Memaparkan catatan dengan label bagan pinang umno rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bagan pinang umno rasuah. Papar semua catatan

Ahad, 11 Oktober 2009

Bagan Pinang:Ku terima kekalahan ini...

Siapa yang tidak rasa kecewa? bohong jika tak rasa dukacita...namun ku terima kekalahan ini, ku harus sedari bahawa Bagan Pinang dan Batang Ai adalah sama...

Lawan tetap lawan !!!

6.52pm : Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 5,331 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 7,821 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,490 undi. Undi rosak 84.

Setakat ini, 10,395 daripada 11,157 undi atau 93.2 peratus undi telah dihitung.


idhamlim.blogspot


Jumaat, 9 Oktober 2009

Bagan Pinang: Antara berita yg tidak akan disiarkan di media arus jamban UMNO BN...

Bagan Pinang:petugas PAS telah dipukul SAMSENG UMNO!!~Malaysiakini

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.(kalu kena tang org Pas pusing2 pulak pak polisi ni jawap)

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.

Image(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Image

(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)

Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS,"

P/S:PASTIKAN UMNO JATUH TERSUNGKUR BIAR MEREKA TAHU APA MAKSUD UNDI RAKYAT PENENTU KERAJAAN. JANGAN BIARKAN SAMSENG MEMERINTAH NEGARA HAPUSKAN UMNO HAPUSKAN BN!!! HIDUP RAKYAT

mamposs UMNO!!!



Isnin, 5 Oktober 2009

drama tamil di Bagan Pinang

Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!
Mohd Khalil Abdullah
Mon | Oct 05, 09 | 3:38:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?







Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

Image(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Image(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

Image (Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal


Gambar terbaru Azeez yang sedang nazak sekarang...


ni gambo beberapa jam sebelum nazak....















tinggai nyawa2 ikan...




Sabtu, 3 Oktober 2009

yang tersirat dan tersurat di Bagan Pinang pagi ini...

Hanya Isa dan Zulkefly serah borang pencalonan

abih pokcik din ni sebenarnye nak jadi calon bebas ke atau sengaja cari alasan nak keluar daripada PKR?




~pokcik apo kono butang baju ekau tu tak abih lokat...baru lopeh konceng ko?
hehehe...

Rabu, 30 September 2009

UMNO dan rasuah bagai pinang dibelah dua...memang ngam



[isa.jpg]

Dengan pemilihan Tan Sri Isa Samad bagi mewakili BN dalam PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti semakin jelas kepada kita bahawa UMNO adalah parti penyubur rasuah, pembela kaki rasuah.Mana tidaknya 1Malaysia tahu TS Isa adalah pesalah rasuah (UMNO bilang politik wang) yang dapat dibuktikan oleh Jawatankuasa Disiplin parti itu beliau merasuah dan dikenakan hukuman gantung keahlian selama 3 tahun, yang mana beliau dilucutkan jawatan menteri dan naib presidennya, semua orang masih ingat.Itu undang2 UMNO, jika dilihat dalam kes tuduhan rasuah dan salahguna kuasa DS Anwar 10 tahun lalu, yang buktinya entah apa2...kelaut semua nya, DS Anwar dihukum penjara 6 tahun.Tetapi TS Isa tidak dihadapkan ke mana2 mahkamah di dalam Malaysia ini.Nah...UMNO menternak perasuah lah namanya tu...

Pertikaian awal mengenai siapa calon, sebelum pencalonan beliau semalam telah kita nampak dikalangan UMNO sendiri, Tun Mahathir pun tak suka, KJ pun sama.Apa yang sangat memelikkan ada segelintir puak yang bagai nak rak, guling-guling nak jugak TS Isa ni jadi calon, sampai UMNO diugut boikot oleh ahlinya sendiri. Apakah mereka ini sudah hilang kewarasan, hilang pertimbangan untuk berfikir dan menilai atau mereka juga kaki rasuah? Atau rasuah sudah menjadi darah daging kepada UMNO?

Walau apa pun semua nya ini adalah sebagai petunjuk kepada rakyat 1Malaysia.Jika 11 Oktober nanti BN menang juga, maka semakin fahamlah kita bahawa UMNO memang suka kepada rasuah dan perasuah, usaha nak memerangi wabak itu dalam UMNO hanya sandiwara dan undang2 rasuah 1Malaysia hanya untuk PR dan rakyat sahaja.Jika BN menang bak kata pepatah baru UMNO dan rasuah bagai pinang dibelah dua...memang serasi bersama.


p/s walaupun kita tahu hampir 5 ribu pengundi pos di Bagan Pinang tetapi maruah pengundi wajib dipertahankan! Jangan bagi undi kepada pelaku rasuah!