Memaparkan catatan dengan label prk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk. Papar semua catatan

Ahad, 11 Oktober 2009

Bagan Pinang:Ku terima kekalahan ini...

Siapa yang tidak rasa kecewa? bohong jika tak rasa dukacita...namun ku terima kekalahan ini, ku harus sedari bahawa Bagan Pinang dan Batang Ai adalah sama...

Lawan tetap lawan !!!

6.52pm : Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 5,331 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 7,821 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,490 undi. Undi rosak 84.

Setakat ini, 10,395 daripada 11,157 undi atau 93.2 peratus undi telah dihitung.


idhamlim.blogspot


Sabtu, 10 Oktober 2009

Bagan Pinang:semoga esok menjadi tragedi Oktober yang hitam buat UMNO BN....

UNDILAH CALON PAS

~ Di Bagan Pinang, UMNO BN telah mengerahkan segala kekuatan yang mereka ada, segala janji-janji manis telah ditabur, wang ringgit, samseng dan termasuk menggunakan agensi2 kerajaan serta ditambah dengan memiliki kekuatan 4600 kertas undi dari pengundi pos yang sangat misteri walaupun disimpan dibilik kebal dengan tanpa dibenarkan wakil parti bertanding mengawalnya.(tang ni memang sangat diragui ).

Dengan menggunakan sepenuhnya media cetak arus perdana(jamban)RTM dan TV3 untuk melanyak dan membantai bukan sahaja calon Pas dan Pas itu sendiri tetapi semua parti dalam Pakatan rakyat turut dihentam oleh mereka.Di Bagan Pinang, DS Anwar Ibrahim seolah2 calon Pas di situ kerana beliau menjadi sasaran utama bedilan UMNO BN.Walaubagaimana pun kita semua sedar, ini semua tidak lain hanya untuk menghakiskan sokongan rakyat terhadap PR dan dalam masa yang sama cuba meraih undi bagi mempertahankan kubu kuat mereka itu.

Bagi mereka UMNO mesti dipertahankan habis-habisan walau apa cara sekalipun, termasuk mengupah samseng(taik kucing)untuk melakukan serangan secara fizikal terhadap petugas2 PR dan UMNO BN juga turut mengupah mat-mat motor untuk membuat bising dibeberapa tempat ceramah PR.Bagi mereka UMNO tidak boleh kalah lagi sekali ini biarpun calon yang mereka pilih itu terpalit dengan kesalahan rasuah.Suka benar UMNO BN kepada perasuah.

Jika kalah di Bagan Pinang kali ini maka ia merupakan satu lagi petanda tragedi Oktober yang hitam buat UMNO BN kerana mereka sudah berjaya ditewaskan dikubu mereka sendiri.Juga jarak masa untuk dikuburkan sudah tidak lama lagi.

Semoga esok Allah memberi kemenangan kepada calon Pakatan rakyat daripada PAS di dalam PRK Bagan Pinang.


~didoakan keselamatan kepada para petugas2 Pakatan Rakyat baik melayu cina india dan lain2 nya dari sebarang anasir jahat UMNO BN di Bagan Pinang dan semoga kembali ke tempat masing2 dengan selamat.


Jumaat, 9 Oktober 2009

Bagan Pinang: Antara berita yg tidak akan disiarkan di media arus jamban UMNO BN...

Bagan Pinang:petugas PAS telah dipukul SAMSENG UMNO!!~Malaysiakini

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.(kalu kena tang org Pas pusing2 pulak pak polisi ni jawap)

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.

Image(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Image

(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)

Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS,"

P/S:PASTIKAN UMNO JATUH TERSUNGKUR BIAR MEREKA TAHU APA MAKSUD UNDI RAKYAT PENENTU KERAJAAN. JANGAN BIARKAN SAMSENG MEMERINTAH NEGARA HAPUSKAN UMNO HAPUSKAN BN!!! HIDUP RAKYAT

mamposs UMNO!!!



Isnin, 5 Oktober 2009

drama tamil di Bagan Pinang

Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!
Mohd Khalil Abdullah
Mon | Oct 05, 09 | 3:38:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?







Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

Image(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Image(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

Image (Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal


Gambar terbaru Azeez yang sedang nazak sekarang...


ni gambo beberapa jam sebelum nazak....















tinggai nyawa2 ikan...




Sabtu, 3 Oktober 2009

yang tersirat dan tersurat di Bagan Pinang pagi ini...

Hanya Isa dan Zulkefly serah borang pencalonan

abih pokcik din ni sebenarnye nak jadi calon bebas ke atau sengaja cari alasan nak keluar daripada PKR?




~pokcik apo kono butang baju ekau tu tak abih lokat...baru lopeh konceng ko?
hehehe...

Rabu, 30 September 2009

UMNO dan rasuah bagai pinang dibelah dua...memang ngam



[isa.jpg]

Dengan pemilihan Tan Sri Isa Samad bagi mewakili BN dalam PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti semakin jelas kepada kita bahawa UMNO adalah parti penyubur rasuah, pembela kaki rasuah.Mana tidaknya 1Malaysia tahu TS Isa adalah pesalah rasuah (UMNO bilang politik wang) yang dapat dibuktikan oleh Jawatankuasa Disiplin parti itu beliau merasuah dan dikenakan hukuman gantung keahlian selama 3 tahun, yang mana beliau dilucutkan jawatan menteri dan naib presidennya, semua orang masih ingat.Itu undang2 UMNO, jika dilihat dalam kes tuduhan rasuah dan salahguna kuasa DS Anwar 10 tahun lalu, yang buktinya entah apa2...kelaut semua nya, DS Anwar dihukum penjara 6 tahun.Tetapi TS Isa tidak dihadapkan ke mana2 mahkamah di dalam Malaysia ini.Nah...UMNO menternak perasuah lah namanya tu...

Pertikaian awal mengenai siapa calon, sebelum pencalonan beliau semalam telah kita nampak dikalangan UMNO sendiri, Tun Mahathir pun tak suka, KJ pun sama.Apa yang sangat memelikkan ada segelintir puak yang bagai nak rak, guling-guling nak jugak TS Isa ni jadi calon, sampai UMNO diugut boikot oleh ahlinya sendiri. Apakah mereka ini sudah hilang kewarasan, hilang pertimbangan untuk berfikir dan menilai atau mereka juga kaki rasuah? Atau rasuah sudah menjadi darah daging kepada UMNO?

Walau apa pun semua nya ini adalah sebagai petunjuk kepada rakyat 1Malaysia.Jika 11 Oktober nanti BN menang juga, maka semakin fahamlah kita bahawa UMNO memang suka kepada rasuah dan perasuah, usaha nak memerangi wabak itu dalam UMNO hanya sandiwara dan undang2 rasuah 1Malaysia hanya untuk PR dan rakyat sahaja.Jika BN menang bak kata pepatah baru UMNO dan rasuah bagai pinang dibelah dua...memang serasi bersama.


p/s walaupun kita tahu hampir 5 ribu pengundi pos di Bagan Pinang tetapi maruah pengundi wajib dipertahankan! Jangan bagi undi kepada pelaku rasuah!



Selasa, 25 Ogos 2009

UMNO tewas lagi buat kali ke-7

CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad

CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad


keputusan rasmi PRK Permatang Pasir

: 9618
: 5067
MAJORITI : 4551
JUMLAH UNDI ROSAK : 83

Ucapan sulung selepas kemenangan...

"Kejayaan ini adalah kejayaan semua" kata YB Salleh Man ketika menerima keputusan penuh undian PRK N11 di Markas Induk Permatang Pasir lebih kurang jam 6:50 petang tadi dengan diiringi sorakan takbir oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir.

Malam ini juga bertempat di Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir, pihak Pakatan Rakyat akan mengadakan satu ceramah bagi meraikan kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil kali ini sekaligus menambahkan 1 lagi rekod kekalahan UMNO/BN kepada 7 kali.
(perisik-rakyat.com)

abgBro ~ setinggi-tinggi tahniah buat pengundi Permatang Pasir...Umno sebelum ini tewas di Manek Urai, Penanti, Bkt. Gantang, Bkt. Selambau, Kuala Terengganu dan Permatang Pauh...dan hanya menang di Batang Ai.


Isnin, 24 Ogos 2009

Tewaskan UMNO BN!!

Kekalkan Kemenangan Rakyat

Kekalkan Kemenangan Rakyat



keputusan PRU 12

Jumlah Pengundi: 20,350
Peratusan Kaum: M: 72.31% C: 25.94% I: 1.61% L: 0.14%
1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) (11,004)
2. Ahmad Sahar Shuib (BN) (5,571)
Majoriti: 5,433
Jumlah undi: 16,802
Peratus mengundi: 82.57%
Undi rosak: 227
Penyandang: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)
(Majoriti: 679 undi)

Esok tewaskan lagi UMNO BN!!

[postercalon_300.jpg]


Esok rakyat Permatang Pasir ayuh tewaskan lagi UMNO BN! Kekalkan kemenangan rakyat dan tumbangkan UMNO BN buat kali ketujuh bagi pilihanraya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia sejak 8 Mac 2008.

Terima kasih...


Isnin, 17 Ogos 2009

Permatang Pasir: Pas vs BN, calon bebas acah jer...



BERIKUT adalah perkembangan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pagi ini:

11.35 pagi : Sah! Hanya satu lawan satu di Permatang Pasir. Saingan satu penjuru antara calon PAS dan BN. Ketika ini penyokong mula beransur bersurai.

11.35 pagi : Pimpinan Pakatan Rakyat dan calon PAS keluar dari pusat penamaan calon. Bacaan doa oleh Ustaz Sabri (calon yang lawan Pak Lah). Ketika ini calon PAS sedang berucap kepada penyokong PAS yang hadir.

11.30 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya telah mengumumkan calon yang akan bertanding bagi Pilihanraya DUN Permatang Pasir (N.11) iaitu Salleh Man dari PAS dan Rohaizat Othman dari BN.

Lima belas bantahan yang dikemukakan terdahulu, bagaimanapun ditolak SPR.

11.20 pagi : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat keluar dari pusat penamaan calon, ketika ini beliau disambut penyokong Pakatan Rakyat.

Sementara itu, di kekecohan mula berlaku dengan serangan pukulan dari anggota polis terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan. Serangan tanpa sebab idan penangkapan ahli parlimen itu mengakibatkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat.

11.00 pagi : Sesi pameran dan bantahan pencalonan sudah berakhir. Masih menantikan pengumuman dari pegawai SPR.

10.58 pagi : Kehadiran peyokong Pakatan Rakyat yang semakin ramai sehingga terpaksa memasuki ke dalam pagar di hadapan IKBN

10.38 pagi : Wakil pengundi-pengundi Permatang Pasir sedang mengisi borang bantahan dan menyerahkan borang berkenaan. Pegawai SPR bertugas sedang menyemak dan meneliti borang yang serahkan.

Penyokong Pakatan Rakyat masing-masing sedang tunggu keputusan.

10.20 pagi : Penyokong setia PAS tetap setia menanti walaupun cuaca menginjak panas. Suasana semakin meriah dengan semangat dari penyokong Pakatan Rakyat.

10.15 pagi : 10 org wakil pengundi Permatang Pasir dimaklum akan tampil untuk membuat bantahan yang diumumkan Mad Sabu sebentar tadi.

10.10 pagi Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi tadi.

10.05 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan proses bantahan bermula. Sesi pameran dan bantahan borang penamaan calon bermula. Ia akan berlangsung selama sejam.

10.00 pagi : SPR telah mengumumkan proses penghantaran borang telah di tutup. Di luar dewan, lagu tema PAS berkumandang di kawasan penamaan calon.

9.45 pagi : Ahli jawatan kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu membuat pengumuman tergempar bahawa PAS akan membuat bantahan pencalonan terhadap calon BN, disambut laungan penyokong Pakatan Rakyat.

Rohaizat Othman yang juga seorang peguam syarie dimaklumkan telah pun dipecat dari Bar Council kerana menipu pelanggannya dan telah pun dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin.

http://dppperak.blogspot.com


Sabtu, 15 Ogos 2009

Permatang Pasir: U vs U....buleh menang ka?

P/J lawan S/U Permatang Pasir - Malaysiakini



Melihat kembali keputusan PRU12 Pas menang dengan majoriti lima ribu lebih.Jika diambil kira keputusan itu maka UMNO masuk bertanding hanya untuk mengurangkan majoriti dan bukan untuk menang.Faktor akademik calon tidak menjadi isu seperti mana di Manek Urai kerana di Permatang Pasir kedua-dua nya berkelulusan universiti, cuma bidang yang berlainan.Di Manek Urai calon BN yang berkelulusan universiti tumpas di tangan abe Uji seorang peraih ikan.

Bila terjadi pengurangan majoriti seperti di Manek Urai yang tak tahan kita dengar dan lihat ialah ulasan berita TV3, RTM dan akhbar-akhbar arus perdana.Berjela-jela mengulas mengenai kalah tipis BN.Konon nya rakyat telah kembali menyokong UMNO/BN walaupun sebenarnya telah menolak mereka secara beransur-ansur biarpun jutaan wang ringgit telah mereka habiskan untuk memancing undi, namun kekalahan tetap dalam tangan bagi UMNO.

Kali ini, 25 Ogos nanti...bagaimana agak-agaknya?....UMNO hangpa buleh menang kaa??


Isnin, 13 Julai 2009

MU...hadiah untuk PM

Esok hari pengundian PRK Manek Urai.Harapan aku pengundi di sana akan mengekalkan kemenangan Pas seperti 8 Mac 2008.Undilah Abe Uji calon Pas sebagai balasan 11 hadiah Tok Najib kepada rakyat Malaysia kemarin.Selamat mengundi!





Sabtu, 11 Julai 2009

MU...berita gembira

Manik Urai : Ust Nasa dah turun kempen


Image bagi yang sangat mengambil berat tentang mengapa Ust Nasha tidak hadir ke MU sejak hari penamaan calon lagi, samada kebimbangan mereka itu berniat baik atau sebaliknya maka diharapkan dapat menerima berita gembira ini dengan hati yang tenang dan kita semua tunggu 14 hb ini ada satu lagi berita yang mengembirakan iaitu Umno/BN akan menerima kekalahan sekali lagi...
insyaAllah...




Selasa, 7 Julai 2009

Semalam di MU..



kelab sokong 1

kelap penyokong…..

DSC02570

Pas 4 all...

New_DSC02547

pitih mano weh...hehe

puteri

cik abe weiii..berdikir laaa...boring nie..boring boring

New_DSC02537

gerombolan barisan najib (BN)...

Isnin, 6 Julai 2009

MU kelate

Diberitakan ketika ini lebih 10 ribu orang penyokon Pas/PR bersama pimpinan2 Pas,Pkr dan Dap sedang mengiringi calon Pas ke Pusat penamaan Calon di Sekolah Menengah Keb Sultan Yahya Petra..begitu juga calon BN diketuai oleh pemimpin no 2 Umno brsama kira2 2 ribu penyokong mereka...

Diharapkan Abe Uji (Mohd Fauzi Abdullah-calon Pas) dan pengundi2 di Manek Urai sekali lagi dapat menewaskan Umno BN...amin


Ahad, 31 Mei 2009

Penanti dipertahankan...

Mansor menang, PKR kekalkan Penanti



BUKIT MERTAJAM: Sebagaimana dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang dengan majoriti 5,558 undi.

Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

Sebelum ini Mansor disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil hari ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.10 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit di sini.

Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Calon PKR ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.




Alhamdulillah.....


Sabtu, 30 Mei 2009

Selamat mengundi..

Esok, pengundi di DUN Penanti akan berpeluang sekali lagi untuk memilih wakil rakyat yang baru.Dalam masa yang sama UMNO Pulau Pinang telah mengarahkan 5000 ahlinya di DUN tersebut jangan keluar mengundi sebagai tanda protes, kunun nya.Tapi diharapkan arahan itu tidak dipedulikan oleh ahli-ahli UMNO di Penanti malahan diharapkan mereka keluar beramai-ramai bagi mengajar erti demokrasi kepada pemimpin mereka yang hanya tahu mengaut keuntungan bila musim pilihanraya sahaja.

Kita sudah sedia maklum calon-calon yang bertanding iaitu antara calon PKR dan 3 calon bebas.Kita juga sedia maklum mengikut sejarah dan rekod pencapaian calon bebas di semenanjung ini adalah amat buruk sekali kerana hampir kesemua mereka hilang wang pertaruhan pada setiap penyertaan mereka.Oleh kerana itu keputusan di Penanti esok sudah dapat kita jangka kan.Walau apapun sama-sama kita tunggukan sekitar pukul 9 malam esok, tunggu di depan tv kalau keputusan awal di keluarkan ini bermakna upset telah berlaku tetapi kalau sudah sampai pukul sebelas malam tak keluar lagi maka faham lah kita bahawa Pakatan Rakyat(PKR) telah sekali lagi memenangi DUN tersebut.

Selamat mengundi Pakatan Rakyat!


Jumaat, 29 Mei 2009

aduh aminah..

Aminah dakwa dapat sokongan ahli Wanita Umno-malaysiakini

Calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Aminah Abdullah mendakwa ahli Wanita Umno turut memberi sokongan kepadanya.

"Mereka kata, mereka sokong kak Min tetapi tak tahulah sama ada mereka akan mengundi Kak Min," katanya yang menggunakan lambang kunci.

aduh kak minah ooii, kalu sokong tp tak undi tu namanye sokong membawa rebah!

Sementara itu, Aminah Abdullah meminta siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan segera hasil siasatan berhubung dakwaannya cuba disogok wang tunai dan jawatan timbalan ketua menteri oleh PKR.

"Kalau umum lepas pilihanraya, kena buat pilihanraya sekali lagi.

"Nak buat piliharaya baru, kena duit lagi, jadi eloklah keputusan diumumkan sebelum hari mengundi Ahad ini," katanya.

aduh minah..awai2 hang dah terasa bakal menerima kekalahan..
ke hangpa dah berpakat dengan SPRM nak menang percuma?? kuang kuang kuangg

Selasa, 26 Mei 2009

minah rempit dan bebas..


Nama minah rempit bukan asing bagi kita semua.Nama yang seiring dengan Mat2 rempit.Tengok lah lagaknya..tak dapat dibayangkan..haha, kebanyakan mereka memilih cara hidup secara bebas dan tanpa menghabiskan wang yang banyak mereka mudah untuk diajak menjadi 'teman'...Walaupun isu minah rempit ni sudah agak reda sekarang namun ia bkn lah penunjuk bahawa gejala itu dah berkurangan tetapi hanya sekarang sudah kurang mendapat perhatian dari pihak berkuasa dan juga media.



Minah yang mendapat perhatian ketika ini adalah Minah calon bebas PRK DUN Penanti, Minah Bebas yang tiba2 menjadi topik hangat di dada2 akhbar dan juga TV.Mengapa jadi demikian? Minah yang menyatakan disogok oleh PKR dengan wang sejumlah RM 80 ribu jika menarik diri dari bertanding di Penanti.Minah Bebas ni bila diminta mengemukakan bukti beliau pula bagi syarat.Syaratnya parti PKR mesti bubar selepas kunun nya beliau berjaya membuktikan perbuatan rasuah tersebut.Tak pernah berlaku sebelum ini kepada mana2 calon bebas yang tampil mendapat perhatian bagaikan dia calon dari parti yang besar dan kita tahu BN tidak berani bertanding di situ.Siapa dia Minah Bebas ni??? Hah! paham sudah lah kita bahawa ade halimunan UMNO yang menyusup masuk bertanding! Kerja siapa lagi selama ni yang nak membubarkan parti PKR PAS DAP kalu tidak kerja UMNO? Kalu tengok mood rakyat sekarang untuk memilih Pakatan Rakyat begitu tinggi, agak2 betul ke harga Minah Bebas ni RM 80 ribu?Hebat sangat kah pengaruh dia?? Aku rasa 8 kupang pun belum tentu!..hahahaa

Rabu, 29 April 2009

kalu gitu tak payah pakat lah

PAS Permatang Pauh beku jentera p'raya

Awat jadi lagu tuu cheq oii..awat perwakilan Pas Permatang Pauh tak buat usul supaya Pas bertanding di seluruh negara? Walaupun itu kehendak akaq umbi walaupun ada masalah2 tertentu berkenaan calon atau PKR itu sendiri namun semangat setia kawan jangan dilunturkan! Nak perkasakan parti ke tarbiyyah ke itu hak parti masing2, jalankan lah tetapi dlm suasana menghadapi PRK ditempat sendiri ini wajarkah kita memberi peluru kpd musuh lebih2 lagi memberi satu gambran yg sgt negatif kpd pengundi2 khusus yg atas pagar.Biar sekuat mana jentera PKR di situ tetapi Pas juga perlu memberi komitmen utk mengerakkan jentera nya juga ..ni ada ka bg alasan PKR dah kuat...aduii la..Saya sangat berharap pimpinan pas pusat bertindak segera menyatakan pendirian berkenaan PRK DUN Penanti..jangan dibiarkan masalah ini berlarutan..apalah guna dilengahkan lagi hanya untuk membuat kenyataan di harakahdaily atau dimana2..jika masih berminat nak bermuafakat, jika tidak tak payah pakat2 lah!