Isnin, 30 November 2009

Monsung Cup Ganu Kite...

Negeri Kedua Termiskin Menawarkan Hadiah Paling Lumayan Di Dunia !

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/mcupmembazir.jpgKUALA TERENGGANU – Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.

Sukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).

Peningkatan hadiah wang tunai tersebut dilaporkan kerana komitmen penaja utama dan kerajaan negeri Terengganu.

Pemenang kejohanan tersebut akan meraih RM360, 000 (USD104, 000) sementara pasukan yang terditempatkan terkcorot juga (tempat ke 12) masih boleh menerima RM50, 000 (USD14, 400).

Sementara itu, Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata matlamat tersirat penganjuran piala monsoon tercapai.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak
.


sumber : buletinonline.net




Selasa, 24 November 2009

Nota: Eidul Adha...hariraya Qurban...hariraya umat Islam

Nota 1

Jumaat ni kita akan menyambut lagi Hariraya Eidul Adha atau juga disebut Raya Haji atau Hariraya Qurban.Tiada lagu raya didendangkan tiada tawaran harga murah untuk kita bershoping diwar-warkan.Sepi dari sudut kemeriahan bagaikan mahu dipinggirkan sahaja, seolah-olah ia hanya perayaan untuk umat Islam yang mengerjakan Haji sahaja namun ia tetap satu perayaan yang disyariatkan di dalam Islam.Ianya tetap satu perayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hambaNya supaya bergembira sepertimana Hariraya Eidulfitri.Disamping itu juga kita disunatkan melakukan qurban ternakan bagi yang mampu.

~wahai umat Islam saya seru pada diri saya dan kamu jangan kita lupa pada Eidul Adha kerana ia juga perayaan umat Islam.

salam Eidul Adha buat teman-teman blogger dan umat Islam seluruh dunia...

Nota 2

Nik Aziz setuju nasihat Ariffahmi letak jawatan ~inilah antara nilai pengorbanan yang sangat berharga demi sebuah perjuangan yang kudus..



Isnin, 23 November 2009

"Suburnya demokrasi 1Malaysia kerana UMNO berhati mulia"

Polis tarik balik permit ceramah Anwar kerana bantahan Pemuda Umno


KULAI,23 Nov: Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai malam tadi terpaksa dibatalkan selepas hanya 10 minit berucap berikutan tindakan polis menarik balik permit di saat akhir.

Punca permit ditarik adalah kerana bantahan dari kira-kira 30 pemuda Umno, kata Anwar dalam satu kenyataannya.

Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah dalam majlis itu.

"Alasan yang diberikan OCPD ternyata tidak masuk akal. Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran Umno maka ianya akan dibatalkan?" kata beliau dalam kenyataannya.

Bagi beliau, adalah tidak wajar polis mengikut telunjuk Umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap.

Anwar sepatutnya memberikan ceramah bersama Datuk Chua Jui Meng malam tadi namun terpaksa menghentikan program itu di pertengahan majlis.

"Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai," katanya.



~ Takut benar UMNO ni dengan DS Anwar, sanggup mereka gunakan segala kuasa yang ada bg menghalang DS Anwar membongkar kemunafikan dan serakah nya membolot harta rakyat.Bimbang benar pengaruh mereka merosot dan rakyat makin sedar tentang kejahatan "mesra rakyat" mereka.
~Sedar oleh kita, UMNO lah yang merosak dan mencabul keharmonian demokrasi yg berlindung sebalik slogan yang memualkan '1Malaysia'.UMNO begitu busuk hati atas kejayaan Pakatan Rakyat dan tak henti membuat onar bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.
~Polis pun satu hal juga, takut sangat dengan UMNO. Ingatlah kamu berkerja untuk menjaga rakyat Malaysia jaga ketenteraman bertugas mengikut undang2 bukan berkerja untuk menjaga kepentingan pemimpin UMNO sahaja.



Rabu, 18 November 2009

Kota Seputeh hitamnya SPR...

SPR akan cabar keputusan DUN Kota Siputeh

Jika dituduh kuda tunggangan BN, SPR marah, jika dikatakan ianya salah satu kompenan BN, SPR melenting juga.Itu belum nak ungkit pasai berlaku tidak adil pada Pakatan Rakyat, soal undi pos dan juga soal celup jari lagi. Sedar atau tidak selama hari ini SPR memang melaksanakan tugas mengikut selera dan telunjuk BN.Kerja mereka bukan hendak menyuburkan demokrasi tetapi lebih banyak kearah mematikan nya.Mereka seringkali terlibat di dalam kerja-kerja jahat BN dalam menolak kehendak majoriti rakyat seperti apa yang berlaku di Perak dengan menolak mentah-mentah kuasa speaker yang sah Sivakumar.

Keputusan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengistiharkan DUN Kota Seputeh kosong diterima dengan hati yang gundah oleh SPR.Mereka bagai tidak puas hati sama seperti BN juga.Mereka bertindak seperti Datuk Abu Hasan Sarif bekas Adun Kota Seputeh untuk mengemukan rayuan bagi mencabar keputusan tersebut.Mengapa SPR pulak yang bersungguh nak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi?

Adalah tidak munasabah memberi alasan mereka telah bertindak sebelum ini atas dasar undang-undang sedangkan di dalam undang-undang tubuh negeri Kedah telah termaktub bahawa jika Adun tidak hadir dua kali berturut ke sidang DUN tanpa keizinan speaker maka dengan sendiri jawatan Adun itu terlucut.Nampak benar mereka sedang ditunggang.

Mereka tidak sepatutnya terlibat dalam mempertahankan orang yang melanggar undang-undang.Jika benar mereka mengikut lunas-lunas demokrasi dan sebagai badan bebas yang menguruskan hal-hal pilihanraya sepatutnya dari awal lagi mengakui berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh itu.Tetapi semua harapan itu tidak mungkin berlaku kerana susuk-susuk tubuh yang memimpin SPR ini hanyalah boneka kepada BN.Mana mungkin mereka akan melakukan sesuatu yang akan merugikan tuan mereka.

Bagi saya bukan hendak mempertikaikan soal menang atau kalah.Sudah menjadi adat pertandingan yang kuat akan menang.Tetapi berlawan biarlah di padang yang sama rata, pengadil nya tidak memihak kepada sesiapa, tidak berat sebelah.Biarkan lah saja bekas Adun BN itu yang membuat rayuan.Tidak perlu SPR turut serta hendak membuat rayuan sama.Rakyat melihat semakin hari SPR hilang kebebasan yang menjadi teras badan itu.Rakyat makin loya dengan telatah kamu!

Bagi saya Kota Seputeh mempelihatkan hitam dan kelamnya SPR di dalam memulihkan demokrasi.Jiwa mereka bukan jiwa rakyat tetapi jiwa tuan mereka, BN.




Sabtu, 14 November 2009

ape dah jadi.?

Polis selamatkan pengusaha salun



WANITA yang diselamatkan polis selepas menjadi mangsa ugutan seorang lelaki (gambar bawah kanan) di Waterfront 3, Ampang, semalam.

Teman lelaki guna pistol ugut tauke salun ditahan

AMPANG: Seorang pengusaha salun kecantikan melalui detik mendebarkan apabila dijadikan tebusan oleh teman lelakinya sebelum berjaya diselamatkan polis di Ampang Waterfront 3, di sini tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.54 tengah hari itu, suspek yang juga anak seorang anak ahli perniagaan terkenal di Pulau Pinang, dikatakan berang apabila mangsa yang sudah berumahtangga tidak menjawab panggilan telefonnya, selain mengesyaki wanita terbabit mempunyai kekasih lain.

sumber : beritaharian


~ ayoyo0...cerita keluarga 69 P.Ramlee pun kalah neh...donia doniaa..

Rabu, 11 November 2009

BN...awatnya tu?

Tikam Isteri : Kenapa logo BN pada payung dipadam?

Boleh dikatakan kebanyakkan Media menyiarkan kisah tentang seorang lelaki warga emas yang sanggup menikam hingga mati isterinya kerana tidak mahu menceraikan Isterinya yang baru dikahwini baru setahun itu..

Gambar yang disiarkan adalah sama.. Cuma cuba korang perhatikan perbezaan antara gambar yang ada dalam Utusan dengan Berita Harian dan Harian Metro....


Gambar yang disiarkan Utusan


Gambar dari Berita Harian


Gambar dari Harian Metro

Utusan telah memadamkan logo BN yang terdapat pada payung itu, tetapi Berita Harian dan Harian Metro tidak!

Dipadamkan.. mungkin kerana lelaki warga emas itu berkepiah putih ke?


pasai apa utusan meloya padam lambang dacing berita hairan dak? awat utusan meloya takut geng dacing dituduh bersubahat dengan tokwan tu ka? :p

Isnin, 9 November 2009

Dr Asri, politik dan dakwah...

Asri sedia sertai politik jika dihalang ceramah...

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.

Menurutnya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

"Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu hari ini.

Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu.

Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Asri turut menafikan bahawa pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah. - Bernama



Khamis, 5 November 2009

Kelate atau Nogori Sembilan?


PEMAIN Kelantan meraikan kejayaan ke final Piala Malaysia menerusi agregat 5-1 selepas menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Utama Kangar, sabtu lalu..


Sabtu ni nak sokong sape agaknye...pasai yg bergasak di final bukan team dari negeri aku.Lagi pun dah lame tak ikut perkembangan bolasepak 1Malaysia ni.Boring tul nengok permainan local neh...eheh mcm baguih ja aku nii...heheh

Berbalik pasai nak sokong sapa sabtu ni....hmmm aku rase nk sokong team negeri Tok Guru laa...kena ade semangat geng satu parti! sori la Datuk Mat Hassan...den tak dapek nak nyokong nyo hehe, aku tau hang terror men bola masa jaman muda.

Ok lah...siapa yg menang tu tak penting sgt, tp ade aspek yg lebih penting yg kena jga..bgi pemain jaga semangat kesukanan jgn gado2, bagi pnyokong jgn terlalu emosional...nak2 bg yg kalah jga adab jgn nak ngamok2 merosak reta benda bagai yer...hat menang tu jgn galak sangat...jangan nak provok geng2 hat kalah tau!

Akhirnya harap2 semua pnyokong dan pemain pulang ke tempat masing2 dgn selamat...sekian terima kasih..

"majulah sukan untuk sukan"

Rabu, 4 November 2009

derita tahanan teluk guantanamo (ISA Amerika)

Pengalaman seorang tahanan Teluk Guantanamo -Sami Al Hajj




Sami Al Hajj pernah diberi makan dalam tuib.-Foto BERNAMA

"MEREKA langsung tidak mahu dengar apa-apa kebenaran," kata Sami Al Hajj, 40, dari Sudan.

Dia merupakan satu-satunya wartawan yang pernah ditahan di penjara tersohor dahsyatnya di Teluk Guantanamo selama tujuh tahun, dan beliau tidak pernah didakwa untuk sebarang kesalahan.

Menceritakan pengalamannya itu, katanya beliau ditahan oleh tentera Amerika Syarikat di Pakistan pada 2001 semasa hendak menyeberangi sempadan untuk ke Afghanistan, sebelum dibawa ke penjara Teluk Guantanamo untuk dikurung sebagai 'anggota pasukan musuh'.

Beliau yang kini mengetuai bahagian kebebasan awam dan hak asasi rangkaian televisyen Al-Jazeera menceritakan pengalaman pahitnya itu untuk dikongsi bersama dengan peserta "Persidangan Kejenayahan Perang dan Tribunal Jenayah Perang 2009" di sini.

Katanya semasa dikurung di Guantanamo, selain dibogelkan beliau diberi makan hanya menerusi tiub.

"Saya ditahan tanpa belas kasihan, tentera Amerika mengesyaki saya sebagai seorang wartawan yang hendak menemuramah Osama bin Laden, mereka langsung tidak peduli untuk mendengar apaapa kebenaran," katanya dan menambah tahanan dari serata dunia, termasuk dari Bosnia dan Indonesia turut dibawa ke Guantanamo. Katanya mereka tidak dibenarkan menghubungi sanak saudara kaum keluarga, di samping tidak diberitahu mengapa mereka ditahan.

"Kami juga langsung tidak tahu bila waktu untuk berpuasa, bersembahyang, atau waktu sambutan apa-apa perayaan termasuk Hari Raya," katanya.

Beliau berkata tentera Amerika juga tidak menghormati agama-agama lain, dan mereka memijak Al-Quran dan mencampak kitab suci itu ke dalam mangkuk tandas.

"Sekiranya ada tahanan yang sakit atau tercedera, mereka tidak menghantarnya ke mendapatkan sebarang rawatan, sebaliknya tahanan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga kecederaan bertambah parah, ada antara tahanan yang terpaksa dipotong kakinya," katanya.

Sami berkata media perlu memainkan peranan mereka dan menyampaikan kisah-kisah benar, terutama mengenai Guantanamo dan perang, untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai keadaan sebenar. Sami berkhidmat di AlJazeera sejak tahun 2000 sebagai jurukamera sebelum dinaikkan pangkat sebagai wartawan.

"Menerusi persidangan ini saya berharap Malaysia boleh menetapkan satu platform bagi menangani perkara ini dan mencari jalan penyelesaian membanteras perang, mendidik orang ramai serta media, dan saya benar-benar berharap mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad dapat membantu dalam menyuarakan gesaan di peringkat antarabangsa, supaya menghentikan perang," katanya.

Persidangan empat hari itu dilancarkan oleh Dr Mahathir semalam, yang juga bertindak sebagai pengerusi pertubuhan Keamanan Global Perdana Malaysia.- BERNAMA


meh baca pengalaman mangsa tahanan ISA 1Malaysia pulak Saya dan ISA