Rabu, 30 September 2009

UMNO dan rasuah bagai pinang dibelah dua...memang ngam



[isa.jpg]

Dengan pemilihan Tan Sri Isa Samad bagi mewakili BN dalam PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti semakin jelas kepada kita bahawa UMNO adalah parti penyubur rasuah, pembela kaki rasuah.Mana tidaknya 1Malaysia tahu TS Isa adalah pesalah rasuah (UMNO bilang politik wang) yang dapat dibuktikan oleh Jawatankuasa Disiplin parti itu beliau merasuah dan dikenakan hukuman gantung keahlian selama 3 tahun, yang mana beliau dilucutkan jawatan menteri dan naib presidennya, semua orang masih ingat.Itu undang2 UMNO, jika dilihat dalam kes tuduhan rasuah dan salahguna kuasa DS Anwar 10 tahun lalu, yang buktinya entah apa2...kelaut semua nya, DS Anwar dihukum penjara 6 tahun.Tetapi TS Isa tidak dihadapkan ke mana2 mahkamah di dalam Malaysia ini.Nah...UMNO menternak perasuah lah namanya tu...

Pertikaian awal mengenai siapa calon, sebelum pencalonan beliau semalam telah kita nampak dikalangan UMNO sendiri, Tun Mahathir pun tak suka, KJ pun sama.Apa yang sangat memelikkan ada segelintir puak yang bagai nak rak, guling-guling nak jugak TS Isa ni jadi calon, sampai UMNO diugut boikot oleh ahlinya sendiri. Apakah mereka ini sudah hilang kewarasan, hilang pertimbangan untuk berfikir dan menilai atau mereka juga kaki rasuah? Atau rasuah sudah menjadi darah daging kepada UMNO?

Walau apa pun semua nya ini adalah sebagai petunjuk kepada rakyat 1Malaysia.Jika 11 Oktober nanti BN menang juga, maka semakin fahamlah kita bahawa UMNO memang suka kepada rasuah dan perasuah, usaha nak memerangi wabak itu dalam UMNO hanya sandiwara dan undang2 rasuah 1Malaysia hanya untuk PR dan rakyat sahaja.Jika BN menang bak kata pepatah baru UMNO dan rasuah bagai pinang dibelah dua...memang serasi bersama.


p/s walaupun kita tahu hampir 5 ribu pengundi pos di Bagan Pinang tetapi maruah pengundi wajib dipertahankan! Jangan bagi undi kepada pelaku rasuah!



Khamis, 24 September 2009

mohon durhaka...

Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional


patik mohon sembah durhaka tuanku...patik tak akan sokong Barisan Nasional.



Jumaat, 18 September 2009

Perutusan Eidulfitri

Lusa...aku ucapkan selamat hariraya eidulfitri khusus buat teman2 blogger dan jua utk seluruh umat islam baik yg berpuasa penuh atau pun tidak, yang ponteng 'penuh' brpuasa tak yah raya la yer...hehehe

Eidulfitri hari utk bergembira, jgn ade yg sentap2 tangkap leleh bagai (hehehe) dan hari yg masing2 saling brmaaf-maafan...tang utang xleh main maap2 jer laa...hehehe

wlau apa pun suasana kita pd hari itu namun harus ingat dan waspada, 1 syawal setan sudah dilepaskan, sama2 kita kawal napsu dan berhati2 di jalan raya...Salam eidulftri.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...walillahilhamd

Selasa, 15 September 2009

ISA, raya dan Bagan Pinang: Alhamdulillah ada yang dibebaskan...

betapa zalimnya isa yang telah memisahkan seorang anak dengan  ibu tercinta bertahun-tahun lamanya... Mat Sah Mohd Satray hanya sempat berjumpa dengan ibunya pada hari kematian ibunya.. sungguh zalimmm

betapa zalimnya isa yang telah memisahkan seorang anak dengan ibu tercinta bertahun-tahun lamanya... Mat Sah Mohd Satray hanya sempat berjumpa dengan ibunya pada hari kematian ibunya.. sungguh zalimmm


Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana 5 orang lagi mangsa kezaliman tahanan ISA dibebaskan hari ini.Berkat kerja dan desakan kuat GMI,NGO-NGO,Persatuan Pelajar dan parti2 politik kpd kerajaan 1Malaysia selama ini dan kemuncakan nya Himpunan Mansuh ISA pd 1 Ogos lalu kini nampak keberhasilan nya.Mereka terkurung di atas tuduhan yang tiada hujung pangkalnya, tiada bukti, yang kita nampak hanyalah hendak menunjuk2 kepada Amerika bahawa Malaysa juga menentang terrorist konon nya.

Kini mereka kembali kepangkuan keluarga tercinta semula, kembali kepada isteri yang setia, anak2 yang dahaga kasih sayang seorang bapa, kembali bebas seperti insan lain walaupun akan ada sekatan2 yang dikenakan kepada mereka.Syukur Alhamdulillah aku juga berkongsi kegembiraan ini.

Bagi Kerajaan UMNO BN, jangan anggap dengan pembebasan ini kamu sudah merasakan diri melakukan kebaikan dan keadilan.Jangan kamu mengira kegembiraan menyambut hariraya eidulfitri nanti bisa menghalalkan segala kedurjanaan masa silam kamu.Jangan menyangka kezaliman yang kamu lakukan selama ini akan terhapus dari fikiran para mangsa ini dan juga rakyat.Dan pasti rakyat di Bagan Pinang tidak lupa semua itu dan 11 Oktober nanti kuburkan lagi ego mereka!

Ketika ini masih ada lagi saki baki insan yang terkurung di penjara ISA, dan undang2 zalim ini akan terus ditentang sehingga ianya dihapuskan sama sekali.




Ahad, 13 September 2009

Kak Semah seru menyeru....

Ada pun beberapa hari lalu telah menyeru Wanita Pertama Malaysia Datin Seri Rosmah Mansur, beliau yang aku lebih mesra dengan panggilan Kak Semah mengingatkan kita rakyat jelata yang muslim ini 'janganlah hanya bertedarus al-quran di bulan puasa sahaja.Kita sepatutnya membaca al quran di sepanjang tahun "tempik Kak Semah dalam satu majlis tadarus al-quran peringkat 1Malaysia.

Arakian, seluruh rakyat jelata ketika itu terpegun termasuk Lim Guan Eng di Penang mahupun Nga Khor Ming di Perak, apatah lagi sdri Kumutha di Johor, habis semua tersentak dan tersedar dari lamunan masing2 dek kerana memang jarang membaca kita suci itu.

Kak Semah bukan cakap kosong , beliau membuktikan dia mempraktikkan membaca al quran sepanjang masa dan pada hari itu beliau dengan sukarelanya menunjukkan bagaimana cara yang betul semasa membaca al quran, iaitu dengan duduk bersimpuh ala-ala 'kontrol' ayu lagi khusyuk dan tawaduk (cara simpuh untuk perempuan sahaja, orang lelaki jangan gatai2 nak duduk macam tu).Berkenaan jambul yang terkeluar tu ikut suka lah kalau nak tiru kak Semah pun boleh, kalau tak nak pun tak mengapa.

Sayugia, pesan kak Semah lagi ''janganlah al quran itu dibaca sesaja tetapi hendaklah dibaca sama makna dan tafsirnya sekali barulah sempurna kitab itu menjadi pedoman ''dengus beliau sesambil membela selendang putihnya.

Maka takala seruan Kak Semah yang tulus lagi mulus itu diwar-warkan di dada-dada akhbar, internet dan juga sampai ke pengetahuan Makcik Temah seorang guru quran di Kg. Bantal Hulu Tembeling nun, seraya dia berkata " molek benar lah dan bangga kerana tak pernah lagi wanita permata 1Malaysia seingat Makcik Temah menyeru begitu, sambil berpesan balik pada Kak Semah supaya kalau baca quran tu cuba lah tengok Surah An Nuur ayat 31, surah Al A'araaf ayat 26 dan surah Al Ahzab ayat 56, mana tau kut2 lepas tengok ayat2 tadi Kak Semah dapat hidayah dan taufeq lalu menutup auratnya terlebih dahulu".

Justeru itu, peringatan dari Allah al quran itu pedoman bagi orang yang bertakwa, peringatan Nabi SAW kepada umatnya tidak akan sesat selagi mana berpegang dengan al quran dan pesan para ulamak al quran adalah perlembagaan hidup bagi yang mengucap dua kalimah syahadah dan terkandung di dalam nya sistem yang menjadi panduan seluruh alam.



Khamis, 10 September 2009

Badr Al Qubro...

Perang Badar inspirasi umat Islam di bulan Ramadan

Oleh : Zaini Hashimi

Setelah penghijrahan baginda Nabi s.a.w ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraish terhadap umat Islam masih belum reda.

Penyiksaan dan gangguan mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar dari kota itu semakin menjadi-jadi.

Pada sudut yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah ke Madinah dirampas oleh Quraish.

Hal inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraish yang melintas dekat Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah.

Tahun kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraish yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam.

Setelah mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraish dalam menghadapi ancaman ini.

Bagi Quraish, sekatan kafilahnya oleh kaum muslimin tidak bererti kerugian harta tetapi apa yang paling penting baginya ialah kehormatan suku besar di Mekah ini.

Untuk itu, Abu Jahl yang merupakan salah seorang bangsawan terkemuka Quraish bersama seribu orang lengkap dengan peralatan perang meninggalkan kota Mekah dan bergerak menuju Badr.

Sementara kafilah pimpinan Abu Sufyan dengan melintasi jalan alternatif berjaya meloloskan dari sekatan kaum muslimin.

Abu Sufyan mengirimkan utusannya untuk meminta Abu Jahl kembali ke Mekah kerana baginya dia telah berjaya melepaskan diri daripada sekatan bahaya itu.

Namun pesanan itu ditolak oleh Abu Jahl beliau segera bersiap untuk berperang bagi menghadapi pasukan Islam Madinah.

Di Badar, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah bersiap siaga sepenuhnya. Pasukan kecil berjumlah 313 orang dan peralatan yang ala kadarnya, siap menghadapi seribu orang di barisan Quraish yang lengkap bersenjata.

Namun keimanan yang dimiliki oleh umat Islam menjadi sandaran dan pendorong mereka untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang basalannya adalah syurga.

Tepat pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua hijrah, perang di Badar berkecamuk setelah dimulai dengan konfrantasi iaitu satu lawan satu antara tiga pihak dari dua barisan perang.

Satu demi satu wakil musuh terkorban. Darah bersimbah di sana sini. Tak lama, berita tersebar bahwa Abu Jahl yang pernah disebut Rasulullah sebagai Firaun di tengah umat ini tewas di tangan pasukan muslimin.

Dengan terbunuhnya Abu Jahl dan beberapa pemuka Quraish di medan perang Badar menjadi pukulan hebat bagi pasukan Mekah yang akhirnya memilih untuk melarikan diri.

Dalam perang Badar, pasukan Quraish menderita kerugian tujuh puluh tewas dan tujuh puluh yang lain menjadi tawanan.

Sementara barang rampasan perang yang ditinggalkan bukanlah jumlah yang sedikit, dianggarkan sebanyak 150 unta, sepuluh kuda, sejumlah kulit dan kain, serta peralatan perang ditinggalkan oleh pasukan Mekah yang lari tunggang langgang menyelamatkan diri.

Suasana pada malam tercetusnya perang di Badar

Malam itu terjadi beberapa keajaiban, perasaan takut dan tertekan yang ada pada kaum Muslimin tiba-tiba hilang, pasukan Islam menikmati malam itu dengan senang dan tenang, dan akhirnya tertidur dengan puas.

Hujan pun turun, membasahi pasir padang Badar sehingga menjadi padat dan lembut apabila dipijak (pasir dalam keadaan kering, seperti pasir pantai, membuat susah berjalan). Inilah seperti yang dijanjikan Allah dalam Al Anfaal (surat kedelapan) ayat 8:

"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan setan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)."

Subuh hari, Abu Bakar "menganggu" ibadah Rasul karena kafir Quraish sudah semakin hampir mendekati umat Islam.

Pasukan Islam dengan segera membuat persiapan, ketika pasukan kafir Quraish sudah kelihatan jelas oleh Rasul, Rasul memanjatkan doa, "Ya Allah! Kaum kafir Quraish yang enggan untuk menyembahMu dan mendustai utusanMu sudah berada di sini. Ya Allah, kami menunggu dan megharapkan daripadaMu kemenangan yang Engkau janjikan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Kami memohon kepadaMu, ya Allah, untuk mengalahkan mereka."

Rasulullah minta pendapat sahabat sebelum berangkat ke Badar

Sebaliknya pihak Muslimin, yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang.

Oleh karena itu merekapun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih mudah lagi karena waktu itu hujan turun.

Setelah mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah berhenti. Ada seseorang yang bernama Hubab bin Munzir bin Jamuh, orang yang paling mengetahui atau disifatkan sebagai seorang pakar tentang mengenal tempat itu, setelah melihat Nabi turun di tempat tersebut, dia bertanya: "Rasulullah, bagaimana pendapat tuan untuk berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau mundur setapakpun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?"

"Sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang," jawab Rasulullah.

"Rasulullah," katanya lagi. "Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat yang tahu tempat itu dengan penuh yakin, lalu telaga-telaga kering yang di belakang itu kita timbun setelah diambil airnya. Selanjutnya kita membuat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak."

Melihat saran Hubab yang begitu tepat itu, Nabi Muhammad dan rombongannya segera pula bersiap-siap dan mengikut pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada sahabat-sahabatnya bahawa dia juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu pendapat itu dapat dimusyawarahkan bersama-sama dan dia tidak akan menggunakan pendapat sendiri di luar mereka. Dia perlu sekali mendapat konsultasi yang baik dari sesama mereka sendiri.

Selesai kolam itu dibuat, Sa'd b. Mu'az memberikan usulnya: "Rasulullah," katanya, "kami akan membuatkan sebuah dangau buat tempat Tuan tinggal, kenderaan Tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan.

"Tetapi kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu Tuan dapat menyusul teman-teman yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih banyak sahabat-sahabat kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada tuan.

"Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Bagi mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan."

Nabi Muhammad s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Sa'd itu. Sebuah dangau buat Nabi lalu dibangunkan. Jadi bila nanti kemenangan bukan di tangan Muslimin, ia takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.

Di sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya.

Semua mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraish jauh lebih besar dari kekuatan mereka, jumlahnya tiga lipat ganda banyaknya. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan.

Dan mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun begitu karena bukan pengaruh kebendaan itu yang mendorong mereka bertempur, mereka selalu siap disamping Nabi, memberikan dukungan, memberikan kekuatan.

Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Nabi, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Medinah.

Suasana yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?

Menentukan nasib 70 orang tawanan

Baginda Rasulullah s.a.w mencari kesempatan dan ruang ada untuk bertemu dua sahabat terdekatnya bagi meminta pandangan mereka berdua berhubung isu tawanan.

Abu Bakar menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengajar sepuluh anak orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, agar kesemua mereka hingga berjumlah 700 anak orang-orang Islam menjadi pandai dan celik ilmu, inilah juga pandangan peribadi Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun, Omar tidak bersetuju dengan pandangan itu, beliau mencadangkan agar setiap mereka itu dibunuh sahaja, kerana merekalah penyebab kepada masalah syirik dan penentangan terhadap ajaran-ajaran baginda Rasulullah kalau masih mahu mereka terus hidup.

Rasulullah tidak dapat berkata apa-apa terhadap dua pandangan yang sama sekali bercanggah antara satu sama lain, namun pada malam itu baginda menerima turunnya wahyu Ilahi agar kesemua tawanan itu dihapuskan dari muka bumi ini, kisah itu dirakan menerusi ayat 67 surah al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai (menyimpan) tawanan sebelim ia dapat melumpuhkan musushnya di muka bumi. Kamu mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Keesokan harinya, baginda bertemu semula dengan dua orang sahabat karibnya bagi menyatakan ketegasan Allah mengenai masalah tawanan, sambil baginda menyifatkan sikap Abu Bakr seperti Nabi Nuh dan Isa dan menyifatkan sikap Omar seperti Nabi Ibrahim dan Musa yang sentiasa tegas dalam segenap tandak-tanduknya.

Akhirnya baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan Allah supaya kesemua tawanan itu perlu dihapuskan daripada muaka bumi ini dengan segera sebelum berbagai-bagai tindakan lain muncul bagi melemahkan Islam dan umatnya.

Mengapa perang ini begitu istimewa?

Pertama, karena Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.

Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Omar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.

Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak mengalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.

Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.

Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan strategi peperangan.

Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.

Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.

Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang. Kesebelas, sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Keduabelas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka

Harakahdaily/-