Setiap jaringan bagai tikaman ke jantung saya'
LA PAZ: Diego Maradona berkata setiap gol Bolivia adalah seperti tikaman ke jantungnya selepas Argentina diaibkan angkara kekalahan 1-6 pada aksi kelayakan Piala Dunia di gelanggang tanah tinggi kepada barisan bukan pilihan itu.
Maradona, yang enggan menyalahkan ketinggian La Paz pada tahap 3,600 meter daripada aras laut, memberi pujian kepada lawan dan berkata dia turut menderita seperti rakyat Argentina lainnya.
Sebelum menjadi jurulatih Argentina, Maradona menyokong kempen Bolivia menentang Fifa yang melarang perlawanan di kawasan tinggi - apabila mengambil bahagian dalam perlawanan kebajikan bersama-sama Presiden Evo Morales, tahun lalu.
Larangan itu kemudiannya dibatalkan.
"Saya menderita seperti mereka (rakyat Argentina)," kata Maradona. "Setiap gol Bolivia adalah tikaman ke jantung saya. Jika kami mimpikan ini akan berlaku sebelum perlawanan, kami pasti beranggapan ia adalah mustahil," kata Maradona yang juga tampak sukar bernafas ketika sidang media itu.
"Kami perlu memuji Bolivia yang lebih baik dalam semua bahagian. Tiada apa lagi mahu diperkatakan. Mereka menundukkan kami secara jelas dan kini kami perlu bermula sekali lagi.
"Bolivia mempamer aksi hebat dan menemui sasaran dengan setiap ancaman. Mereka bermain baik, daripada penjaga gol hinggalah pemain simpanan terakhir," katanya. - Reuters
ayoyo bro ape dah jadiii??? hehehe
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
5 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan