BERIKUT adalah perkembangan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pagi ini:
11.35 pagi : Sah! Hanya satu lawan satu di Permatang Pasir. Saingan satu penjuru antara calon PAS dan BN. Ketika ini penyokong mula beransur bersurai.
11.35 pagi : Pimpinan Pakatan Rakyat dan calon PAS keluar dari pusat penamaan calon. Bacaan doa oleh Ustaz Sabri (calon yang lawan Pak Lah). Ketika ini calon PAS sedang berucap kepada penyokong PAS yang hadir.
11.30 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya telah mengumumkan calon yang akan bertanding bagi Pilihanraya DUN Permatang Pasir (N.11) iaitu Salleh Man dari PAS dan Rohaizat Othman dari BN.
Lima belas bantahan yang dikemukakan terdahulu, bagaimanapun ditolak SPR.
11.20 pagi : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat keluar dari pusat penamaan calon, ketika ini beliau disambut penyokong Pakatan Rakyat.
Sementara itu, di kekecohan mula berlaku dengan serangan pukulan dari anggota polis terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan. Serangan tanpa sebab idan penangkapan ahli parlimen itu mengakibatkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat.
11.00 pagi : Sesi pameran dan bantahan pencalonan sudah berakhir. Masih menantikan pengumuman dari pegawai SPR.
10.58 pagi : Kehadiran peyokong Pakatan Rakyat yang semakin ramai sehingga terpaksa memasuki ke dalam pagar di hadapan IKBN
10.38 pagi : Wakil pengundi-pengundi Permatang Pasir sedang mengisi borang bantahan dan menyerahkan borang berkenaan. Pegawai SPR bertugas sedang menyemak dan meneliti borang yang serahkan.
Penyokong Pakatan Rakyat masing-masing sedang tunggu keputusan.
10.20 pagi : Penyokong setia PAS tetap setia menanti walaupun cuaca menginjak panas. Suasana semakin meriah dengan semangat dari penyokong Pakatan Rakyat.
10.15 pagi : 10 org wakil pengundi Permatang Pasir dimaklum akan tampil untuk membuat bantahan yang diumumkan Mad Sabu sebentar tadi.
10.10 pagi Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi tadi.10.05 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan proses bantahan bermula. Sesi pameran dan bantahan borang penamaan calon bermula. Ia akan berlangsung selama sejam.
10.00 pagi : SPR telah mengumumkan proses penghantaran borang telah di tutup. Di luar dewan, lagu tema PAS berkumandang di kawasan penamaan calon.
9.45 pagi : Ahli jawatan kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu membuat pengumuman tergempar bahawa PAS akan membuat bantahan pencalonan terhadap calon BN, disambut laungan penyokong Pakatan Rakyat.Rohaizat Othman yang juga seorang peguam syarie dimaklumkan telah pun dipecat dari Bar Council kerana menipu pelanggannya dan telah pun dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin.http://dppperak.blogspot.com
belum buang undi dah ada kes macam mana kalau menang nanti hahahaha
BalasPadamtu blom jd tok wakil lagi dah sanggup membedal duit clien...huhh mmg dasar umno bedal jgn tak bedal kan mai kan,,,hikss
BalasPadam