Argentina, Maradona menyokong kempen Bolivia menentang Fifa yang melarang perlawanan di kawasan tinggi - apabila mengambil bahagian dalam perlawanan kebajikan bersama-sama Presiden Evo Morales, tahun lalu.
Larangan itu kemudiannya dibatalkan.
"Saya menderita seperti mereka (rakyat Argentina)," kata Maradona. "Setiap gol Bolivia adalah tikaman ke jantung saya. Jika kami mimpikan ini akan berlaku sebelum perlawanan, kami pasti beranggapan ia adalah mustahil," kata Maradona yang juga tampak sukar bernafas ketika sidang media itu.
"Kami perlu memuji Bolivia yang lebih baik dalam semua bahagian. Tiada apa lagi mahu diperkatakan. Mereka menundukkan kami secara jelas dan kini kami perlu bermula sekali lagi.
"Bolivia mempamer aksi hebat dan menemui sasaran dengan setiap ancaman. Mereka bermain baik, daripada penjaga gol hinggalah pemain simpanan terakhir," katanya. - Reuters
ayoyo bro ape dah jadiii??? hehehe
Rabu, 1 April 2009
Tiga ADUN Bebas Sah Wakil Rakyat - malaysiakini
ape yg diputuskan hakim hari ini bkn lah menjadi pelemah semangat kepada pendokong kpd pejuangan rakyat...pastikan rakyat bkt gantang menjadi hakim yg adil lagi bijaksana pada 7hb April ni...khusus juga pada pengundi di DUN Changkat Jering ni mase deme utk tunjuk kan kebolehan deme menjadi 'hakim'...selamat mengundi