Memaparkan catatan dengan label sport. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sport. Papar semua catatan

Isnin, 27 April 2009

jadiii..jadi pelik

catatan satu

Penantian di Penanti akhirnya terjawap hari ni setelah SPR mengumumkan pilhanrya kecil di DUN Penanti akan diadakan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pada 23 Mei ini.Naseb bukan 13 Mei(ni modal umno nak ceramah..haha)
Tapi kali ni SPR menambah kan lagi darjah kepelikan(mcm org buang tebiat) mereka dgn melarang mendirikan pondok panas atau barung dan juga dilarang ada perayu undi ketika hari mengundi...nak melaksanakan budaya tenang dan aman dlm p/raya kata SPR...hehe ye ke? Selama hangpa(SPR salah satu kompenan parti gelap BN, mcm kekasih gelap tu ler) duk menang dulu2 suka hati laki tiri mak hang jer benarkan bende2 tu semua... ada lagi kah selepas ini perkara2 yg pelik akan diumumkan?? apakah kepelikan undang2 SPR ini bakal menjamin kemenangan UMNO BN?? InsyaAllah rakyat Penanti sedang menanti untuk mnjaringkan gol ke 5 PR yg bakal mnjadi kan kedudukan PR 5 - UMNOBN 1(btg ai)..


catatan 2


Alex Ferguson

'Kami tak harus terlalu yakin ketika ini'

MANCHESTER: Alex Ferguson enggan mengakui perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah berakhir selepas skuadnya berkelebihan tiga mata di tangga teratas hasil kejayaan menakjubkan 5-2 ke atas Tottenham Hotspur di Old Trafford, kelmarin.

Pengurus United itu melihat pasukannya menyumbat lima gol dalam tempoh 22 minit babak kedua untuk bangkit selepas ketinggalan 0-2, tetapi mereka beruntung hasil anugerah penalti kontroversi oleh pengadil, Howard Webb.



Jumaat, 24 April 2009

menuju puncak

menuju puncak ni takde kena mengena dengan lagu tema AF tuu,,jauh sekali dengan cerita zamry n the geng yg merampas puncak pemerintahan di perak nun tapi ini hal ehwal team manchester united saje.Sebenar bkn sahaja menuju puncak tp sedang kemas berada di puncak setelah semalam red devil menjinakkan portsmouth 2-0 di old traffold...kalu tengok corak permainan semlm mau tujuh lapan biji portsmouth kena tapi ini lah bolasepak faktor luck tu yg menentukan..apa2 pun janji menang red devil, baru aku lena tdoq..hahahaaa

All the pics as Man Utd returned to the summit and there was a real classic at Anfield. [+]

Back on top

Isnin, 20 April 2009

Everton ke final



PEMAIN Everton, Tim Cahill (kiri) bergelut dengan pemain Manchester United, Rafael dalam saingan separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, malam tadi.

Ketepi United menerusi penentuan penalti 4-2


hampeh hampehh hampehhh...

Jumaat, 17 April 2009

Glory ManU

Man Utd to face Arsenal

GettyImages
Man Utd scorer Ronaldo celebrates at the final whistle
Manchester United will face Arsenal in the semi-final of the Champions League after Cristiano Ronaldo gave the reigning European champions a 1-0 win against Porto




horeyyyy!!
!

Rabu, 15 April 2009

'Kami mampu lakar sejarah'



AKSI Ronaldo ketika menentang FC Porto di Old Trafford minggu lalu. Awal pagi esok kedua-dua pasukan bertemu lagi dalam perlawanan suku akhir kedua dengan agregat terikat 2-2.

United bakal menang kerana kami lebih baik: Ronaldo

PORTO: Cristiano Ronaldo meramalkan Manchester United akan kekal dalam buruan mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara dengan mencatat kemenangan bersejarah ke atas Porto pada suku akhir kedua hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia).

Selepas hanya seri 2-2 dalam pertemuan pertama di Old Trafford, minggu lalu, skuad bimbingan Alex Ferguson perlu menang atau seri dengan jaringan tinggi di Portugal, andai mahu melangkah ke separuh akhir.

Biarpun United boleh mara dengan keputusan seri 3-3, hasil kiraan gol tempat lawan, hakikatnya kelab Liga Perdana Inggeris itu perlukan kemenangan di Stadium Dragao.

p/s ~hang pagi ni sir alex jgn bg malu aku..habaq kat anak buah hang main btoi2...lg satu jgn duk peturun barbetov ngan anderson mlm ni...kalu kalah hang siap!!!

Isnin, 13 April 2009

Manchester United kekal di puncak liga


PENYERANG Liverpool, Fernando Torres (kanan) menanduk bola untuk menjaringkan gol pasukannya menentang Blackburn Rovers di Anfield, semalam. Meskipun menang 4-0,
Liverpool gagal memintas kedudukan Manchester United yang mengatasi Sunderland 2-1. - AFP


LONDON - Dua jaringan Fernando Torres membantu Liverpool membelasah Blackburn 4-0, namun gagal memintas kedudukan Manchester United selaku pendahulu Liga Perdana England, semalam.

United mengekalkan kedudukan teratas liga selepas menumpaskan Sunderland 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung lewat malam.



~bubbye leberpool..hehe glory glory

futsol time

~mlm tadi men futsol
~freindly geng br0 vs OT Team
~Gelanggang kat One Touch Temerloh(OT)
~Masa jam 11 malam
~keputusan? tak kira brp..err rasenye geng br0 kalah kut..hehe
~ lotih mmg lotih, tapi yang paling ponting semua bergumbiraa

kat bwh ni adalah kapten ke2 2 pasukan...mmmpehh hehehe









Isnin, 6 April 2009

keputusan yg diharapkan..

United kembali di puncak




semalam keputusan EPL Manchester United 3 - Aston Villa 2..memang aku harap sangat geng red devil ni menang....yahuuuu!!

esok...

PRK...bkt gantang bkt selambau batang ai
harapan aku keputusan nye Pakatan Rakyat 3 - Barisan Nasional 0


Jumaat, 3 April 2009

keputusan yg mengejutkan

Setiap jaringan bagai tikaman ke jantung saya'

LA PAZ: Diego Maradona berkata setiap gol Bolivia adalah seperti tikaman ke jantungnya selepas Argentina diaibkan angkara kekalahan 1-6 pada aksi kelayakan Piala Dunia di gelanggang tanah tinggi kepada barisan bukan pilihan itu.

Maradona, yang enggan menyalahkan ketinggian La Paz pada tahap 3,600 meter daripada aras laut, memberi pujian kepada lawan dan berkata dia turut menderita seperti rakyat Argentina lainnya.

Sebelum menjadi jurulatih Argentina, Maradona menyokong kempen Bolivia menentang Fifa yang melarang perlawanan di kawasan tinggi - apabila mengambil bahagian dalam perlawanan kebajikan bersama-sama Presiden Evo Morales, tahun lalu.

Larangan itu kemudiannya dibatalkan.

"Saya menderita seperti mereka (rakyat Argentina)," kata Maradona. "Setiap gol Bolivia adalah tikaman ke jantung saya. Jika kami mimpikan ini akan berlaku sebelum perlawanan, kami pasti beranggapan ia adalah mustahil," kata Maradona yang juga tampak sukar bernafas ketika sidang media itu.

"Kami perlu memuji Bolivia yang lebih baik dalam semua bahagian. Tiada apa lagi mahu diperkatakan. Mereka menundukkan kami secara jelas dan kini kami perlu bermula sekali lagi.

"Bolivia mempamer aksi hebat dan menemui sasaran dengan setiap ancaman. Mereka bermain baik, daripada penjaga gol hinggalah pemain simpanan terakhir," katanya. - Reuters

ayoyo bro ape dah jadiii??? hehehe