Selasa, 11 Ogos 2009

Siapa pengkhianat?



Membaca laungan amaran TPM Muhyiddin Yassin terhadap DS Anwar Ibrahim dan ulasan beliau perihal kekalahan demi kekalahan yang menimpa UMNO mutakhir ini, jelas menunjukkan UMNO tiada jalan lain lagi untuk kembali pulih melainkan memainkan isu perkauman.Membakar semangat kemelayuan.Satu taktik lapuk yang ampuh untuk meraih simpati tetapi amat bahaya jika termakan umpan beracun itu.

Apakah benar DS Anwar pengkhianat bangsa nya? Apakah bentuk pengkhianatan beliau? Mana buktinya? Jangan hanya pandai menuduh tapi tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan beliau.Rakyat tidak mahu lihat tuduhan yang sengaja direka-reka.Atau igauan buruk akibat kekalahan teruk BN dalam PRU 12 lalu masih belum kebah?

Begitu juga apa alasan UMNO tidak boleh dikalahkan? Negara ini bukan hak UMNO sahaja, parti lain juga berhak untuk menang di bumi Malaysia.Ini yang bahaya nya UMNO, tidak boleh menerima kenyataan. Kaji diri sendiri dulu mengapa rakyat menolak UMNO.Pemilihan UMNO yang terbaru lalu ada 900 aduan rasuah dilakukan oleh calon-calon dari parti yang konon nya membela bangsa.Apa tujuan rasuah dalam pemilihan parti? kalau bukan hendak kan jawatan.Apa guna jawatan kalau bukan untuk mendapatkan habuan projek.Itu berjuang untuk poket sendiri bukan untuk bangsa!

Jadi siapa pengkhianat bangsa? Ini baru satu contoh.


6 ulasan:

  1. ape yg paklah ckp tu memang betul, patutnya org atasan UMNO ni menerima kekalahan teruk dlm PRU lepas dengan hati terbuka dan buat kajian semula apa sebab kekalahan berlaku.Ini tidak, suka sangat mainkan sentimen perkauman seolah olah yg diorang tu le saja pembela nasib kaum melayu.Orang lain dianggap pengkhianat bangsa pasal tak sokong diorang.Cube kita renungkan baik-baik, kalu dulu UMNO disanjung kerana perjuangannya memang untuk membela nasib kaum melayu / bumiputera tp kini rakyat terutamanya orang melayu sendiri tidak mau lg menyokong UMNO kerana secara reality nya rakyat jugak yang akan tertindas dengan kenaikan harga barangan keperluan selepas UMNO / Barisan Nasional yang menang..bile rakyat tanya kenapa barang keperluan naik sedangkan negara kita sebagai pengeluar barangan tersebut...jawapannya pasti mudah, kos meningkat...jadi kesimpulan yang rakyat lihat yang kaya bertambah kaya, yg miskin tetap miskin. Sowey la paklah, aku merepek lak kat blog ko pg pg ni.Kalu nak ikutkan hati lg panjang lebar aku nak tulis tp ye kan blog org....tumpang laluan ye paklah

    BalasPadam
  2. waaa jebat...hari ni dgn rasmi nye aku lantik hang jd penulis tamu kt blog aku...:)

    BalasPadam
  3. dah 5 dekad dia mengkhianati kita semua

    BalasPadam
  4. yer mamai...mereka lah harimau tua yg ko maksudkn itu...

    BalasPadam
  5. eh paklah, kalu nak jd penulis tamu kat blog ko ni kan,kene le sediakan ruangan khas...wkakakakak pasal aku suke luah kan ape yg terbuku kat hati ni panjangnya berjela-jela

    BalasPadam
  6. jebat, kalu ruang komen ni xcukup ko antor emel je kt aku ape yg trbuku tu...bior aku publish kn...orait

    BalasPadam