Sabtu, 24 Oktober 2009

EGM, Pesanku: tok guru, sebaiknya bincang dalam mesyuarat...



"Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.”

..."Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam"".

(beberapa petikan dari blog tok guru)


Muktamar Luar Biasa Pas..Berdasarkan pengalaman yang luas Tok Guru Nik Aziz dalam memimpin dan menguruskan Pas saya berpendapat sebaik2nya ToK Guru kemukakan di dalam mesyuarat AJK Pas Pusat.Bincanglah di situ apa pun demi kebaikan perjuangan ini.Bangkitkan seribu kekusutan di medan mesyuarat itu.

Di dalam mesyuarat Tok Guru boleh membentangkan siapa dalang siapa kemuncup siapa bergolak siapa khianat siapa khalwat dedahkan lah di situ.Tok Guru boleh kemukakan bukti secukup-cukupnya untuk menghapuskan kemuncup2 jika ada.Tok Guru boleh bentangkan kesahihan satu gerakan khianat dan ghok ghak (kacau)pemimpin2 tertentu sedang berlaku di peringkat tertinggi kepimpinan Pas. Dan jika semuanya berjaya dibuktikan maka selayaknya satu EGM diusulkan dan saya percaya AJK Pusat yang hadir pasti akan memberi sokongan cadangan Tok Guru itu.

Begitu juga pemimpin2 yang kena tuduh pasti nya mereka ingin membuat penjelasan dan pembelaan.Tok Guru juga pasti ingin mendengar penjelasan mereka.Ini kan prinsip kepada keadilan Islam.Saya juga percaya bukti yang bakal Tok Guru kemukakan nanti bukan berdasarkan sekadar cakap2 atau desas desus sahaja.Pasti sohih.

Berbalik tentang idea EGM yang dilontar dari Tok Guru melalui blog, sekali lagi bagi saya saluran ini sangat tidak sesuai, apatah lagi Tok Guru seorang yang sangat berpengaruh di dalam Pas baik di luar.Kesannya, pandangan ini boleh memecahkan Pas kepada 'team' , ianya sangat buruk kepada kelangsungan perjuangan Pas itu sendiri. Bagi saya yang hidup bersama nadi Pas di cawangan, bersusah payah bermesyuarat, berusrah di peringkat cawangan tidak rela hala tuju Pas dicaturkan di alam cyber ini.

Sekali lagi saya sangat berharap Tok Guru, sebaiknya bawalah perkara ini di dalam mesyuarat...

Demikian pandangan saya berkenaan EGM, cuma sedikit sahaja yang mampu diluahkan walau banyak lagi yang nak diperkatakan, ini hanya pandangan peribadi yang boleh jadi benar boleh jadi tidak, yang boleh diterima boleh ditolak.

Biarpun saya hanya petugas menampal poster pas sahaja, namun saya juga sayangkan Pas sama seperti Tok Guru sayangkan Pas...



4 ulasan:

  1. aku risau dengan cahaya bulan ini bro...seperti ada yang tak kena. sedang UMNO_BN semakin galak menumbangkan orang kita satu persatu

    BalasPadam
  2. aku pun sama juge bro...tp hrp2 mende2 ni bleh settle...tumpuan gerak kerja tumpaskan umn0 lagi dan lagi...

    bro kita bertenang, sabar dan solat hajat mohon pnyelesaian dr Allah moga2 dpt yg trbaik...:)

    BalasPadam
  3. salam abgbro,

    terima kasih kerana menjenguk. sy alu2kan teguran tuan. Takbir 3x

    BalasPadam
  4. salam tuan albrangi...tq kembali :)

    BalasPadam