Rabu, 15 April 2009

'Kami mampu lakar sejarah'



AKSI Ronaldo ketika menentang FC Porto di Old Trafford minggu lalu. Awal pagi esok kedua-dua pasukan bertemu lagi dalam perlawanan suku akhir kedua dengan agregat terikat 2-2.

United bakal menang kerana kami lebih baik: Ronaldo

PORTO: Cristiano Ronaldo meramalkan Manchester United akan kekal dalam buruan mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara dengan mencatat kemenangan bersejarah ke atas Porto pada suku akhir kedua hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia).

Selepas hanya seri 2-2 dalam pertemuan pertama di Old Trafford, minggu lalu, skuad bimbingan Alex Ferguson perlu menang atau seri dengan jaringan tinggi di Portugal, andai mahu melangkah ke separuh akhir.

Biarpun United boleh mara dengan keputusan seri 3-3, hasil kiraan gol tempat lawan, hakikatnya kelab Liga Perdana Inggeris itu perlukan kemenangan di Stadium Dragao.

p/s ~hang pagi ni sir alex jgn bg malu aku..habaq kat anak buah hang main btoi2...lg satu jgn duk peturun barbetov ngan anderson mlm ni...kalu kalah hang siap!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan