Manchester United juarai EPL kali ketiga berturut-turut
16/05/2009 10:11pm
MANCHESTER 16 Mei - Manchester United berjaya menjulang kejuaraan Liga Perdana England (EPL) buat kali ketiga berturut-turut selepas terikat 0-0 dengan Arsenal di Old Trafford, malam ini.
United memerlukan hanya satu mata untuk menjulang kejuaraan dan keputusan itu meletakkan kelab itu tidak lagi mampu dipintas oleh pasukan di tangga kedua Liverpool, yang ketinggalan tujuh mata dan masih mempunyai baki dua perlawanan.
Ini bermakna United kini menjulang 11 kejuaraan EPL dalam tempoh 17 musim di bawah pengurus Alex Ferguson dan menyamai rekod Liverpool yang 18 kali muncul juara liga.
Ferguson telah memenangi 25 trofi kejohanan utama sejak tiba di kelab itu pada 1986 dan berharap dapat menambah kepada 26 trofi apabila United berdepan Barcelona pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Rom pada 27 Mei ini. - AP
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
5 minggu yang lalu
tahniah la bro wa mmg benggan nie ingat MU kena tunggu samapi last game baru boleh declare juara....lupa kata mau jumpa furgeson bro
BalasPadamTQ bro..hehe, jgn bengang2..kan lebarfool dpt jadi naib juara..okay la tuh..haaa!
BalasPadamp/s wa dh kol sir alex tp dia xangkat!