Ahad, 28 Februari 2010

Musafirlalu:SORRY NALLA INI TAHUN TARAK BOLEH KASI PROJEK.

Sejak kebelakangan ini Umno/Bn mempergunakan bekas-bekas ahli politik pembangkang dalam usaha mereka mengalih perhatian rakyat tentang kerakusan agenda politik mereka. Umno/Bn tahu yang mereka tiada isu untuk menghentam pembangkang maka bekas pembelot parti pembangkang diperkudakan. Ada juga pemimpin pembangkang yang ada sekarang ini pun terikut-ikut dengan rentak tari yang dimainkan oleh Umno/Bn.

Sebagaimana Nallakarupan berkokok mengampu kerajaan, inilah padahnya apabila orang yang tiada maruah bercakap tentang maruah, mesti ada maknanya. Beliau seorang ahli perniagaan bukannya ahli politik maka disini boleh dilihat apa motifnya yang sebenar.

Tapi sayang seribu kali sayang, waktu beliau membodek One Malaysia tidak kena pada masanya kerana banyak lagi mulut terpaksa One Malaysia suapkan dicampur pula dengan krisis ekonomi global. Maka jawabnya... Sorry Nalla ini tahun tarak boleh kasi projek....... walau sebanyak mana hentaman yang beliau lakukan terhadap DSAI, DS Wan Azizah dan PKR, seperti yang beliau katakan :

"Tindakan mana-mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu tidak akan memberi sebarang masalah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kecuali jika ia dilakukan oleh Naib Presiden parti itu, Azmin Ali" Nallakarupan secara sinis mendakwa, Anwar akan berdepan dengan masalah besar sekiranya Azmin yang dikenali ramai sebagai anak emas beliau mengambil tindakan tersebut.

"Tapi jika Azmin yang keluar, saya jamin dia mesti pening kepala sebab anak emasnya itu adalah segala-galanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Kenyataan sinis Nallakarupan itu dibuatnya sebagai mengulas tindakan Zahrain yang meninggalkan PKR untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas pada Jumaat lalu. Katanya, tindakan Zahrain itu merupakan kehilangan besar kepada PKR kerana Ahli Parlimen Bayan Baru itu terkenal sebagai ahli politik yang bijak membuat percaturan dan menghadapi sebarang isu.

Benarkah tindakan Zahrain itu kehilangan besar bagi PKR atau kerana kepentingan diri sendiri. "Zahrain adalah kawan saya, sebagai seorang rakan, pasti saya amat gembira dengan keputusan tegas beliau. Semasa saya keluar PKR dulu ramai yang tanya kenapa saya ambil keputusan itu, saya jawab satu hari nanti anda akan faham maksud dominasi 3 A (Anwar, Azizah dan Azmin) dalam PKR," katanya.

Tindakan Zahrain itu mengesahkan tanggapan bahawa Anwar tidak pernah menghargai nilai setiakawan sebaliknya ia digunakan untuk tujuan politik sahaja. "Sebab itu kita lihat pemimpin yang terdiri di kalangan sahabat Anwar seorang demi seorang meninggalkan PKR. Senarai nama itu sudah amat panjang sebenarnya, jadi saya harap mana-mana penyokong Anwar yang taksub melulu dapat melihat bagaimana layanan yang diterima oleh bekas rakan-rakannya," katanya.

Inilah orangnya yang telah diugut hukuman mati oleh pendakwa sekiranya tidak bekerjasama dengan membuat pengakuan fitnah terhadap DSAI pada 1998. Cuba menarik kaum India dengan menubuhkan parti baru, tetapi sampai sekarang tidak mendengar apa aktiviti parti putar alamnya itu. Sekarang ini beliau menyerang pula Wan Azizah dengan modal moral.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selayaknya diberi anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan 'lakonannya' ketika berhadapan dengan rakyat. Datuk S. Nallakaruppan yang secara sinis mencadangkan pengurniaan itu, bersedia mengemukakannya kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.

"Saya amat yakin kelak Wan Azizah mampu meraih 'Anugerah Academy' di Hollywood," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Nallakarupan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia semalam yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.

Betapa kuatnya si Nalla kibas One Malaysia agar dengan kritikannya terhadap Wan Azizah, dapat satu dua projek. Apakah beliau berharap dengan kerja yang dilakukannya itu boleh melembutkan hati Big Mama. Sorry Nalla....... sekarang ini orang kibas tidak lagi pakai tangan......... letih.

Dakwa beliau, Wan Azizah seorang wanita yang hebat kerana boleh melalui kes dakwaan berkaitan moral suaminya. Malah dakwa beliau lagi, Presiden PKR itu juga berada pada satu tahap melebihi wanita lain di Malaysia kerana boleh melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan kerjaya suaminya. "Wan Azizah kena tahu bahawa bukan semua isteri seperti beliau yang boleh menerima keadaan sedemikian. Ramai kalangan wanita di Malaysia tidak boleh terima dengan senang hati.

Hebat..... hebat..... dan sememangnya hebat bila Nalla bercakap tentang moral. Mungkin kaum India pun tergelak bila si Nalla bercakap tentang moral dan mungkin beliau adalah India yang paling bermoral dalam dunia. Nalla...... Nalla....... Nalla............ kesian kamu!



oleh: Musafirlalu.blogspot





Rabu, 24 Februari 2010

Alahai Saiful

Nenek lawan 3 penyamun

KUALA LUMPUR: Niatnya ingin menghalang tiga perompak yang cuba melarikan tiga kereta mewahnya bernilai RM1.2 juta, namun seorang wanita warga emas sebaliknya terpaksa lari lintang-pukang apabila dia dikejar penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang.

SASARAN...polis menjalankan siasatan terhadap  banglo  yang menjadi sasaran tiga perompak, pagi semalam.
SASARAN...polis menjalankan siasatan terhadap banglo yang menjadi sasaran tiga perompak, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi semalam, mangsa yang berusia 70-an terlihat kelibat tiga lelaki yang menceroboh rumahnya di Lorong Hujan, Taman OUG di sini sebelum suspek cuba melarikan tiga kereta mewah miliknya.


Sumber polis berkata, mangsa terus meluru keluar sebelum cuba menghalang tiga penjenayah terbabit melarikan keretanya.


Menurutnya, suspek yang menyedari kemunculan pemilik rumah terbabit terus mengeluarkan parang sebelum mengejar mangsa.



~sedangkan nenek ni pun boleh cuba melawan walaupun terpaksa lari...mane tahan parang tu wo0O!!!

...alahai saiful bukhary


p/s : ada akai boleh fikir2...kalu tadak akai??? lu pikir la sendiriii!



Jumaat, 19 Februari 2010

Pemuda PR sahut cabaran Umno, debat isu Melayu Pulau Pinang

Ali Hashim - Harakahdaily

KEPALA BATAS, 19 Feb: Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyahut cabaran untuk berdebat dengan mana-mana kompulan termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMPP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang berhubung dakwaan masyarakat Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang, Amir Md Ghazali berkata satu surat akan dihantar kepada DPMPP,GPMS dan juga Pemuda Umno Pulau Pinang untuk menjemput wakil mereka sebagai panel dalam debat yang dijangka akan diadakan dalam bulan Mac yang akan datang.

"Kita daripada Pemuda Pakatan Rakyat sedikit pun tidak gentar dengan dakwaan mereka. Kita sanggup untuk bersemuka dengan mereka dalam debat yang mereka cadangkan.

"Kita sendiri akan menyediakan tempat untuk diadakan debat. Mereka akan dijemput secara hormat bagi menjadi panel dalam debat yang dijangka akan diadakan di tapak ekspo Seberang Jaya tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dimajlis ceramah di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik, Exco AMK Pusat, Amizudin Ahmat, dan kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang lain.

Sebelum ini ketiga-tiga kumpulan itu mencabar Pulau Pinang berdebat berhubung dakwaan mereka bahawa nasib orang Melayu dipinggirkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

"Kita ingin lihat setakat mana kebenaran dakwaan mereka bahawa Melayu Pulau Pinang dipinggirkan dalam tempoh hampir 24 bulan PR memerintah jika dibandingkan dengan lebih daripada 50 tahun Umno dan Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang," katanya lagi.





Selasa, 16 Februari 2010

Pengumuman:PJ Wilayah Persekutuan Sudah Ditemui.

Hj. Mohamad Pesuruhjaya PAS WP Sudah Ditemui-sumber

Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad yang sebelum ini dilaporkan hilang telah selamat kembali ke rumah jam 2 petang tadi, demikian lapor Herman Shamsudeen di dalam blognya.

"Saya baru tahu selepas cuba menghubungi HP beliau dan bercakap sendiri dengannya sebentar tadi," demikian tulisnya.

Menurutnya di dalam panggilan tadi, beliau sempat bertanya khabar dan lokasi beliau sahaja. Suaranya agak kepenatan, jadi beliau tidak bertanya banyak.

Tapi berdasarkan siasatan dan maklumat sebelumnya, beliau ada urusan peribadi di Temerloh sehingga perlu bermalam disana.

Sebelum ini dilaporkan Ustaz Mohamad Nor Kali didapati hilang dan tidak dapt dihubungi sejak beberapa hari lalu. Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad dan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.




~Alhamdulillah...tapi awat tak tepon family???




Isnin, 15 Februari 2010

Pengumuman:PJ Wilayah Persekutuan Hilang.

Hilang sejak 4 hari lepas: Doakan PJ PAS Wilayah selamat



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Ahli dan Penyokong PAS di Wilayah Persekutuan di pohon supaya berdoa agar pesuruhjaya mereka, Haji Mohamad Nor berada dalam keadaan selamat selepas tidak dapat dihubungi sejak Jumaat 12 Februari lepas.

Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad dan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

Menurut Lo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

Sehubungan itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar PJ Wilayah Persekutuan itu berada dalam selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.

"Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera," cadang Dr Lo' Lo'.

Dalam pada itu anaknya, Umar Mohamad Nor berkata, kali terakhir ayahnya dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada Jumaat malam yang lalu.

Pada pagi esoknya kira-kira jam 8.00 pagi, telefon beliau dikesan berada di Temerloh, Pahang.

"Sejak itu kami tidak ada sebarang maklumat lagi tentang ayah," kata Umar kepada Harakahdaily.

Menurut Umar, perkara ini tidak pernah lagi berlaku ke atas ayahnya kerana dia akan memberitahu kemana sahaja dia akan pergi.



Jumaat, 12 Februari 2010

Tahniah DS Zahrain!

Zahrain keluar PKR, jadi MP bebas



Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini - yang disambut dengan laungan "hidup datuk seri" daripada kira-kira sepuluh penyokongnya yang hadir. Zahrain berkata, beliau akan menjadi ahli parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN."Tidak. saya tidak bercakap dengan mana-mana pemimpin BN. Umno atau mana-mana (pihak) tidak timbul - Malaysiakini

Saya ucap tahniah kepada DS Zahrain kerana jika beliau rasa sudah tidak sehaluan, jika sesuatu kepentingan dan keuntungan tak dapat dikaut elok benarlah dia keluar baris saje...
Jika agenda pribadi terselit dalam perjuangan, jika rasa kunun nya parti sudah lari daripada perjuangan asal, jika merasa diri sendiri lebih bijak lebih pandai memimpin dan membuat keputusan elok sangatlah beliau keluar daripada duduk dalam parti tapi tak puas hati sana sini, asyik seronok berlawan menyerang sesama sendiri, atas alasan kunun nya
sayangkan parti...tapi sebenarnya lebih kepada merosakkan imej parti!

Biarpun DS Zahrain telah khianat dengan pengundi parti namun tindakan beliau dapat mengurangkan sedikit kemelut dalaman...duduk luar parti kita lawan baru syok!.. kan.
Harapan saya DS Zahrain tidak kekal jadi wakil Bebas selepas ini, sekurang-kurang nya beliau
berjaya menubuhkan satu lagi parti baru (DS ada pengikut nanti boleh buat ikut suka hati pada parti sendiri)...itupun jika dia benar-banar sudah tak berselera dengan UMNO lagi.

Sekali lagi...tahniah Dato' Seri Zahrain!




Sabtu, 6 Februari 2010

kesian Sepol Bukhari...

Sepol Bukhari mengadu diliwat pada 26 Jun 2008

Gambar di bawah ni diambil pada 27 Jun 2008 semasa kunjungan team AIC Anwar Ibrahim Club....


~ni link tempat aku jumpa:

Gambar Sepol Selepas Di Liwati....IkutSukaAku

pembantu pegawai peribadi yang balaci-baginda reformasi


~nampak tu Sepol masih lagi bertenaga dan mampu mengukir senyuman sambil2 hidang ayaq...kantoi2




Isnin, 1 Februari 2010

salam

catatan i

Alhamdulillah...bertemu lagi setelah lebih 2 minggu tidak update blog.Setelah 10 hari saya mengembara merentasi Borneo, perjalanan dari Kuching hingga ke Sandakan sejauh lebih 1700 km...menarik dan memenatkan.Teman2 bloggers..moga moga kalian sehat sejahtera dan sentiasa diberkati Allah SWT...amin.

catatan ii

di zaman IT sudah menjadi trend melahirkan rasa tak puas hati melaluinya.Ianya sukar diredakan sukar dipadam.Hati sendiri yang seringkali tidak puas atas sesuatu dan aktif menyebarkan serta berusaha menarik orang lain supaya memberi sokongan.Jika meluahkan rasa tak puas hati kepada pihak yang berlawanan itu tak pelik tetapi dalam kelompok sendiri.Lawan bagai nak rak.

Bukan tak boleh merasa tak puas hati dan kecewa tetapi wajarkah kata2 seperti bangang, bodoh bebal dilebelkan jika sesuatu keputusan dan tindakan tidak mengikut cita rasa kita? Apabila sumpah seranah dah muncul yang asalnye berniat ikhlas dah jadi macam mercedes e-class yang glemer tuu...hehe