~ Di Bagan Pinang, UMNO BN telah mengerahkan segala kekuatan yang mereka ada, segala janji-janji manis telah ditabur, wang ringgit, samseng dan termasuk menggunakan agensi2 kerajaan serta ditambah dengan memiliki kekuatan 4600 kertas undi dari pengundi pos yang sangat misteri walaupun disimpan dibilik kebal dengan tanpa dibenarkan wakil parti bertanding mengawalnya.(tang ni memang sangat diragui ).
Dengan menggunakan sepenuhnya media cetak arus perdana(jamban)RTM dan TV3 untuk melanyak dan membantai bukan sahaja calon Pas dan Pas itu sendiri tetapi semua parti dalam Pakatan rakyat turut dihentam oleh mereka.Di Bagan Pinang, DS Anwar Ibrahim seolah2 calon Pas di situ kerana beliau menjadi sasaran utama bedilan UMNO BN.Walaubagaimana pun kita semua sedar, ini semua tidak lain hanya untuk menghakiskan sokongan rakyat terhadap PR dan dalam masa yang sama cuba meraih undi bagi mempertahankan kubu kuat mereka itu.
Bagi mereka UMNO mesti dipertahankan habis-habisan walau apa cara sekalipun, termasuk mengupah samseng(taik kucing)untuk melakukan serangan secara fizikal terhadap petugas2 PR dan UMNO BN juga turut mengupah mat-mat motor untuk membuat bising dibeberapa tempat ceramah PR.Bagi mereka UMNO tidak boleh kalah lagi sekali ini biarpun calon yang mereka pilih itu terpalit dengan kesalahan rasuah.Suka benar UMNO BN kepada perasuah.
Jika kalah di Bagan Pinang kali ini maka ia merupakan satu lagi petanda tragedi Oktober yang hitam buat UMNO BN kerana mereka sudah berjaya ditewaskan dikubu mereka sendiri.Juga jarak masa untuk dikuburkan sudah tidak lama lagi.
Semoga esok Allah memberi kemenangan kepada calon Pakatan rakyat daripada PAS di dalam PRK Bagan Pinang.
~didoakan keselamatan kepada para petugas2 Pakatan Rakyat baik melayu cina india dan lain2 nya dari sebarang anasir jahat UMNO BN di Bagan Pinang dan semoga kembali ke tempat masing2 dengan selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan