Sabtu, 15 Ogos 2009

Permatang Pasir: U vs U....buleh menang ka?

P/J lawan S/U Permatang Pasir - Malaysiakini



Melihat kembali keputusan PRU12 Pas menang dengan majoriti lima ribu lebih.Jika diambil kira keputusan itu maka UMNO masuk bertanding hanya untuk mengurangkan majoriti dan bukan untuk menang.Faktor akademik calon tidak menjadi isu seperti mana di Manek Urai kerana di Permatang Pasir kedua-dua nya berkelulusan universiti, cuma bidang yang berlainan.Di Manek Urai calon BN yang berkelulusan universiti tumpas di tangan abe Uji seorang peraih ikan.

Bila terjadi pengurangan majoriti seperti di Manek Urai yang tak tahan kita dengar dan lihat ialah ulasan berita TV3, RTM dan akhbar-akhbar arus perdana.Berjela-jela mengulas mengenai kalah tipis BN.Konon nya rakyat telah kembali menyokong UMNO/BN walaupun sebenarnya telah menolak mereka secara beransur-ansur biarpun jutaan wang ringgit telah mereka habiskan untuk memancing undi, namun kekalahan tetap dalam tangan bagi UMNO.

Kali ini, 25 Ogos nanti...bagaimana agak-agaknya?....UMNO hangpa buleh menang kaa??


2 ulasan:

  1. mereka tu tertekan bro...tapi harap kita jgn ambil mudah mereka nie tak boleh dipercayai

    BalasPadam
  2. bila tertekan mereka bleh bertukar mnjadi harimau tua...hehe

    InsyaAllah Permatang Pasir sudah brsedia mnghadapi
    sebarang kemungkinan...

    Lawan tetap lawan!

    BalasPadam