Sabtu, 16 Januari 2010

Rabu, 13 Januari 2010

petunjuk baru kes bakar gereja..

Polis baca Malaysiakini ke tak???


Pengerusi Anak-anak Muda Islam Selangor (Amis), SD Mohd Johari Yasin berkata beliau tidak mengenali seorang individu yang berucap semasa protes anjuran Amis di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Jumaat lalu.

Sebaliknya, kata beliau, lelaki itu yang dilaporkan melaungkan "bakar gereja", muncul sejurus sebelum protes itu bermula apabila selesai solat Jumaat.

Menurutnya, sewaktu sidang akhbar Amis selepas itu pun, lelaki
berkenaan turut hadir dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Suhaimi Shafie'.

Sebelum berucap di protes tersebut, Suhaimi (foto) yang memakai jubah putih, dilaporkan melaungkan "bakar gereja," tetapi laungannya itu tidak diendahkan orang ramai yang beredar dari masjid itu selepas selesai solat Jumaat.

"Saya tidak ada di situ ketika dia berucap. Saya cuma ada semasa sidang media bersama (bekas exco Selangor) Datuk Mokhtar Dahlan," katanya sambil menambah, Suhaimi turut memberi kenyataan dalam sidang media tersebut.

"Saya tidak tahu bagaimana dia tiba-tiba muncul dalam sidang media itu. (erkkk ???)

"Kami cuma tahu namanya bila beliau ditanya wartawan dalam sidang media tersebut," katanya sambil menegaskan lelaki itu tidak ada kaitan dengan penganjuran demonstrasi itu, yang disertai kira-kira 30 orang.

"Kami ingin tegaskan, dia tidak mewakili kita. Kami tidak tahu dia (mewakili) kumpulan mana. Dia cuma beritahu, dia adalah orang awam yang marah dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Dia juga beritahu kami, dia tinggal di kawasan berdekatan dan merupakan ahli kariah masjid negeri," kata SD Mohd Johari.

Katanya, sebelum demonstrasi itu bermula, lelaki berkenaan meminta untuk berucap.

"Tapi kami nampak dia agresif sangat dan terlalu beria-ria. Kami dapati kenyataannya (dalam ucapan dan sidang akhbar) terlalu agresif dan tidak selari dengan pendirian Amis. Sebab itu kami cepat-cepat hentikan sidang media selepas itu," katanya lagi.

Selepas demonstrasi itu tamat, kata SD Mohd Johari mereka beralih menyertai perhimpunan yang lebih besar di ruang solat utama di dalam masjid negeri itu.

Bagaimanapun, beliau mengaku membawa kain rentang yang bertulis "Khalid Samad Peliwat Agama" semasa demonstrasi tersebut.

"Ya, kami yang bawa kain rentang itu," katanya sambil menambah, ia merupakan bantahan kepada ahli parlimen Shah Alam itu yang didakwanya bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Dalam ulasan di blognnya, Khalid menyatakan pendiriannya bahawa penggunaan kalimah itu di kalangan orang bukan Islam merupakan sesuatu yang "diharuskan."

sumber: 'Malaysiakini'




Isnin, 11 Januari 2010

keliru..

Anne buka tudung kerana watak



(Dari kiri) Zarina, Tania dan Anne yang membawa watak sebagai tiga orang puteri iaitu Mayang Merdu, Mayang Mengurai dan Mayang Indera.


MELIHAT Anne Ngasri mula berhijab ternyata membuatkan mana-mana mata yang memandangnya terasa sejuk sahaja. Penghijrahan pelakon yang memulakan kariernya dari usia muda itu dilakukan selepas Anne pulang dari menunaikan ibadah Umrah pada bulan Ramadan tahun lalu.

Tetapi timbul cerita yang kurang manis apabila tudung Anne ini dikatakan umpama pakai buang kerana dia masih dilihat di beberapa buah drama yang baru menunjukkan auratnya itu walaupun Anne sudah memilih untuk berubah.

Anne yang ditemui ketika penggambaran drama Mayang Mengurai di Carlton Holiday, Shah Alam, Selangor baru-baru ini mengakui, dia memang membuka tudung ketika berlakon baru-baru ini demi memenuhi kehendak produksi itu.

Ujar ibu anak dua ini, niatnya hanyalah untuk mencari rezeki kerana punca rezekinya dari dunia lakonan.

"Saya bukan sesuka hati pakai dan buka tudung saya. Di luar, saya sebagai Anne Ngasri memang sudah bertudung.

"Tetapi apabila berlakon, ada sesetengah drama memerlukan watak saya untuk tidak bertudung, jadi saya akan buka tudung ketika pengambaran.

"Namun ia masih ada batasnya kerana saya tak akan sesekali berpakaian seksi atau 'buka' sana sini malah dari dulu lagi saya bukanlah seorang yang seksi.

"Saya tahu ia merupakan isu sensitif dan banyak pendapat dalam Islam mengenai hal ini tetapi selagi saya tahu apa yang saya buat ini benda yang betul, saya rasa okey," ujar isteri kepada Abdul Wafi Hassan ini lagi.


~Dalam isu ini bukanlah saya hendak memaparkan siapa yang tidak menutup aurat tetapi lebih bermaksud untuk memaparkan sikap dan permikiran kita dengan perintah Allah jelas begitu keliru sekali.
~Dalam soal aurat pun masih ramai umat Islam yang keliru dan berfikiran yang sangat bercanggah dengan hukum Allah inikan pula hendak mengulas isu-isu besar seperti penggunaan nama Allah.
~Sebaik-baiknya dalam soal agama apa pun yang hendak kita kita lakukan hendaklah merujuk pihak yang ada authority dalam bidang ini, kena rajin merujuk kepada ilmuan yang sohih bukan melakukan sesuatu hanya mengikut rasa dan akal sendiri seperti isu aurat ini dan isu penggunaan nama Allah, jangan lah mengikut nafsu bakar sana bom sini.



Ahad, 10 Januari 2010

jangan tuduh sesiapa - Hishamuddin




Jangan tuduh sesiapa


KUALA LUMPUR 9 Jan. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan orang ramai supaya tidak menuduh mana-mana pihak termasuk kerajaan terlibat dalam insiden tiga buah gereja dilempar bom petrol di Lembah Klang, semalam.-utusan

~Hangpa tangkap orang tuduh tanpa bukti, tanpa bicara (ISA) boleh pulak??? Kena tang rakyat semua tak buleh...shelaka tul!

Khamis, 7 Januari 2010

lawak awal tahun...

AG jangan buat lawak antarabangsa kes enjin hilang
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta agar Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail tidak membuat lawak antarabangsa dalam kes kehilangan dua unit enjin Jet Pemintas F-5E milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang bernilai RM100 juta.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakahdaily.

PAS melihat, kata Idris, pendakwaan dua orang tertuduh melibatkan anggota TUDM, Sarjan N. Tharmendran dan Pengarah Syarikat K. Rajandran Prasad sebagai melepaskan batuk ditangga dan tidak serius.

Katanya, PAS yakin bahawa ada lagi pihak-pihak lain yang terlibat tetapi tidak didakwa.

Ini kerana, kes ini melibatkan kehilangan dua unit enjin Jet yang besar bukannya kehilangan dua biji telur ayam atau gula-gula Hacks.

Adalah mustahil kes yang boleh diklasifikasikan sebagai kes jenayah antarabangsa hanya melibatkan dua orang sahaja, katanya.

"Mustahil bagi N. Tharmendran membawa keluar dua enjin ini tanpa dibantu oleh sesiapa. Adalah tidak logik bahawa semua dokumen pelupusan enjin berkenaan hanya diketahui oleh beliau sahaja," katanya.

Bagi beliau, TUDM mempunyai ramai anggota yang menjaga stor logistik dan tempat enjin berkenaan disimpan.

Maka, adalah mustahil jika enjin ini boleh dikeluarkan dari kawasan TUDM yang dikawal rapi secara berseorangan tanpa kerjasama pihak yang lebih tinggi pangkatnya dari Sarjan ini.

PAS berharap agar AG dan Polis dapat mengemukakan pihak-pihak lain yang terlibat kerana kes ini amat memalukan Angkatan Tentera Malaysia dan imej negara ini.

AG harus bertanggungjawab untuk memastikan mereka yang terlibat, termasuk Menteri (jika ada) dibawa kemuka pengadilan, katanya.



Ahad, 3 Januari 2010

UMNO sayangkan Allah...camera ready!...nnn action...cutttt!!!


Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin (depan, lima dari kiri) bersama sebahagian dari Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Negeri dan pemimpin UMNO bahagian mengangkat tangan sebagai tanda membantah penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly di hadapan Masjid At-Takwa di Mak Mandin, Seberang Perai, semalam.

Sayangkan Allah tapi UMNO bermati-matian berjuang mempertahankan undang-undang manusia...biarpun manusia boleh berpura-pura, boleh berlakon didepan media tetapi mereka tidak boleh menipu Allah SWT.Dan kita sebenarnya sudah lama mengetahui perangai temberang UMNO ini.

Kerana jika benar sayangkan Allah sepatutnya mereka berdemo mintak Perdana Menteri dari parti UMNO itu tutup pusat-pusat hiburan yang penuh maksiat, tutup kilang-kilang arak dan pusat-pusat perjudian yang melata di bumi Malaya ini dari bawah bukit sampai ke atas bukit, tuntut haramkan sistem riba, tuntut laksanakan undang-undang syariah hudud, tuntut laksanakan hukum murtad, tuntut jangan zalim pada rakyat, tuntut jangan rasuah jangan khianat dan tuntut bini PM UMNO itu tutup aurat (banyak lagi tapi malas nak tulis).Kerana selama ini gagal melaksanakan sistem Islam lah maka kesan nya banyak merosakkan akhlak dan akidah umat Islam dalam negara ini.

Ayuh buktikan dengan sebenar-benarnya supaya Allah juga sayang kepada UMNO.Jangan nak berlakon kerana kamu nampak isu ini akan meraih sokongan kepada parti perkauman yang sudah berkarat dan membusuk itu.

Jangan ikut perangai Abdullah Ubay di zaman Nabi SAW , didepan baginda mengaku sayang dan taat tetapi di belakang mengumpul orang ramai bermesyuarat berbincang bagaimana hendak menghalangi perjuangan Nabi SAW untuk menegakkan Islam.

~Demo kat masjid kunun nya tapi solat jemaah pun tak pi :p...Kami tidak akan tertipu dengan lakonan kamu UMNO....cuttttt!!!!