Khamis, 29 Oktober 2009

dokongilah...



Semalam setelah bermesyuarat khas lebih daripada 4 jam Presiden Pas melalui sidang media memaklumkan beberapa perkara penting yang dicapai hasil dari berbincang, berhujah, memberi pandangan di dalam mesyuarat yang dikhabar agak panas itu.

Seperti mana yang dilaporkan oleh harakahdaily diantaranya 3 perkara penting yang sedang hangat dibincangkan dipasaran telah diputuskan dan persetujui semalam:

1. Satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

2. Mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

3. Isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.


Saya percaya ada perkara lain lagi yang telah dibincangkan namun tidak perlu diumumkan semua.Apa yang penting bagi kita mempunyai ruh berjemaah, suka mahu pun tidak mestilah mendokongi keputusan jemaah...Ayuh kita rapatkan kembali saf ini, kukuhkan ukhwah dalam mengharungi liku perjuangan...wallahua'lam


4 ulasan:

  1. mamai...bulan kan terus bercahaya

    BalasPadam
  2. Ada suara-suara yang tidak puashati dengan perbincangan PAS semalam....... mereka seperti ada agenda tersendiri dengan apa yang berlaku.... apa sebenarnya yang membuatkan mereka bergitu takut..... dari apa yang saya layari, ianya adalah daripada blog2 PKR. Apakah mereka mengira yang PAS seperti parti politik yang lain..... sedangkan dalam sejarah perjuangan PAS.... PAS tidak pernah menikam kawan kerana PAS yang sentiasa ditikam setelah agenda mereka berjaya. PAS adalah sebuah parti politik yang setiakawan kerana PAS berjuang di atas dasar Islam dan bukan sekular.

    BalasPadam
  3. tuan musafirlalu...sy pun melihat bgitu di sesetengah blog...xpuas ati memanjang puak2 ni...patot jg parti sendiri aje lah...kan

    BalasPadam