Khamis, 31 Disember 2009

Gula Naik Harga Esok Tahun Baru 2010 Masehi 1431 Hijrah

Esok selamat datang tahun 2010 Masehi dan tahun Hijrah 1431 telah melangkah 15 hari mendahului nya.Dan esok perkara yang paling layak diraikan ialah kenaikan harga gula...naik 2 kupang! Terima kasih kepada mereka yang sudi memenuhi permintaan rakyat!

yahuuuuu!!!

Rabu, 30 Disember 2009

Harap maklum...

Kelantan nafi tidak terima calon luar

KOTA BHARU, 30 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohd Daud Iraqi menafikan membuat kenyataan yang hanya mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang seperti yang disiar beberapa akhbar dan juga portal berita di internet.

Bahkan katanya, tiada langsung wartawan yang bertanyakan hal itu padanya.

"Saya tidak pernah buat kenyataan itu dalam surat khabar, tiba-tiba keluar.

"Wartawan pun tidak ada yang tanya, lagi pun saya tidak bertanggungjawab pilih calon," katanya pada sidang media bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Sehubungan itu beliau meminta pihak media yang melapor hal berkenaan membuat pembetulan segera.

"Tu yang saya pelik tu, 'tumbuh tidak bertanam', saya mintak media tolong buat pembetulan," katanya lagi.

(Gambar: Mohamad Daud bersama Nik Aziz dan Nik Amar dalam sidang media semalam)

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula ketika mengulas perkara itu berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa perkara itu 'boleh difikir-fikir' adalah mengambil jalan tengah kerana menyangka Datuk Mohd Daud Iraqi benar-benar mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Kenyataan saya buat itu betul-betul hormat kepada ketua Dewan Ulamak negeri, saya sangka kenyataan beliau itu benar, rupanya bohong...dosa orang buat kerja-kerja macam ni," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Kelantan ujarnya tiada masalah langsung membenarkan calon luar bertanding kerusi pilihanraya di negeri itu.

"Kelantan dah memang biasa camtu...calon parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta, saya sendiri isytihar depan orang ramai di Pasir Puteh.

"Pendirian Kelantan memang begitu, suka bantuan dari orang luar, dan suka batu orang luar, tradisi ini IsyaAllah saya akan bawa dalam mesyuarat, bila jawatankuasa pilih calon setuju orang luar, saya akan setuju orang luar," katanya lagi.

Tegasnya, amalan membataskan kenegerian katanya bukan dari ajaran Islam malah adat melayu lama yang bertapak.

"Islam ini tidak ada negeri-negeri ni...ini bukan ajaran Islam, ini ajaran Melayu kuno," katanya.


(Harakahdaily)

Ahad, 27 Disember 2009

Salahkah Dr Hassan Ali?

Apabila membaca berita, khabar nya UMNO akan menghantar memorendum meminta Pas Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat (sini) dan sejurus selepas itu keluar banyak komen-komen yang lebih berbentuk amaran ditujukan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Ali (disni) supaya jangan menerima memorendum tersebut.

Apa yang menarik bagi saya bukan soal memorendum yang hendak dihantar itu tetapi amaran yang dilemparkan kepada Dr Hassan supaya menolak penyerahan memorendum tersebut.Suka saya soalkan salahkah jika Dr Hassan menerima memorendum tersebut?

Bagi saya menerima memo tersebut bukan bermakna kita menerima isi kandungan nya.Kita yang sebelum ini melaungkan kebebasan bersuara tiba-tiba menutup ruang bagi pihak yang mahu menyampaikan pandangan mereka.

Selama ini kita mengutuk halangan-halangan yang dibuat oleh pihak berkuasa ketika mana kita hendak menyerah memorendum baik terhadap pihak kerajaan mahupun kepada pihak istana.

Sememang nya diakui siapa yang hendak mempercayai dan bergabung dengan UMNO yang sudah membusuk sampai ke usus itu tetapi sikap keterbukaan yang kita laung selama ini perlu dipraktikkan biarpun terhadap musuh nombor wahid kita.

Kita sudah tahu mengapa UMNO begitu sibuk dan kecoh untuk membawa Pas keluar dari PR adalah kerana mereka ingin memecah belahkan PR sekali gus menghidupkan peluang mereka kembali berkuasa di negeri nadi ekonomi negara itu.Sangat jelas.

Ringkas nya bagi saya tidak salah Pas Selangor menerima memorendum tersebut kerana persepsi saya, saya yakin dan tidak bimbang terhadap kepimpinan Pas Selangor, mereka tidak akan membelakangi keputusan Pas Pusat.Saya juga penuh yakin dengan pendirian Pas ketika ini sangat jelas iaitu akan bersama Pakatan dan terus memperkukuhkan nya.

Hanya persepsi kita sahaja yang melebihi daripada apa yang sebenarnya berlaku.Bagi saya siapa pun yang ingin menyerahkan memorendum ayuh silakan.


Khamis, 17 Disember 2009

update: ayam dah bertelurkan emas...tahniah



Setelah 20 tahun menanti petang tadi skuad Raja berjaya menelurkan emas yg diidam-idamkan.Kemenangan 1-0 ke atas Viaetnam hasil gol sendiri pada minit ke 85.
Tadi kali pertama melihat aksi skuad Raja dan banyak jugak dah aku bagi komen secara 'live' ala-ala seranah terhadap beberapa aksi dan tindakan bodoh yang dilakukan oleh bebudak Raja. Juga komen seranah terhadap pengulas siaran langsung, Jasni ke ape nama dia, memang tahap sampah.Pengulas kuat ampu ala-ala perangai UMNO dan amat tidak tajam pengamatan beliau untuk mengulas perlawanan yang berlangsung.
Jadi tak payah komen panjang dah kat sini, cukup sepanjang 90 minit perlawanan tadi dah aku bagi hehehe, akhirnya sekali lagi nak ucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan merangkul emas biarpun bolasepak pergi Laos atas katogari B (belanja sendiri, sekadar masuk bertanding) Tahniah and bravoo.

kata2 semangat Ust Din Tantawi Ketua Pemuda PAS Pusat kepada skuad Raja pada 6 Disember 2009

Rabu, 16 Disember 2009

rakyat didahulukan...tahniah...tahniah

RM12 juta rumah bekas PM

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, Kerajaan telah membina rumah bernilai RM12 juta untuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.
Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam perbahasan hari ini mempersoalkan, dari manakah bajet itu diperolehi.
Ini kerana, ia tidak pernah dibentang dalam Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan.

-harakahdaily





Teringat ada satu lagu jaman muda-muda dulu yang bertajuk 'dalam diam ku mencintai mu' nyanyian sebuah kumpulan yang aku pun dah lupa nama nya.Sekarang elok ada pencipta lirik buat tajuk lagu 'dalam diam-diam kami berisi' sesuai dengan perilaku pemimpin UMNO yang mengagihkan wang rakyat untuk kesenangan suku sakat mereka.

Dalam diam-diam RM 12 juta duit negara mengalir deras semata-mata untuk membina rumah Tun Pak Lah. Beliau yang hidup berkeluarga hanya berapa kerat sangat anak pinak nya? perlukah sebanyak itu kos rumah untuk bekas PM kita itu?Tun Pak Lah didalam sajak menyatakan beliau bukan mau cari kemewahan, bukan mahu wang bejuta.Beliau hanya mahu al-Ghazali sahaja.

Soalnya sekarang bukan hendak menafikan jasa dan hak bekas PM kita itu, tetapi rakyat terbanyak lebih berhak dan lebih memerlukan dibinakan rumah untuk mereka berbanding dengan keperluan membina rumah Tun Pak Lah.Bukankah slogan PM baru 'rakyat didahulukan'?Saya percaya dengan M12 juta itu beberapa kerat 'suku sakat' mereka yang sendawa kekenyangan.

Nyata pemimpin-pemimpin UMNO dari dahulu walaupun bertukar tangan namun perangai tetap sama.Rakyat Malaysia jangan lupa kita semua sebenarnya ada kuasa "memencenkan" mereka dari terus berkuasa.Daftar sebagai pengundi dan gunakan hak anda sebagai pengundi.
Ajar penguasa yang rakus itu dalam PRU13 nanti.


Selasa, 15 Disember 2009

Ayam berkokok dah nak bertelur...tahniah...tahniah

Kita berentap di final

Tuan rumah Laos dah tumbang 3-1 semalam.Harapan kita moga-moga ayam bertelurkan emas di final nanti.Dan paling tidak telur perak dah dalam genggaman...tahniah skuad Raja...tingkatkn lagi prestasi!

Jumaat, 11 Disember 2009

Tahniah...ayam dah mula berkokok

Malaysia ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA

11/12/2009 6:06pm

VIENTIANE 11 Dis. - Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama di sini sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A akan bertemu tuan rumah Laos, selaku juara Kumpulan B manakala Thailand akan ditentang oleh Singapura. - Utusan

Sekalung tahniah buat skuad Raja di atas kemenangan 2-1 skuad Siam.Siam yang telah mengesahkan tempat ke separuh akhir lebih awal dan apa-apa keputusan perlawanan tersebut tidak langsung menjejas laluan mereka.

Biarpun dikritik hebat akibat prestasi yo-yo skuad Raja namun mereka tetap bernafas di dalam lumpur.Kejayaan melangkah keseparuh akhir ini tidak menghentikan kritikan-kritikan pedas yang bakal dilontarkan terhadap mutu dan tahap persembahan yang bakal mereka pamirkan selepas ini.

Seluruh rakyat Malaysia mengidamkan tahap kejohanan yang lebih tinggi bagi skuad Raja ini.Layak menyertai Piala Asia umpamanya dan lebih tinggi ke Piala Dunia, namun dengan mutu permainan yang ada sekarang mampukah kita bangkit mengejar dan menyaingi Korea ataupun Jepun.

Diharapkan cara mengkritik hebat skuad Raja ini dapat membangkitkan prestasi, tahap serta mutu permainan bagi mengembalikan kehebatan kita di rantau Asia ini.Kita tidak boleh menyalahkan infrastruktur pembangunan bolasepak kerana kita mempunyai kemudahan yang bertaraf dunia.

Kita tidak boleh berlengah lagi, kekuatan serta ketahanan mental para pemain mesti dipertingkatkan dan sudut ini perlu dikoreksi dan di baikpulih serta dikritik hebat oleh kita.Adakala kita melihat mereka bermain seperti tahap budak sekolah rendah!

Jangan kita segan-segan nak menghentam skuad Raja ini.Semoga kritikan pedas dan tajam yang diberikan akan membangkitkan azam dan tekad pemain bagi memikul tugas mengembalikan kegemilangan lalu.

Selamat berjuang diseparuh akhir menentang tuan rumah Laos.


Ahad, 6 Disember 2009

cehhh...cap ayam btui laa

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Skuad bawah 23 tahun kebangsaan gagal meneruskan kecemerlangan apabila tewas 3-1 kepada Vietnam pada perlawanan kedua peringkat kumpulan, bola sepak lelaki Sukan SEA ke-25 di Laos hari ini.

Malaysia yang membelasah Timor Leste 11-0 pada perlawanan pertama ketinggalan seawal minit ke-12 hasil jaringan Thanh Binh dan kemudian diikuti gol kedua oleh Mai Tien Thanh, 10 minit kemudian.

Nguyen Trong Hoang menambah duka Malaysia apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-47 manakala gol saguhati diperoleh melalui jaringan sendiri pemain Vietnam, Vo Hoang Quang minit ke-25.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Thailand, Vietnam dan Timor Leste. - Utusan


Pertama aku nak gelak dulu...kahkahkahkahh, apa dah jadi Raja oiii...ngan Timor Laste boleh lah 11-0 hangpa tibai...hahahaa

Kedua memang sejak team Malaysia mengalahkan Timor Laste tiga hari lepas memang jadi topik perbualan aku dengan kawan-kawan, kami dah agak dan sepakat bertemu dengan Vietnam memang team Raja ni bungkuih! nah terbukti petang tadi hangpa pulak kena tibai 1-3 wakakakakaa...lawan dengan Siam toksah cerita lah...wat perabih ayaq liuq jaa...huhuu

Ketiga kalu setakat nak kalah aku pun boleh latih team bola Malaysia ni FAM oiii...bagi separuh gaji daripada Raja tu pun takpa...hehehe

Keempat mungkin hangpa kata gelak aku tu terlalu awai kan, masih ada lgi peluang...tapi mungkin ramai yang setuju buat masa la ni team Raja tak payah dihantaq menyertai mana2 kejohanan, wat perabih duit jah..setuju???

Ke lima bukan UMNO ja yang dah membusuk sampai ke usus (kata Tun Madey)tapi mutu permainan bolasepak negara pun dah sampai tahap boleh dibacakan yaasin dah...huhuu

ke 6 dan ke 7 kah kah kah kah...




Sabtu, 5 Disember 2009

Mengaminkan doa Tok Guru..




Takuti lah doa orang yang dizalimi, kecoh seketika negara kita kerana disebabkan Tok Guru Menteri Besar Kelantan mendoakan binasa kepada si zalim dan khianat.Jika difikir secara waras tak kan Tok Guru NiK Aziz nak mendoakan kehancuran dan kebinasaan kepada sesiapa melainkan Tok Guru sendiri telah dizalimi.Mana mungkin secara tiba-tiba sahaja beliau mendoakan pecah perut kepada sipolan sipolan melainkan Tok Guru dan rakyat kelantan telah dikhianati.

Umno sememangnya dari dulu mengkhianati dan menzalimi Pas.Bagi yang tak kenal apa itu zalim memanglah tidak terasa apa-apa kerana ia berlaku kepada orang lain.Jika kena batang tubuh mereka sendiri baru tahu.Zalim adalah melakukan sesuatu bukan pada tempat atau yang berhak.

Mengapa Tok Guru mendoakan supaya binasa ke atas Pemimpin UMNO/BN? Disini lah Umno mengambil kesempatan memutar belitkan isu doa dengan mengalih perhatian rakyat apa punca sebenar yang berlaku.Belit Umno sehinggakan orang tak sedar siapa yang zalim.Putarnya Umno sehingga orang yang menyekat royalti pulak dibela dan dipertahankan oleh Tok Mufti.Memang UMNO pandai alih tajuk dan isu, bukan itu saja yang dialihnya, dengan songkok dan kopiah Mufti pun turut dialihnya sama.

Mengapa Tok Guru berdoa begitu? Jawapan nya adalah kerana UMNO dan Kerajaan Pusat telah menzalimi, mengkhianati dan merompak 5% hasil petroleum di perairan Kelantan.UMNO BN dengan rakus lagi sombongnya mencabul Akta Pembangunan Petroleum 1974.Dengan keingkaran Kerajaan Pusat membayar royalti minyak itu maka UMNO untuk kesekian kalinya telah merogol Perlembagaan Negara.

Apakah lagi cara untuk membuatkan si degil yang bongkak sedar? Bagaimana kaedah kita nak berunding dengan si perompak? Masih mahukah kita berlembut dan berdiam diri dan pasrah? Tidak, dengan pemimpin UMNO itu bukan caranya.Berhadapan dengan mereka bukan dengan bahasa lemah gemalai lagi longlai.Ikhtiar sudah, mohon sudah dan merayu pun sudah.

Maka sangat wajar segala perilaku yang hodoh pemimpin-pemimpin yang berlagak pandai ini, yang tidak mahu dengar kata, yang dah tak makan dek saman ini kita rakyat 1Malaysia bersama Tok Guru turut sama berdoa ditimpa kebinasaan lah bagi pemimpin yang khianat dan zalim itu.
Mari kita semua sama-sama mengamin kan doa Tok Guru...moga-moga royalti minyak dikembalikan kepada yang berhak dan mereka yang zalim khianat menemui jalan keinsafan.Jika tidak insaf biar pecah perut.



Jumaat, 4 Disember 2009

BTN Tukar Saja Kepada BTU (Biro Tata Umno-BN)

BTN sudah lama terpesong- Bekas Pengarah



KOTA BHARU, 3 Dis: Biro Tata Negara (BTN) yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangsa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti Umno.

Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.

“Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.

Katanya, tindakan pemimpin kerajaan Selangor yang menghalang kakitangannya menghadiri kursus dalam BTN sebenarnya satu langkah yang baik memandangkan setiap peserta akan diasak sedemikian rupa untuk memenuhi impinan kerajaan Umno dan BN.

Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan BTN Pusat, itu seterusnya memberitahu, propaganda termasuk tuntutan Hindaf juga turut dicanang kepada peserta kursus berkenaan.

“Modul kursus BTN khususnya diawal era 90-an, berbeza khususnya sewaktu dibawah seliawan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditekankan soal pendidikan Islam.

“Sekarang ni khususnya selepas tahun 1998, kursus berkenaan bukan sahaja tidak ditekankan soal pendidikan Islam, sebaliknya lebih menjurus pada propaganda Umno, perkauman dan memburukkan ulama’ khususnya dalam PAS,”ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masyarakat begitu mengagumi BTN sehingga antara tahun 1991 hingga 1998 merupakan zaman kegemilangan BTN kerana modul kursus yang diperkenalkan termasuk pendidikan Islam.

Namun tambahnya, kini ianya menjadi hambar kerana lebih bersifat politik demi untuk kepentingan parti pemerintah.

Beliau yang kini Timbalan Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali juga memberitahu, keberkesanan kursus BTN sekitar tahun berkenaan juga menyebabkan rakyat turun ke bawah akibat kesan dari reformasi yang disuntik dari semangat kursus BTN, khususnya selepas penyingkiran Anwar.

“Kini mereka ingin melakukan perkara yang sama namun lebih sistemetik demi untuk kemenangan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,”ujarnya lagi.

Jelasnya, kursus BTN dalam tempoh lima hari amat berkesan kepada peserta kursus dengan asakan serta cara mereka menyampaikan ceramah melalui modul yang telah disediakan kepada peserta.

Jelasnya, BTN kini juga telah terpesong dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu itu sendiri, yang mana kini tidak menumpukan soal bangsa apa lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan Umno pada jiwa peserta kursus.

Pada masa yang sama beliau turut menyokong langkah kerajaan Selangor menghalang kakitangannya mengikuti kursus BTN bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri itu perlu mengadakan satu medan kursus khas untuk kakitangannya memandangkan setiap kakitangan awam perlu mengikuti kursus untuk kenaikan pangkat mereka.

Menurutnya lagi, kursus khas di bawah Menteri Besar perlu ditubuhkan sebagai alternatif baru untuk kakitangannya mengikuti kursus.

Pada masa yang sama, sambungnya masyarakat perlu didedahkan tentang intipati yang terdapat dalam kursus BTN agar mereka selamanya tidak diperbodohkan oleh kerajaan khususnya yang mengaitkan hanya Umno mampu memerintah negara.

“Fahaman atau ajaran sesat ini sewajarnya dibuang dari minda rakyat kerana Pakatan Rakyat juga mampu memerintah,”ujarnya.