catatan 1
Pejam celik pejam celik terasa pantasnya waktu berlalu.Ada yang pergi tak kembali ada yang baru melihat dunia, ada yang uzur ada yang pulih dan yang sehat akan bertemu keuzuran.Semua keadaan ini bakal kita tempuhi dan akan saksikan nya.Ya dunia ketika ini sudah disetkan oleh Allah SWT menjadi semakin laju waktunya, sesuai dengan umurnya yang kian hampir pada kiamat.Dunia tempat kita mencari bekal untuk akhirat semakin tua dan sudah tentu umur kita juga sebegitu.
catatan 2
Ramadan, bagai baru sahaja meninggalkan Ramadan 1429H.Kini 3 atau 4 hari lagi ia datang lagi.Bulan yang penuh berkah, seperti yang disebut Nabi SAW jika umat ini tahu keberkatan Ramadan nescaya akan minta Ramadan itu setahun lamanya.Walau di bulan ini kita sedar dan tahu akan fadhilatnya, kita tahu syaitan terbelenggu dari menghasut namun nafsu tetap bermaharajalela sebagaimana jika kita mendewa dan membelainya selama 11 bulan yang lalu.Maka jalan selamat untuk mengharungi ibadah puasa, wajib pada diri bermujahadah bertekad berazam meningkatkan amalan lebih baik daripada tahun sebelumnya.
catatan 3
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Secara umumnya puasa melatih kita menjaga pandangan, akal, pendengaran,lidah dan anggota tubuh badan jangan larut dengan hawa nafsu.Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.
Di Malaysia kita menjadikan bulan Ramadhan Al-mubarak sebagai bulan Pesta Makanan dan pembaziran.. ....lihat saja bazar atau pasar Ramadhan!

betul tu Bro
BalasPadamtgk la betapa cepatnye tahun Hijrah melangkaui tahun Masihi
cepat je dikejornye
emmm
serasa baru je tempah baju raya kene tempah lagi
baru je order kuih raya da kene order lagi
duit raya thn lepas pun ada lagi balance
cepatnya masa berlalu
makin dekat la kita dengan kematian
insaf...sekejap saja
tetapkan iman
bro selamat berpuasa perjuangan jangan turut puasa juga nanti P.pasir melepas lak kita
BalasPadamsal...ntah ngape sari dua ni aku duk asyik nyanyi lagu pergi tak kembali jer...huhhuu
BalasPadambro kita berjuang sampai akhir hayat...salam romadan :)
selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak paklah...
BalasPadam